Thursday

Kalimah ALLAH



Nama Allah yang paling Agong adalah ALLAH ( Aliff Lam Lam Ha ).

Jika Huruf Aliff nya hilang maka masih boleh dibaca Lam Lam Ha ( Lillah : Untuk Allah ).
Jika Huruf Lam yang pertama pula hilang maka masih boleh dibaca Lam Ha ( Lahu : 
UntukNya ).
Demikian juga apabila Huruf Lam yang kedua hilang maka masih ada Huruf Ha
( Bermaksud : Nya ).Seluruh rahsia terkandung dalam Huruf Ha kerana maknanya 
Dia ( Nya ).Hu itu nama Allah yang tanzih.Sedangkan jika nama-namaNya lain yang hilang salah satu hurufnya maka akan turut hilanglah maknanya.

ALIFF , menurut Sahl Bin Abdullah r.a adalah huruf awal dan paling agong kerana 
Allah menyatukan segala sesuatu sementara Dia berbeza dengan segala sesuatu.
Berkebetulan pernah dikatakan oleh seorang ahli Tasawuf bahawa permulaan 
segala perkataan didunia ini adalah bunyinya Aaa.

Ibn Arabi menganggap Zikir Allah itu adalah sebaik-baiknya dalam khalwat. Perkataan
ini berasal dari pendapat Ibn Atho’illah as-Sakandari yang berasal pula dari Syeikh 
as-Syibli dalam Kitab Miftahul Fallah fi Zikril Karim al-Falah.

Latifah manusia ( Latifah Insaniah – maqam-maqam zikir ) memudahkan perjalanan
( suluk ) orang-orang yang salik yang berzikir dengan lafaz ALLAH disemua latifah 
tersebut untuk mendapatkan kurnia al-jazbah al-makniyyah ad-dzatiyyah.

Zikir Allah itu lebih afdal pada orang hakikat yang hanya dipandang pada maujud tanpa 
syak. Hanya ingat pada Dzat semata-mata yang Laisa kamishlihi syai’un – Dzat yang
 tiada umpama suatu jua pun.

Syeikh Abu Ali Al-Diqaq , beliau suatu hari sedang berzikir Allah, Allah , Allah. 
Di antara orangramai yang berzikir itu ada seorang bertanya kepadanya, 
“ Apakah itu Allah ? ”. Beliau menjawab, “ Saya tidak tahu ! “. Orang itu berkata lagi,
Kalau Tuan tidak tahu Dia, kenapa menyebut namaNya ?.” Beliau menjawab, “
 Beritahu kepada saya nama apa yang patut saya sebut “.


Firman Allah dalam Surah Al-Insaan ayat 25 :

" Sebutlah oleh mu akan nama Tuhan mu ( ALLAH ALLAH ALLAH ) pagi dan petang "

Penafsiran dari Ulama’ Tasawuf : 
“ Sebut olehmu akandia ( yakni ALLAH ALLAH ALLAH ) samada di dalam sembahyang 
 dan juga di luar sembahyang dan samada dengan lidah dan juga dengan hati.”



Ertinya :
Rasulullah ( S.A.W ) bersabda kepada Saidina Ali Bin Abi Tholib (Karramallahu wajhah) : 
Hai Ali , pejamkan kedua matamu dan kantupkan kedua bibir dan rapatkan akan lidah 
pada langit-langit dan kata olehmu dengan hati  ALLAH ALLAH ALLAH.
Petikan dari kitab Majmu‘ul Mawa’izoh Tuan Guru Syeikh Imam Ishak Ar-Rawi

Syeikh Abu Qasim Al-Qusyairi : 
Zikir Allah itu adalah merupakan rukun yang penting dalam jalan kepada Allah SWT bahkan zikir 
Allah itu adalah tiang utama dalam jalan Allah itu dan seseorang itu tidak akan sampai kepada
( haqiqat ) Allah kecuali dengan cara terus menerus berzikir Allah. 

Zikir itu ada 2 bahagian iaitu Zikir Qalbi dan Zikir Lisan. Tiap-tiap jenis zikir itu mempunyai 
dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah.

Adapun Zikir Lisan itu menggunakan lafaz yang tersusun dari suara huruf. Tidak senang 
orang yang berzikir melakukan dalam semua waktu. Jual beli dan lain-lain perkara 
boleh melalaikan seseorang yang berzikir.

Sementara Zikir Qalbi yakni zikir yang disebut Ismu Dzat iaitu memerhati makna lafaz
zikir tanpa huruf dan tanpa suara maka tidak ada sesuatu yang boleh melalaikan dari 
berzikir.

Menurut Syeikh Abdul Mahawib r.h bahawa wirid yang afdal bagi murid adalah berzikir.
Solat itu meskipun besar, kekadang pada waktu tertentu tidak dibolehkan tetapi zikrullah
itu boleh dibuat dalam apa jua keadaan.Zikir yang utama adalah 'La ilaa ha illallah' selama
dia masih berkeinginan namun bila keinginannya telah fana',maka zikir dengan lafaz
jalallah ( ALLAH ALLAH ) adalah lebih bermanafaat.

Menurut Kitab al-anwar al-qudsiyyah fil qawaid as-suffiyah dalam Kitab Mawaqif al-Bishri 
Allah Taala berfirman dalam Hadis Qudsi,"Jika kamu tidak melihat Aku, tetaplah menyebut namaKu.Lalu bila kamu melihat Aku, maka diamlah.Sesungguhnya Aku memerintahkan kamu menyebut namaKu tidak lain sebagai cara untuk hadir bersamaKu.Sesungguhnya namaKu tidak berpisah denganKu".

No comments: