Wednesday

Amalan ADA dikatakan TIADA

Semenjak dua menjak ini banyak kedengaran kumpulan yang sering menyalahi
atau menidakkan amalan yang ADA tetapi dikatakan TIADA.
Kumpulan ini bukan terdiri orang yang biasa-biasa tetapi dari kalangan yang 
mempunyai pendidikan agama yang tinggi,para agamawan atau ustaz-ustaz 
yang mencemuh pada amalan yang mereka sendiri kabur dengannya.
Mereka inilah yang dikatakan dari kumpulan ulama' suk dan tidak hairanlah 
apabila Rasulullah S.A.W berkata,'umatku berpecah kepada 73 firqah ( puak )
tetapi hanya 1 puak sahaja yang masuk ke syurga" 72 puak lagi itu pun puak 
umat Nabi Muhammad juga,bukan puak lain tetapi puak ini tidak diberi laluan 
ke syurga.Siapakah mereka ?

Satu peristiwa bersejarah berlaku antara Ibn Taimiyah dengan Syeikh Ahmad
Atho'illah As-Sakandari , pertemuan itu berlaku sewaktu Ibn Taimiyah singgah
solat Maghrib di Masjid Al-Azhar,Mesir tanpa menyedari Syeikh Ahmad Atho'illah
menjadi imam.

Diskusi itu menyentuh permasaalahan semasa mengenai aqidah Islam termasuk
mengenai tawasul,amalan istiqasah (minta tolong selain Allah) dan pandangan 
kedua-dua ulama' ini terhadap Syeikh Muhyiddin Ibn Arabi.

Dalam diskusi itu, Ibn Atho'illah menerangkan bahawa istiqasah itu sebenarnya 
adalah wasilah atau perantara syafaat menjawab kata-kata Ibn Taimiyah yang 
mengatakan ianya satu bentuk syirik.

Syeikh Ahmad Atho'illah menjelaskan bahawa ia hanya satu lafaz zahir sahaja.
Setiap orang yang meminta pertolongan dari Rasulullah S.A.W sebenarnya 
meminta syafaat Baginda daripada Allah.

Contohnya seperti kata-kata ; " makanan ini mengenyangkan saya '.Apakah 
makanan itu mengenyangkan kamu atau Allah sebenarnya menjadikan kamu 
kenyang dengan makanan itu ?

Ayat Quran yang mengatakan jangan meminta pertolongan selain Allah itu 
sebenarnya diturunkan kepada orang musyrikin yang memohon doa kepada 
berhala-berhala yang dianggap sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya orang 
Islam beristiqasah daripada Baginda dengan makna tawasul dengannya 
kepada Allah dan memohon syafaat yang dikurniakan Allah kepada Baginda.

Syeikh Ahmad Ibn Atho'illah berkata kepada Ibn Taimiyah,' adapun pemahamanmu 
terhadap perbuatan istiqasah itu kerana ia membuka jalan kepada syirik ' samalah
seperti orang yang mengharamkan buah anggur kerana ia adalah jalan bagi 
menjadikan arak dan sama juga 'mengkasi'kan lelaki bujang untuk menyekat jalan 
yang boleh membawa kepada zina.

Syeikh Islam Izuddin Ibn AbdisSalam setelah membaca karangan-karangan Ibn 
Arabi serta memahami maksud simbolik dan rahsia di sebalik kata-katanya ,
beliau (Syeikh Izuddin) bertaubat kepada Allah daripada segala dosa tuduhan 
terhadap Ibn Arabi. Begitu juga kritikan dari Abu Hasan Syazilly bukan ditujukan 
kepada Ibn Arabi tetapi kepada murid Ibn Arabi yang tidak memahami kenyataan 
Ibn Arabi itu sendiri.

No comments: