Monday

Peranan AKAL.HATI,ROH dan SIRR



Ulama’ tasauf menyebutkan,” an aqlu lil maqkuulat “ , yakni  akal itu untuk menerima perkara yang masuk akal.Maqkuulat itu pada syariat dan memberi kefahaman seperti pemahaman dalam pembacaan Kitab Tauhid,Kitab Tafsir dan seumpamanya.Jadi penerimaan akal itu kita beriman dan kita dapat kefahaman.Ia lebih kepada perkara yang zahir.

Apabila sampai bab hakikat dan makrifat,akal tidak boleh memainkan peranannya.Masa itulah gunanya hati,roh dan sirr.Tetapi kita masih tidak dapat membezakan antara  peranan akal,hati, roh dan sirr itu.Kita hanya tahu dan fikir tentang akal sahaja kerana hati,roh dan sirr itu sangat rahsia dalam tubuh kita.

Anggota jasad kita seperti mata itu untuk melihat,telinga itu untuk mendengar,kaki itu untuk berjalan atau lidah itu untuk bertutur ; kita boleh terima dengan mudah.

Berbeza dengan anggota yang batin itu kerana diri kita mempunyai dua 
lapisan iaitu ruhhun dan jasadun.Kata ulama’ tasauf,”Hati itu lil maqluumat”; yang akal tidak boleh masuk akal itu tetapi hati boleh terima.Contohnya seperti peristiwa Israk dan Mikraj;dari segi akalnya tidak
boleh terima Nabi S.A.W naik ke langit tetapi peristiwa itu hanya boleh difahami oleh hati.Orang-orang yang beriman sahaja yang gunakan hati boleh menerima dan faham.

Roh itu pula ”Lil Musyahadah”, untuk menyaksikan perkara-perkara yang maknawi.Kisah Imam Abu Hanifah ketika mahu menyelesaikan satu permasaalahan mengenai jenis air basuhan pertama dari wudu’ seseorang itu samada ia dikatagorikan sebagai air mutannajis atau sebagainya.Dibukakan hijab oleh Allah Ta’ala ,beliau dapat melihat ketika seorang sedang mengambil wudu’; ia nampak kotornya air itu dan berbau busuk.Maka dia terus tuliskan bahawa air itu mutannajis.Begitulah roh beliau dapat memandang perkara yang maknawi.


Sirr itu pula adalah lubuk hati,”wa sirr lil tajalliyat”.Tempat simpanan ilmu,kefahaman,iman dan apa yang di
musyahadahkan.Terbit niat itu dari sirr,sampai ke otak (akal) kemudian barulah ke hati.Hatilah yang membuat keputusannya.Semua itu adalah roh sepertimana tangan,kaki,mata itu 
sebagai jasad.

Kata Imam Ghazali,”nurrun latifatun robbaniyyun”,inilah roh yang mana akal itu menerima,hati itu memahami,roh itu menyaksikan perkara yang maknawi dan sirrun itu menyimpan rahsia.

Bagaimana jasad itu ada berbagai nama berdasarkan kegunaannya, maka begitu jugalah dengan roh yang dinamakan dengan pelbagai nama berdasarkan kegunaannya.

7 comments:

Kak Ina said...

masyaalah ustaz...kotor danbusuk rupanya air wudu' kita yg pertama ya!..subahanallah..lagi lah ustaz...sambunglah lagi..

zakir932 said...

assalamualaikum

apa beza hati dan ruh dan siapakah yang berbicara pada diri yang dengannya tanpa suara

Acit said...

Hati dan ruh itu 2 perkara berbeza.
Bila hati penuh dengan zikrullah,ia kan yakodho,maka nanti diturunkan tarkiyyah padanya.Ia merupakan natijah ,bicara tanpa rupa tanpa suara manakala Ruh pula yang menyaksikannya.

Kak Ina said...

ustaz,

yakodho dan tarkiyyah tu boelh tak ust huraikan?...

Acit said...

yakodho tu bermaksud sedar atau jaga yakni hati itu sebelum ini tidur atau mati.Banyak dosa,maksiat,lalai/ghaflah itu menjadi hati sanubari gelap,tidk dimasuki nur Allah.Bila sudah melakukan banyak taubat,kemudian berzikir berterusan walaupun pada mulanya bercampur dengan ingatan akan perkara-perkara lain semasa berzikir itu tetapi lama-kelamaan dek kerana istiqamahnya berzikir itu,Allah Ta'aala alihkan hati itu dari berzikir dalam keadaan lalai kepada kusyuk dan seronok.Hati sanubari itu bagai terjaga.Bila berterusan lagi berzikir,maka akan hadirlah muraqabah,memandang tiada lain dari Allah.Dengan itu,hati sanubari itu dipenuhi nur Allah.Allah akan hadir dalam hati yang bersih dan memberi ilmuNya atau menyampaikan/mengkhabarkan pengetahuan dalam pelbagai bentuk(bau,rasa,penglihatan)..Ini yang dimaksudkan dengan tarkiyyah itu.Wallahu a'lam.

Kak Ina said...

ooo macam tu....maknanya walau hati sekotor mana segelap manapun jka istiqmah dgn zikir...dengan izin Allah hati akan disinari nur juga. emmmm...istiqamah....istiqamah...terimakasih ust

Acit said...

Syukran