Arifbillah
as-Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi berkata : Maka barangsiapa tidak
berhubung salasilah tariqatnya hingga kepada hadrat Nabi S.A.W maka
terputuslah berkatnya dan tidak mendapat waris Nabi S.A.W.” –
Kitab Tanwirul Qulub.
Begitu
juga kata as-Syeikh Abdul Wahab as-Sya’rani : Ketahui oleh mu hai
tholib yang berkehendakkan rahmat Allah , barangsiapa yang tidak
mengetahui akan bapanya dan datok neneknya ( yakni salasilah ) di
dalam tariqat maka dialah tersangat buta dan terkadang dibangsakan ia
kepada yang bukan bapanya ( dari salasilah lain ) – Kitab Jami’ul
usul fil awliya’.
Syeikh
Ahmad al-Kamashkhanawi rahmatullah juga menyebutkan dalam kitab yang
sama yaitu “ Barangsiapa yang tidak sah baginya keturunan kaum (
salasilah tariqat ) maka dianya anak buangan didalam amalan tariqat,
tidak ada bapa baginya dan tidak harus baginya duduk jadi ketua
majlis ( yang dibuat Guru ) dan tidak harus juga baginya bersama-sama
menunjuki murid ( mengajar ) kepada kebenaran melainkan sudah
mengambil ia akan adab tariqat daripada seorang Guru yang mursyid (
yang sahih salasilah tariqatnya hingga kepada hadrat Nabi S.A.W ).
Syarat
untuk mengenal Allah itu mesti dengan wasitoh dan Guru itulah sebagai
pemandu yang membimbing muridnya kerana beliau terlebih dahulu sampai
ke tempat tujuan. Syeikh Ibrahim ad-Dasuqi berkata , “ Memilih
seorang Syeikh dalam perjalanan tariqat itu wajib hukumnya bagi
tiap-tiap murid meskipun murid tariqat itu seorang alim besar
sekalipun “.
1.
Al-Qusyayri dalam Kitabnya al-Risalah al-Qusyaysiyyah :
Kemudian
wajiblah ke atas seseorang murid supaya dia didik oleh
Syeikh.Sekiranya dia tidak ada Guru ( yang memimpinnya );
selama-lamanya dia tidak akan berjaya ( dalam perjalanannya menuju
Allah )
2. Abi
Yazid Al-Bistami pula mengatakan :
Sesiapa
yang tidak ada Guru , maka pembimbingnya adalah syaitan.
3. Abu
Ali al-Daqqaq mengungkapnya pula :
…apabila
seseorang murid itu tidak ada Guru yang akan membimbing perjalanan
nafas demi nafas ( maqam demi maqam ), maka dia akan menjadi hamba
kepada nafsunya, yang dia tidak mungkin berjaya ( melepaskan diri
daripadanya ).
4. Imam
Al-Ghazali didalam Ihya ulum al-Din mengungkap pandangan beliau :
Maka
demikianlah seorang murid itu memerlukan seorang Syeikh dan Guru yang
semestinya diikuti untuk dia mendapat panduan kearah jalan yang
betul.Sesungguhnya jalan agama itu cukup sukar sekali, sedangkan
jalan-jalan syaitan amat banyak pula.Oleh itu barangsiapa yang tidak
ada Syeikh yang menunjuk arah kepadanya, maka syaitan akan memandu
kearah jalannya ( jalan syaitan).
5.
Menurut Imam Ghazali lagi :
……tetapi
untuk mendapatkan Syeikh ( Guru ) yang seperti itu ( yang tulen )
amatlah sukar, lebih-lebih lagi pada zaman ini.Ramai yang mengaku
diri mereka sebagai Syeikh Mursyid , sedangkan mereka pada hakikatnya
mengajak manusia kearah kelalaian dan kekosongan semata-mata malah
kebanyakan golongan muhildin itu pun mengaku sebagai Syeikh Mursyid
juga sedang tindak tanduk mereka terang-terangan bertentangan dengan
agama.
6.
Katanya lagi ( al-Ghazali ):
Jika
kamu melihat seorang manusia terbang di udara dan berjalan di atas
air, sedangkan dia melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak,
maka hendaklah kamu ketahui bahawa sesungguhnya itu adalah syaitan.
GURU
itu sentiasa melimpahkan doanya pada murid sepertimana Nabi
melimpahkan doa Baginda pada umat ; begitu juga Allah Ta’ala
melimpahkan rahmat pada hamba-hambaNya.
No comments:
Post a Comment