Sunday

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT SUBUH : Orang yang pertama mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s ketika keluar dari syurga.Apabila dia dihantar ke bumi,perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan dia berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar Subuh sudah terbit,Nabi Adam pun solat 2 Rakaat. Rakaat 1 : Tanda bersyukur kerana lepas dari kegelapan malam. Rakaat ke 2 : Bersyukur kerana siang sudah menjelma.

 ZOHOR : Orang yang pertama mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s apabila Allah Taala perintahkan kepadanya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sewaktu tergelincirnya matahari , lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 Rakaat. Rakaat 1 : Tanda syukur atas penebusan sembelihan itu. Rakaat ke 2 : Bersyukur kerana hilangnya dukacita dia dan anaknya. Rakaat ke 3 : Bersyukur atas keredhaan Allah. Rakaat ke 4 ; Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan kibas.

 ASAR : Orang yang pertama mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus a.s apabila dikeluarkan Allah dari perut ikan Nun.Ikan Nun memuntaahkan Nabi Yunus ditepi pantai ketika waktu Asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersolat 4 Rakaat kerana diselamatkan oleh Allah dari 4 kegelapan iaitu : Rakaat 1 : Kelam dengan kesalahan. Rakaat ke 2 : Kelam dengan air laut. Rakaat ke 3 : Kelam dengan malam. Rakaat ke 4 : Kelam dalam perut ikan Nun.

 MAGHRIB : Orang yang pertama mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Nabi Isa a.s semasa dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya di waktu terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersolat 3 Rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan iaitu Rakaat 1 : Menafikan ketuhanan selain Allah Rakaat ke 2 : Menafikan tuduhan kepada ibunya Siti Maryam yang ditohmahkan melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ke 3 : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu,iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.

 ISYAK : Orang yang pertama mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s semasa tersesat mencari jalan keluar dari Negeri Madyan dalam keadaan berdukacita di waktu Isyak.Lalu bersolat Nabi Musa 4 Rakaat sebagai tanda bersyukur lepas dari dukacita. Rakaat 1 : Lepas dari dukacita terhadap isterinya Rakaat ke 2 : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ke 3 : Dukacita terhadap Firaun. Rakaat ke 4 : Dukacita terhadap anak Firaun

No comments: