Nabi Adam a.s setelah beliau makan Buah Khuldi maka perutnya memulas kerana merasakan ada
sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur.Setelah Nabi Adam merasa hendak buang air
besar maka beliau pun belari mengelilingi syurga untuk mencari tempat membuang air besar.
Lalu Allah Taala memerintahkan Malaikat untuk bertanyakan perihalnya.
Tanya Malaikat, ‘ Apa yang kamu kehendaki ? “
Jawab Adam, “ Aku mahu membuang kotoran yang ada di dalam perutku ini “.
Kemudian Allah mewahyukan kepada Malaikat, “ Katakan padanya; di mana kamu hendak letakkan
kotoran yang ada di dalam perut mu itu , di tempat tidurmu, di singgahsana,di sungai atau
di bawah pohon kayu.Adakah kamu dapati semua tempat itu sesuai untuk kamau membuangnya ?
Oleh itu turunlah ke bumi.
Syurga adalah tempat yang paling suci,paling bersih dari segala kotoran dan najis.Ketika
berada di dalam syurga, seseorang itu tidak akan berasa hendak membuang air besar atau kecil.
No comments:
Post a Comment