Sunday

Hantu Ligan


Beberapa tahun dulu,Acit dah lupa tahunnya; kawan Acit seorang Pak Haji mengadu mengenai masaalah gangguan dirumah adiknya yang terletak di Negeri Kayangan.Setelah mendapat izin dari Tuan Guru, lalu kami berdua pun bertolak dari rumah Acit di Pantai Timur ni se awal subuh melalui Kuala Lumpur menuju ke di Utara.Kami sampai di sana lebih kurang pukul 4 petang.

Sebaik sampai,Acit sudah sedia disambut oleh beberapa orang saudara Pak Haji kawan Acit itu.Mereka semua ni datang dari negeri sebelah semata-mata hendak melihat kaedah "pulih rumah" ini.Seperti biasalah,sebelum masuk ke rumah dan melakukan
apa-apa,Acit akan round keliling rumah tersebut untuk melihat keadaan sekeliling dan mencari petunjuk-petunjuk bagi membantu dalam melakukan proses "pulih rumah".Kemudian barulah Acit naik ke rumah dan dijamu seperti biasalah sebagai tetamu.

Rumah itu didiami oleh adik perempuan kawan Acit bersama-sama 4 orang anaknya.Suaminya telah lama meninggal dunia.Turut duduk bersama mereka ialah ibu kawan Acit ni.Rumah ini terletak disebelah sawah padi dan berdekatan dengan sungai.Dibelakang rumah ini ada sepohon Pokok Beringin ( Pokok Bunut ) yang agak besar juga yang tumbuh diatas sebuah busut.

Mengikut cerita adik,abang,bapa saudara dan kakak kawan Acit ni..pokok Beringin yang dibelakang rumah itu tidak berani ditebang oleh orang kampung walaupun sudah beberapa kali minta ditebangkan, semua mereka kata tak berani....Alkisah,pokok ara ni apabila waktu tengah malam..akan ada suara menjerit melolong dari atas pokok ini.Jelas kedengaran sampai ke rumah ini.Pokok itu hanyalah terletak lebih kurang hanya 50 kaki sahaja dari rumah.Suasana begini berterusan begitu lama sehingga menimbulkan rasa takut kepada mereka.

Suasana didalam rumah pula menambahkan ketakutan yang sedia ada.Ibu kawan Acit ini kalau dia pergi ke bilik air; dia akan rasa seperti dikejar sesuatu ( dalam loghat Kedah dia sebut kena ligan ) sehinggalah keluar dari bilik air.Tapi anehnya..hanya pada ibunya tetapi tidak berlaku pada adik perempuan dan anak-anaknya.Pelbagai usaha dan ikhtiar juga telah dilakukan bagi memulihkan keadaaan supaya jadi seperti sediakala termasuk usaha bapa saaudara kawan Acit ini yang juga seorang Bomoh.Bomoh ini juga turut ada bersama ketika ini.

Setelah berehat menghilangkan keletihan perjalan seharian,Acit siapkan bahan perlatan yang perlu untuk digunakan semasa majlis pulih rumah nanti.Setelah masuk waktu maghrib, Acit azan dan pimpin solat jamaah,solat Taubat dan Solat Hajat dan bertahlil sama-sama sehingalah sampai waktu Isyak.

Setelah selesai solat,Acit memberi penerangan ringkas perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka yang hadir ,yang ada di rumah tersebut semasa proses pulih rumah itu dijalankan.Acit juga berpesan agar kawan Acit ini jangan lari walaupun apa yang terjadi.Cuma ikut saja dibelakang Acit sebagai penyuluh jalan ke kawasan keliling Pokok Beingin itu.Bukannya apa..nanti kalau dia lari, Acit dok dalam gelap sorang-sorang, takda torchlight..bukannya takut kat hantu tu..sebab kawasan pokok Beringin tu terletak di kawasan yang ditakungi air.Nanti kalau Acit jatuh dalam air, alamatnya nanti Acit balik pakai kain pelikat aje lah.

Ikutlah kawan Acit ini sehinggalah selesai majlis.Acit mohon tuan rumah kumpulkan segala barang-barang kepunyaan arwah suami ( termasuk barang-barang kesayangan ) untuk dimatikan/dipulihkan dan dibuang ke sungai.Ini adalah bertujuan jikalau si mati
itu ada mengamal sesuatu ilmu yang bertentangan dengan syarak ( ilmu salah / ilmu khurafat ) , maka jin-jin atau hantu-hantu ilmu itu tidak tinggal/duduk pada barangan peribadi milik si mati ( jin-jin itu akan taat menjaga barangan milik si mati semasa pemiliknya masih ada atau sudah meninggal ).Selepas berpuas hati melihat segala barangan milik si mati itu sudah habis dikutip dan dibuang ke sungai berhampiran,kamipun masuk tidur.

Pagi keesokannya, selepas sarapan,Acit tinggalkan air doa zikrullah untuk Tuan rumah bagi keperluan perubatan.Setelah ibu kawan Acit ni menyatakan sudah tidak ada masaalh apabila masuk ke bilik air,kami pun bersiap-siap untuk pulang.
Sebelum balik,Acit ajak kawan Acit ke Bukit Kayu Hitam wat window shopping.Maklumlah walaupun dah pernah datang ke Negeri Kayangan ni tetapi tak pernah sampai ke Bukit Kayu hitam yang famous ni... Perjalanan balik kami ni sudah bertukar laluan.Kami ikut laluan Grik melalui Jeli, Kelantan.

Apabila kami sampai Jeli, sudah agak tengahari,kawan Acit ni menelefon pada adiknya bertanya khabar perkembangan di rumah itu.Ibunya memberitahu bahawa dia masih kena ligan apabila memasuki bilik air tengahari tadi.Opph ! Hantu JAGA bilik ayaq tu masih ada...masih dok ligan Tok Wan ni....Tok Wan dah tua macam ni pun..hantu tu dok masih nak ngorat lagi !! ( slot tambahan jer....he he )

Acit pun dok ingat-ingat..rasanya semua barang-barang arwah dah clear semua dah..kecuali Tuan rumah tidak maklumkan..Oppph ! Teringat Acit fasal berus gigi.Sebab yang ini selalu je terlupa.Lalu minta kawan Acit tanya adiknya ada tak lagi berus gigi arwah suaminya yang masih ada kat bilik ayaq tu... Ada ! masih ada ! tu lah jawapan adiknya.Acit pun maklumlah kat dia supaya ambil berus gigi tu kemudian direndam dalam air yang Acit telah tinggalkan kepadanya dan kemudian dibuang berus gigi itu ke sungai.Adiknya pun buatlah apa yang Acit dah suruh.

Acit pesan pada kawan Acit ni..bila sampai rumahnya nanti..telefonlah semula adiknya bertanyakan perkembangan lanjut situasi dirumah itu.Alhamdulillah, kawan Acit kata, ibunya sudah selesa masuk ke bilik ayaq.Takdak sapa nak ligan lagi..

Keesokan harinya, kawan Acit pun maklumkan lagi bahawa rumah itu dah jadi macam biasa,tak dak gangguan dari hantu ligan dan penyanyi dari pohon Beringin tu lagi.begitulah maklumannya setelah beberapa minggu sehinggalah sekarang ni.Allah lah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, padaNyalah tempat mengadu dan tempat memohon perlindungan.Makhluk jin dari ilmu khurafat atau ilmu salah itu akan taat kepada tuannya walaupun tuannya itu telah mati dan akan menjaga segala harta milik tuannya termasuklah anak isteri , harta benda walaupun sebatang berus gigi.Wallahua'lam.

Teladannya :
a. Jangan belajar Ilmu yang salah, ilmu yang bersahabat dengan jin.
b. Barang-barang peribadi si mati sebaiknya hendaklah kita jangan gunakan semula
bagi mengelakkan warisan saka.
c. Jangan suka berpawang dan berbomoh.Nanti amalan tidak diterima selama 40 hari.

No comments: