“ Dan ingatilah nama Tuhan engkau dan beribadatlah kepadaNya dengan sepenuh hati “
Al-Muzammil ayat 8.
Kaedah amalan khalwat disebutkan dalam Kitab –kitab Tasauf seperti Ihya’ Ulum al-Din karangan
Imam Ghazali dan Kitab Siyar As-Salikin.
Imam Syafie berkata, “ Sesiapa yang mahu Allah bukakan pintu
hatinya dan diberi ilmu
( secara laduni / dzauki ) maka wajiblah ia berkhalwah
dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah
orang alim yang tidak ada keinsafan dan tidak ada adab “
Salah satu Jamaah Tariqah yang mengamalkan khalwat ini ialah Tariqat Naqsyabandiyah.Amalan khalwat atau uzlah ini dimulakan selepas Solat Fardhu Asar hari Khamis atau hari Isnin selama 10 hari 10 malam.Mereka yang mengerjakan khalwat ini akan solat berjamaah selama 50 waktu sepanjang khalwatnya.
Mereka yakni salik juga dikehendaki berzikir secara “ismu dzat” iaitu menyebut perkataan ALLAH berulang-ulang kali secara “khafi” yakni,di dalam hati.
Majlis zikrullah ini dilakukan di dalam Dewan Solat atau ditempat zikir yang telah ditentukan.Tempat itu samada di dalam bilik kecil yang luasnya muat untuk seorang atau kelambu sebagai ganti bilik.
Tujuan bilik atau kelambu itu adalah supaya pandangan atau pergerakan orang yang berzikir itu terhad.Cara ini dapat membantu dapat menghilangkan ingatan selain dari Allah.Ia juga dapat memberi satu suasana kebebasan orang itu tanpa menganggu jamaah lain.
Penggunaan bilik atau kelambu ini bagi mengantikan gua-gua seperti dilakukan oleh Nabi ketika mengasingkan diri di Gua Hira’.Memandangkan gua sukar untuk dicari dan tidak semua tempat mempunyai gua,maka pada permulaannya lubang-lubang (liang) telah digali untuk dijadikan tempat berkhalwat
bagi mengantikan gua.Masaalah timbul apabila ramai orangyang berkhalwat yang membuatnya sukar menyediakan lubang liang tersebut.Jadi ia telah digantikan dengan bilik kecil.Lama kelamaanya bilik kecil ini juga sukar disediakan,lalu para Syeikh Tariqat telah mengantikan bilik tersebut dengan kelambu.
Orang yang berkhalwat dibahagikan kepada 3 golongan :
1.Orang yang pertama kali berkhalwat
2.Orang yang menyambung , kerana khalwatnya sebelum
ini belum tamat.
Mereka dari golongan pertama dan kedua ini akan disuruh berzikir dari satu peringkat ke satu peringkat (maqam) yang tidak ditetapkan masa bergantung kepada kurnia dan rahmat Allah semata-mata.Ada yang cepat berpindah dari peringkat ke satu peringkat tersebut sehingga boleh menamatkan khalwatnya dalam masa sepuloh hari atau kurang dan ada yang lambat sampai tidak sempat menghabiskan peringkat
zikir tersebut dalam tempuh khalwat itu.
3.Orang yang berkhalwat bertujuan untuk membiasakan dan melatih diri.Biasanya golongan yang ketiga ini adalah golongan yang sudah sampai ke peringkat maqam Tahlil atau mereka yang menjadi wakil/khalifah pada Syeikh.
Mereka yang telah saamapi ke peringakat mengingati Allah itu disebut hatinya jama’ ,hatinya “hudhur maallah” manakala yang gagal itu diistilahkan sebagai hati mereka yang faraq.
Faktor-faktor yang menyebabkan mereka ini gagal adalah disebabkan suka bercakap-cakap sesama sendiri,berangan-angan,memikirkan urusan keduniaan,mendengar perbualan,berehat tanpa berzikir,melihat-lihat persekitaran dan sebagainya yang membawa kepada ghaflah hati.
3 comments:
http://ubudiyyah.jetforum.net/index.php
tu..passwd sy send kot sms.. InsyaALLAH
cantik na tmpt...kat mna ni acit?
ni gambar kat Rumah Suluk di Indonesia, nanti ada masa ana nak masukkan gambar-gambar Rumah Suluk di Malaysia dan siapa Syeikhnya,moga dipermudahkan Allah.
Post a Comment