Wednesday

SOLAT KIFARATUL BAULI - mohon keampunan Allah kerana najis kencing pada pakaian

Kita sering dan lazim menggunakan pakaian yang sama untuk ke bilik air dan menunaikan solat terutama ketika sedang bermusafir atau berada jauh dari rumah.Yang lelakinya memakai seluar ataupun berjubah;samalahlah juga pakaian kaum Muslimahnya kekadang kita tidak sedar ketika kita membuang
air kecil atau air besar,ada terpercik air kencing pada pakaian kita samada kita sedar atau buat tak tahu
saja !wat derkk je..lap-lap lebih kurang dah ok kot..

Ada ketikanya juga air paip yang kita guna untuk bersuci itu dibuka dengan kuat menyebabkan percikan air kencing ,najis dan kotoran pada lantai tandas itu kembali terpercik kepada pakaian kita.Selamba je kita lap-lap lebih kurang sedangkan pakaian tersebut telah pun kotor dan terkena najis.Selepas tu kita berwuduk dan bersolat.Jadi kita bersolat dalam keadaan pakaian yang terkena najis kencing.

Kita mohonlah keampunan kepada Allah atas perkara yang berlaku ini,yang lepas,yang bulan lepas,yang tahun lepas,yang 5 tahun lepas,yang 10 tahun lepas ke..tak terkira dah berapa kali berlakunya.

Kita mohon keampunan melalui bersolat sunat 2 Rakaat yang dinamakan ia Solat Kifaratul Bauli iaitu solat
memohon keampunan dari dosa percikan najis kencing.Solat ini dilakukan selepas solat Dhuha.Niatnya seperti dibawah,yang mana pada Rakaat Pertamanya selepas FATIHAH ,baca surah Al-KAUTSAR 7x dan pada Rakaat Kedua pula dibaca selepas FATIHAH,surah AL-IKHLAS 7x juga.Selepas itu,berdoalah memohon keampunan Allah dan diterima olehNya solat kita yang lalu.Wallahu a'lam.
Selepas setiap rakaat, baca Al-Kausar ( Inna a'toina ) sebanyak 7 kali.

No comments: