Awaluddin makrifatullah ;
Sudah banyak kali kita diterangkan mengenai “awaluddin
makrifatullah’ didalam beberapa
posting dengan terang dan jelas,ada yang menjela-jela malah ada yang menjulai-julai.
Namun begitu;anggaplah ia sebagai refresh minda,mengembalikan semula ingatan kita kepada
maksudnya.Usah jemu-jemu menerangkannya seumur hidup.
Di dalam hal yang berkaitan menerangkan ilmu Allah,penjelasan mestilah mengikut
sumber yang betul kerana dibimbangi samada ia boleh menambahkan iman dan amal
atau menjurus kepada kekufuran.
Kalau kita letakkan ilmu Allah dalam fikiran dan akal,ia tidak mampu menampung tetapi
kalau kita simpan dan semat dalam hati sanubari;InsyaAllah banyak mana pun ilmu dan
pengetahuan;hati dapat menampung kesemuanya malah ia semakin mengembang tanpa
had kecuali kalau hati itu sudah berkarat,ibarat air sudah menjadi ais,tidak jernihnya lagi,
tidak telus nur Allah.
Mari kita susuli dengan jelas di mana makrifatullah itu berlaku :-
1. Awaluddin makrifatullah membawa maksud seawal-awal kita beragama ini dengan
dan setelah makrifatullah.Perkataan makrifatullah itu sendiri telah membezakan antara kenal
dan tahu akan Allah.Ibarat seperti perkataan sedap dan lazat.Elok kita kekalkan perkataan
makrifatullah itu sebagaimana kita guna dan sebut perkataan ‘standard’.
2. ‘Kenal’ kita akan Allah itu melalui pelajaran Ilmu Tauhid.Contohnya melalui pemahaman
atau aliran Wahdatul Wujud yang dipapularkan oleh Ibn Arabi.
3. ‘Tahu’ kita akan Allah itu pula melalui pelajaran Ilmu Tasauf.

Contohnya melalui pengalaman
dzauk yang dialami oleh Al-Imam Al-Rabbani Muajadditul Al-Futhani As-Syeikh Ahmad Faruqi As-Sirhindi.
Syeikh Ahmad Sirhindi telah bersuluk secara serius membolehkannya mencapai satu maqam
yang lebih tinggi daripada apa yang dicapainya sebelum ini.Iaitu satu maqam yang lebih tinggi
daripada Wahdatul Wujud yang kemudiannya diistilahkan oleh Sirhindi sebagai Wahdatul Syuhud
( penyaksian kerohaniah ).
Cuma amalkan sunnah Rasulullah S.A.W yang mudah ini untuk menemui jawapan yang dicari
seumur hidup iaitu awaluddin makrifatullah..iaitu berzikir.
1. Lakukan Muraqabah – tujuannya untuk merasai akan wujudnya Allah.Muraqabah itu
bermaksud kesedaran hati atau rohani seseorang itu berterusan ingat bahawa Allah SWT
sentiasa melihat dan memerhati keadaan dirinya.
2. Zikrullah – berzikir dengan satu kalimah yang diambil atau diajar oleh Guru.Muraqabah
dan berzikrullah ini berjalan serentak.Kombinasi muraqabah dan zikrullah ini diyakini oleh
para ahli tariqah sebagai ‘aqrobut turuq ilallah’ yakni jalan rentas yang paling dekat untuk
sampai kepada Allah sepertimana yang dipinta oleh Saidina Ali kwj.
Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah S.A.W dengan katanya :
" Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku ( satu ) tareqat yang paling dekat ( untuk sampai ) kepada
Allah ( hakikat dan makrifahNya ) dan yang paling mudah ( untuk diamalkan ) oleh para hamba
Allah dan yang paling afdal di sisi Allah. "Saidina Ali bermaksud agar Rasulullah S.A.W mengajar
satu tareqat yang paling dekat untuk sampai pada hakikat makrifah.
Rasulullah SA.W menjawab permintaan Saidina Ali itu dengan Sabdanya:
" Ya 'Ali ( jika engkau mahu satu tareqat seperti yang engkau maksudkan itu ) maka wajiblah
di atas engkau sentiasa kekal berzikrullah secara sirr ( dalam hati tanpa suara ) dan secara jihar
bersuara ) "
Dari pertanyaan Saidina 'Ali dan jawapan Rasulullah S.A.W tersebut, jelas sekali wujudnya istilah
at-toriq dan konsepnya iaitu sentiasa berzikirullah samada secara sirr atau jihar.
Asas amalan tariqat yang ujud di kalangan umat Islam di seluruh dunia adalah sentiasa berzikrullah
seperti itu.Bila Saidina 'Ali mendengar jawapan Rasulullah S.A.W itu,maka beliau seolah-olah kurang
yakin.
Oleh sebab itu beliau segera berkata :" Orang ramai telah berzikrullah Ya Rasulullah ,
( ajarkan aku ) sesuatu ( amalan ) secara khusus ".
Rasulullah S.A.W segera bersabda :" Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para Nabi
sebelumku ialah LA ILA HA ILLALLAH.
Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan ( kalimah ) LA ILA HA ILLALLAH
itu di sebelah dacing ( yang satu lagi ) nescaya LA ILA HA ILLALLAH itu lebih berat. Dan hari kiamat
tidak berlaku sedang di atas muka bumi ini ada orang yang menyebut LA ILA HA ILLALLAH.
Saidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata :" Maka bagaimanakah ( caranya ) aku hendak berzikir ? "
Rasulullah S.A.W bersabda :" Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan dengarlah
( baik-baik ketika ) aku menyebut Kalimah LA ILA HA ILLALLAH sebanyak tiga ( 3 ) kali.
Kemudian engkau sebutlah LA ILA HA ILLALLAH tiga kali dan aku akan menyemaknya."
Kemudian Rasulullah S.A.W melakukan ( sebutan ) LA ILA HA ILLALLAH itu dengan menguatkan
suara.( Hadis Musalsal ini diriwayatkan dari Saidina Ali, diriwayatkan oleh Al-Tibrani dan A-Bazzar
dengan para sanadnya yang hasan ) . Haqaiq 'An al-Tasawwuf , H 84-85.
Zikrullah yang dibaiahkan atau ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai zikir darajat
iaitu dipelajari secara tertentu,diamalkan dengan cara tertentu, dilengkapkan dengan pelbagai
adab sebelum berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan sebagainya.Zikrullah yang tidak
dibai'ahkan secara khusus sepertimana pertanyaan Saidina Ali " orang ramai telah berzikrullah
" itulah dinamakan zikir hasanat.Ia tidak terikat dengan adab dan peraturan tertentu.
Ini adalah salah satu contoh zikir yang dibaiahkan atau ditalqin kan secara khusus oleh Rasulullah.
Zikir ini secara adabnya diambil baiah daripada Guru ( Syeikh ).Begitu juga dengan zikir-zikir
khusus yang lain, yang tidak diajar secara umum ( kepada orang awam ).
3. Zikir ini masih dalam peringkat ghaflah;yakni hati masih lalai.Fikiran dan hati masih ingat
kepada kerja,ingat pada hutang,ingat kepada anak isteri,ingat kepada tv ,ingat kepada makan
dan ingatan kepada pelbagai lagi.
4. Setelah lama sikit berzikir, Hati mula terkejut dan tersedar.Sebelum ini hati itu lalai,lupa
dan tertidur malah ada yang mati.Oleh kerana diasak dengan zikrullah,hati mula jaga.
Peringkat ini dinamakan yakazah.Hati mula takut,bangun dan sedar terhadap Allah.
5. Bila hati hudur, maknanya hati sudah sentiasa ingat kepada Allah.
6. Apabila sudah merasai kelazatan berzikir , kemudian sampailah kepada peringkat
ghaybah iatu ingatan selain Allah telah lenyap..menafikan wujudnya yang lain,Nafi Isbat.
a. Maka di sinilah berlakunya FANA’ dan MAKRIFATULLAH.Fana’ ini tidak boleh dicapai
dengan hanya mendengar ta’lim kecuali dengan merasai dzauk.
b. Guru ( yakni Syeikh ) murid itulah yang akan memimpin usaha-usaha zikrullah dan
mendapatkan jazbah.Jazbah dari segi bahasa bererti tarikan atau dorongan.Istilah
dalam amalan tariqah pula bermaksud satu hal yang dirasakan oleh seorang murid
atau salik ketika dibukakan hijab hatinya untuk mengenal Allah atau ketika dikurniakan
sebahagian dari makrifatullah.
c. Apabila sudah merasai dzauk ini,barulah ibadah itu menjadi ubudiyyah.
d. Diperingkat ini juga berlakunya kejadian apa yang dikatakan Baginda S.A.W
‘Mati sebelum mati – muu tuu qobla an tamuu tuu’.
e. Keadaan di sinilah juga dinamakan ia Maqam Baqobillah.
Dan bagaimanakah kita akan kembali kepadaNya dalam keadaan diredhai.Inilah masanya
kita menhayati firman Allah ini :
" Wahai jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada Tuhan mu dalam keadaan redha dan diredhai.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.Dan masuklah ke dalam syurgaKu ".
Surah Al-Fajr ayat 27-30
Pengalaman seseorang itu yang merasa seakan-akan atau seolah-oleh melihat atau
menyaksikan hakikat Allah.Maka perjalanan rasa seakan-akan melihat Allah itulah
yang dikatakan ‘ehsan’.
Cara,kaedah atau jalan untuk mencapai kepada darjat ehsan itu adalah melalui Ilmu
Tasauf yang merangkumi Ilmu Tariqah dan suluk.Manakala perjalanan dalam Ilmu
Tariqah itu dinamakan Ilmu Hakikat atau Ilmu Makrifat.
Makrifah bukan boleh dicapai atas usaha manusia tetapi ia adalah anugerah Allah apabila
hati seseorang itu hidup dan sedar (yakodho) melalui zikrullah.Meskipun begitu , niat
dan keazaman mestilah ada dalam hati untuk mencapai makrifah itu.
Makrifah itu hendaklah dicari dan diusahakan cara ke arahnya.Bak kata,kita sering sebut
untuk pergi ke suatu destinasi yang amat kita impikan ; kita bayangkan dan andai-andaikan
keindahan tempat-tempat tersebut.Itulah yang sering kita ulang dan sebut bertahun tahun
lamanya namun kita tidak pernah membeli pun tiket untuk ke sana !
Begitu jugalah dengan perjalanan menuju Allah Azzawajalla ini; jika tidak membeli tiket
( istiqamah hati berzikrullah seperti yang diajarkan Rasulullah), maka sampai mati pun kita
tidak akan kenal Tuhan Sekalian Alam..sampai mati pun kita tak dapat menikmati dan
menghayati apa yang dikatakan makrifatullah.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment