Pembedahan
Batin…Adakah Haram atau dibenarkan dalam Islam?
Pengenalan
Seperti
yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak
zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh
pengamal perubatan tradisional ini terutamanya amalan jampi.
Amalan
Jampi dalam perubatan
Sabda
Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Dari
‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu
kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau
bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan
jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat
Muslim)
Menurut
Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa al-Mu’asirah, suatu jampi itu harus
dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat:
1.
Ia mesti disasarkan kepada Allah
S.W.T dan nama-namaNya.
2.
Ia mestilah dituturkan dalam bahasa
Arab dan kata yang boleh difahami maknanya.
3.
Beriktikad bahawa ianya tidak memberi
kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.
Jampi
yang diharamkan
Antara
ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut
·
Jampi yang mengandungi unsur syirik,
pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir.
·
Menggunakan bahasa yang tidak
difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau
Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya
disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau
seumpanya.
·
Menggunakan azimat atau tangkal
sebagai pelindung
Firman
Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:
“Dan
janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat
kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau
orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik
itu)”.
Contoh
amalan perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat Islam
·
Pengamal menggunakan pertolongan jin
(termasuk jin Islam) dalam rawatan perubatan.
·
Pengamal menggunakan sihir, ilmu
hitam, silap mata, tukang nujum atau ramalan tapak tangan.
·
Pengamal mengaitkan suatu pengeras
dengan suatu akibat.
·
Pengamal melakukan perkara syirik
seperti sembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.
·
Pengamal menggunakan bacaan jampi
yang tidak difahami.
·
Penggunakan menggunakan tangkal dan
azimat yang berupa rajah atau bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
·
Pengamal membaca ayat Al-Quran secara
terbalik.
·
Pengamal memberikan syarat yang
bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam. (contoh: pesakit wanita
perlu bersendirian dengan pengamal)
·
Pengamal mengaitkan amalan
perubatannya bersumberkan daripada Rasulullah dan Al-Quran tetapi tidak boleh
membuktikannya.
Pembedahan
Batin…Adakah Haram atau dibenarkan dalam Islam?
Kebiasaanya
dilakukan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian
seperti guru agama, kelihatan warak serta menggunakan gelaran tertentu.
Apa kata
mereka?
1.
Mereka meyakinkan anda bahawa rawatan
pembedahan batin ini berupaya menggantikan pembedahan moden bagi penyakit
kornik seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit.
2.
Mereka meyakinkan orang ramai bahawa
kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat bius digunakan.
3.
Tempoh masa untuk sembuh adalah
singkat.
4.
Mereka di beri mukjizat untuk
menjalankan pembedahan batin, atau mereka tergolong dalam golongan orang yang
menerima keistemewaan (karamah, maunah atau kasyaf).
Fakta
sebenar
1.
Tiada bukti dalam Al-Quran dan Hadis
bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam.
2.
Amalan ini HARAM dilakukan kerana
pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau
syaitan atau sihir semasa merawat.
3.
Pengguna ditipu dengan janji manis
keberkesanan rawatan ini di samping bayaran yang tidak munasabah.
4.
Mukjizat adalah suatu perkara yang
luar biasa yang dikurniakan oleh Allah untuk para nabi dan rasulNya, yang
bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu,ia yang mesti
ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka
5.
Karamah ialah suatu perkara luar
biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh yang dikasihi Allah,
yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu tertentu secara
mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan dan dipertontonkan
kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan yang diberikan
kepada golongan yang taat kepadaNya.
6.
Maunah ialah suatu perkara luar biasa
yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang
tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu itu dengan
tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan tidak wajar
diperhebahkan.
7.
Kasyaf ialah penyingkapan
rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk karamah yang
mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah SWT dan mestilah tidak
bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah disepakati.
Renungan
bersama…
Memang
satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit
yang dihadapi. Seperti terkandung dalam hadis:
“Tidak
ada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya…”
Tetapi
berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat atau berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi
HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.
No comments:
Post a Comment