Monday

Resepi BUBUR LAMBUK VEGETARIAN Menu Suluk


Sebenarnya tidak dapat dibezakan Bubur Lambuk Vege ini dengan Bubur Lambuk yang dicampurkan dengan isi ikan mengikut resepi ini kerana jumlah penggunaan kelapa atau sukatan santan dilebihkan untuk mencukupi rasa lemaknya bagi menggantikan rasa ikan.Menu ini sesuai untok hidangan berbuka dan morey musim bersuluk di bulan Ramadhan.

BAHAN-BAHAN

Beras 6 pot untok hidangan 70-80 orang
Santan 6 biji kelapa ( pilih saiz kelapa yang besar )
Bawang besar 3 biji
Bawang Kecil 6 biji ( bawang-bawang ini dikisar dengan santan)
Serai 5 batang
Daun Kesum 12 tangkai
Daun Kunyit 2 helai ( kalau yang besar )
Kerisik 4 sudu besar ( saya gunakan keresek buatan sendiri )
Lada Hitam 3 sudu besar  ( ditumbuk )
Lada Kecil @ Cili Api 15 biji ( ditumbuk )
Pucuk Paku Merah @ Pucuk Midin ( jumlahnya ikut cita rasa )
Garam



Cara Membuatnya :

Rendam Beras 30 minit hingga 1 jam
Rebus sampai jadi bubur
Selepas kembang nasi , bubuh daun kunyit,daun kesum,serai ; sampai
lembut daun tersebut.
Bubuh santan
Bubuh bawang kisar
( Bubuh isi ikan jika bukan untok makanan orang yang bersuluk.
Jika gunakan isi ikan ,santan kelapa boleh dikurangkan )
Kacau ; masukkan garam dan kerisik.
Selepas mendidih, masukkan daun pucuk paku @ pucuk miding,
biarkan sekejap.
Bila nampak layu,tutup api.
Bubur Lambuk siap untok dihidang.


Menu Pilihan Bubur Lambuk Biasa :

Beras 2 pot hidangan untok 25 orang atau
4 pot ( tin susu ) untok hidangan 50-60 orang
Bawang Besar dan Bawang Kecil 3 - 4 ulas
Santan 2 biji kelapa ( pilih saiz kelapa yang besar )
Isi Ikan Lolong atau Ikan Selayang  5 ekor ( saiz yang besar )rebus dan buang tulang
Cara membuatnya sama seperti di atas.


Bismillahi ‘ala barakatillah.


No comments: