Ilahi anta maksudi wa redhoka matlubi*::*La ilahaillallah Muhammadarasulullah fi kulli lamhatin wanafasin 'adadama wasi'ahu ilmullah
Sunday
Selawat Dustur : Sebelum Iqamah Subuh
Lazimnya selawat ini dibaca ketika dalam suluk sebelum bilal atau muadzin melakukan iqamah untok solat subuh bagi jamaah Naqsyabandi Al-Khalidi.
ISTIQFAR ketika bersuluk
Istiqfar ini dibaca dalam suluk
Ini pautan kepada link youtube alunannya
Istiqfar Suluk
kredit kepada mr cocan untok youtube
Ini pautan kepada link youtube alunannya
Istiqfar Suluk
kredit kepada mr cocan untok youtube
Tuesday
Pengertian Syuhud di dalam Ma'rifatullah
Makrifah itu adalah keadaan dimana Allah itu dekat dan hati
sanubari melihat Zat Allah yang
“Laisa kamislihi syai’un ”. Pintu masuknya
adalah melalui fana’.
Saidina Ali bin Abi Tholib dalam syairnya berkata :“ Ku
lihat Tuhanku dengan mata hatiku;
dan aku pun berkata...tidak syak lagi yang
Engkau itu ; adalah Engkau Tuhan “.
Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Ilmu itu ada dua, ilmu yang ada dalam hati iaitulah ilmu
yang memberi manafaat dan
ilmu yang ada pada lidah iaitu lah menjadi hujjah keterangan
Allah atas anak Adam “
Sabda Baginda lagi :
“ Bermula ilmu batin yakni ilmu hakikat dan makrifah itu
ialah suatu rahsia daripada beberapa
rahsia Allah Taala dan satu hukum daripada
beberapa hukum Allah.Allah Ta’ala mencampakkan
( mengurniakan ) ilmu batin itu
di dalam hati sesiapa yang dikehendakiNya daripada hambaNya “
Hati yang telah melihat ajaib alam malakut tandanya hati itu
telah hidup sepertimana
Sabda Rasulullah :“ Manusia itu tidur, maka apabila mati
mereka itu barulah mereka itu terjaga “
Adapun yang dimaksudkan tidur dalam hadis ini ialah tidur
hati, iaitu hati itu tertutup oleh
awan aghyar atau hati itu diselimuti oleh hawa nafsu dan
syaitan.Maknanya hati itu telah buta,
telah hitam,ditutup oleh macam-macam dosa.
Apa yang dimaksudkan mati dalam hadis ini ialah mati
nafsu.Kalau nafsu yang jahat sudah mati
dan sudah hilang ia, maka hati itu
bangun atau hidup dan dapat pula melihat kealam malakut
kerana dinding
penghalangnya sudah tidak ada lagi.
” Manusia Tak kenal Allah
sekiranya tak lahir dua kali”
Tuan Guru
Hj Jahid Al-Khalidi 4 November 2007.
Kalau hati telah
dapat melihat kepada Allah dengan penglihatan iman dan yaqin; sudah tentulah
seseorang itu tidak ragu-ragu lagi selama hidupnya untuk
mempercayai Allah Taa’ala tanpa
berkehendakkan dalil dan burhan kerana mereka yang
berkehendakkan dalil dan burhan itu adalah
orang-orang yang masih buta hatinya.Ibarat orang buta
berjalan,tentulah berkehendakkan tongkat
dengan pimpinan orang yang celik sedangkan orang yang celik
tidak berkehendakkan kepada
tongkat dan pimpinan.
Jika hati telah dapat melihat ke alam malakut atau melihat
Zat Allah yang “Laisa Kamislihi syai’un”
ketika dalam makrifatullah; penglihatan hati itu tidak dapat
didustakan.
Firman Allah :
“ Hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya” Surah Al-Najm
ayat 11
Tetapi kebanyakan manusia ( orang awam ) ragu-ragu dan syak
akan perkara itu.
Firman Allah :“ Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah
di dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka.Ingatlah, bahawasanya
Allah Maha Meliputi ( Ilmu dan kuasaNya) segala sesuatu ” Surah Fussilat ayat
54.
Maka maknanya melihat di sini ialah melihat kepada Allah
Ta’ala dengan penglihatan iman dan yaqin. Syaratnya dua perkara iaitu takut
kepada Allah dan berkekalan zikrullah,InsyaAllah.
Firman Allah dalam Hadis Qudsi :
“ Aku sediakan bagi hambaKu yang soleh-soleh itu akan barang
yang tiada pernah dilihat oleh mata dan tiada pernah didengar oleh telinga dan
tiada pernah terlintas dalam hati manusia “
Tetapi tidak dapat semua perkara diceritakan kerana menjaga
adab dan rahsia Allah Ta’ala.
Teori syuhud dalam alam makrifah itu adalah sama tetapi
tidak lah serupa tetapi ia
merupakan satu pengalaman,satu perjalanan yang perlu dilalui.Perjalanan
dan pengalaman ini
tidak akan sampai pada matlamatnya kalau ia tidak
dipimpin.Bukannya tidak ada yang mencapainya tanpa pimpinan tetapi
kadang-kadang;jarang-jarang saja.
Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W mikraj ke langit hendak bertemu
Robbil ‘Alamin, Baginda berwasilah kepada Malaikat Jibrail a.s.Maka setelah
sampai Nabi Muhammad ke Sidratul Muntaha, Malaikat Jibrail meninggalkannya di
situ kerana Baginda S.A.W hendak masuk ke lautan Makrifatullah,musyahadah akan
Allah yang bersifat “Laisa kamishlihi syai’un “.
“ Tuntutlah olehmu kepadaNya akan wasilah ‘ Surah Maidah
ayat 35
Kalau Nabi S.A.W berwasilah dengan Malaikat Jibrail sewaktu
Mikraj, apa salahnya jika kita berwasilah pada Guru atau pengajaran guru di
waktu kita beribadat kepada Allah S.W.T.
Matlamat ke alam makrifah itu mudah;dekat dan tidak jauh
untuk dicapai tetapi ianya memerlukan kesungguhan hati,himah dan kekuatan rasa
kehambaan pada diri seseorang itu.Untuk sampai ke tahap atau maqam itu kenalah
mulakan dengan kebersihan hati dari dosa zahir dan dosa batin dan berkekalan
berzikrullah.
Kaedah untuk berkekalan berzikrullah juga adalah dengan
istiqamah beramal atas apa yang dibaiahkan oleh guru dari amalan Rasulullah
S.A.W. Istiqamah ini hanya dapat berlaku apabila seseorang itu jauh dari
gangguan suasana persekitaran. Maka dengan sebab itu bagi mempercepatkan proses
ke alam makrifatullah,si salik itu perlu menjalani khalwah;barulah ia dapat
menumpukan kepada zikrullah ,dibuat secara terusan dan istiqamah.Nanti mudah ia
melalui jalan fana' untuk menuju ke alam makrifah.
Dalam Hadis Qudsi,Allah Ta’ala menyebut :
“ Ana jalisu man zakaroni ” Maksudnya “Aku seolah-olah duduk
dengan orang-orang yang menyebutKu ‘
Firman Allah dalam Hadis Qudsi :
" Wahai hambaKu ! Aku adalah di sisi sangkaan engkau
dan Aku berserta engkau apabila engkau ingat kepadaKu “.
Apabila berlakunya perkara ini,maka terpandanglah hati
sanubari itu kepadaNya di alam makrifah itu.Makrifah itu berkuasa pada
hati.Ingatlah Aku (Allah) dalam lupa kamu.
Metafizik
Zikrullah
itu banyak memberi manafaatnya untuk kehidupan duniawi dan ukhrowi seperti mana
yang banyak diterangkan.
Pelbagai
method ilmu boleh lahir dengan kaedah amalan zikir.Sabda Rasulullah S.A.W ,”
Ana madinatul ilmi wa ‘Ali babu ha ”Aku ini gedung ilmu dan Ali ( Saidina Ali)
adalah pintunya.
Begitu
banyak ilmu dari nasab Rasulullah S.A.W yang didapati melalui Saidina Ali k.w.h
atau salsilah ilmu yang sampai kepada beliau samada ilmu Toriqat,Ilmu Hakikat
dan lmu Makrifat.
Tidak
kurang juga ilmu-ilmu kebatinan,Ilmu Tenaga Dalam,Ilmu Kaji Diri atau ilmu-ilmu
yang seumpamanya yang dinisbahkan kepada baginda.
Peranan
zikir tidak dinafikan dalam membentuk peribadi seseorang individu banyak sekali
memberikan kelebihan atau keistimewaan pada sesiapa yang beramal dengannya
secara tekun dan istiqamah lebih-lebih lagi zikir itu diterima secara bai’ah
dan dipelajari secara khusus.Cuma kita kena telitikan siapakah orang atau
individu (Guru) yang memberi bai’ah atau yang mentalqinkannya atau yang
mengajar akandia.
Kekuatan
zikir memang boleh ditranformasikan kepada apa saja yang dihajatkan tetapi
penerima qasad atau ruqyah ( contohnya kepada pesakit ) perlulah beringat dan
berwaspada bahawa tranformasi itu bukan setakat ruqyah atau bacaan zikir sahaja
tetapi boleh juga ia berserta dengan perpindahan
khadam ,saka atau amalan salah yang diamalkan oleh pemberi ruqyah atau
individu yang memindahkan bacaan atau amalan atau apa yang mereka sebut aura zikir
itu.
Pesakit
atau penerimanya mungkin akan merasa selesa atau sudah sembuh tetapi harus
diingat kesembuhan itu mungkin bersifat sementara.
Kekuatan
wirid zikir yang diistilahkan sebagai kekuatan metafizik beribu-ribu atau
berjuta-juta adalah diterjemahkan begitu supaya ia nampak lebih hebat dan lebih
advance sepertimana air diistilahkan sebagai H2O dan Bismillahirahmanirrahim di
disimbulkan dengan angka 786.
Istilah-istilah
lain yang sering disebut dan digunakan dalam bidang beladiri atau pengamal
perubatan lain atau pengamal kebatinan adalah seperti cakra,qi,chi,aura atau
seumpamanya.
Sebenarnya
semua gelaran atau panggilan itu adalah merujuk kepada nur- nur Allah yang
meliputi tubuh manusia.
ISTILAH TASAWUF
ISTILAH
TASAWUF
UZLAH : Tinggalkan kampung halaman menuju
suatu tempat.Kemudian duduk satu tempat tak keluar-keluar 10 hari 10 malam atau 40 hari 40 malam itu
dinamakan khalwat.
KHALWAT FIL UZLAH : Duduk berzikir selama 10 hari 10
malam atau 40 hari 40 malam.
KHALWAT FIL JALWAH : Walaupun berjalan , hatinya
hanya nampak Allah.Tubuh badan bersama manusia , hati dengan Allah.
Kalau tak
melakukan Khalwat fil uzlah, tak ada khalwat fil jalwah.
Khalwat dan
uzlah itu ada dalam tasauf tetapi di dalam feqah ia dinamakan ITTIKAF.
MILLAH : Keyakinan
MAQAMAT : Tingkatan Zikir
HAL : Keadaan kerohanian seseorang
semasa fana’. HAL itu termasuk seperti Muraqabah,Mahabbah,Khauf,Rojak,Syauq dan
Musyahadah.
AHWAL : Bentuk jama’ dai
HAL.Keadaan seseorang semasa dzuk atau fana’.
WAJD : Rasa hati ( Sukacita terhadap
Allah dari penghayatan rohani. )
ISTINTBATH : Pengambilan hukum dengan bijak (
Ijtihad )
SUNAN : Ilmu Hadis
BAYAN : Kefasihan dan penjelasan
QANAAH : Merasa puas
WUSHUL : Sampai kepada Tuhan
TAZKIAH : Kebersihan
TASFIAH : Kejernihan
AMDAD : Limpahan
MU’ATABAH : Menyesali diri sendiri yang
kekurangan dalam menghadapi Tuhan
INABAH : Kembali kepada Tuhan
RASHIKUN FIL ILMIN : Orang yang mendalam
ilmunya.Menurut Abu Bakar Al-Washiti dalam Kitab Al-Luma’ ; orang yang
keilmuannya kuat dan mendalam adalah mereka yang tertancap kuat jiwanya dalam
hal yang ghaib.
RUKSHAH : Keringan Hukum
NASIKH : Hukum Penganti
MANSUKH : Hukum yang diganti
MUSTANBATHAT : Hasil ijtihad ulama’ tentang
ilmu dari Al Quran dan mengikut amalan Rasulullah zahir batin kemudian
diamalkan secara zahir dan batin juga.
MA’ANI : Ilmu Makna
MURID : Melihat yang lahir
MURAD : Melihat hakikat di dalam sesuatu
kebenaran.Murid yang terpilih sampai ke peringkat maqam.
TAKHALLI : Mengurangi sifat tercela ;
menjauhi maksiat zahir batin.
TAHALLI : Mengisi dengan sifat terpuji.
TAJALLI : Meresap rasa ketuhanan
NAJASAH MAKNAWIYAH : Najis hati ( kiasan )
TAKHALLUQ : Melatih jiwa kepada perkara yang
dikehendaki.
ITTISAL : Berhubung dalam ilmu dan alam.
MUJAHADAH : Bersungguh-sungguh dalam
mengerjakan ibadat.
MURAQABAH : Perasaan selalu diperhatikan
Tuhan.
MUKASYAFAH : Terbuka hijab tutupan hati.
MUSYAHADAH : Beroleh kesaksian hati
MUTAHAQQIQ : Ahli ibadat yang sebenar-benar.
MU’AQOBAH : Muhasabah orang soleh ,hukuman
pada diri sendiri.
SYARIAT : Apa yang diperintahkan.
HAKIKAT : Apa yan g difahami
PIR ( Bahasa Farsi ) : Mursyid.
RIBAT ( BAHASA FARSI ) : Zawiyah atau
boleh dikatakan Madrasah@Rumah Suluk.
SAMAT : Berdiam diri ( semasa bersuluk
).
MU’AYANAH : Karamah.
MUHLIKAT : Kebinasaan ; lawannya MUNJIYAT yakni kemenangan,kejayaan.
ITTILA’ : Menyelidiki sesuatu perkara.
MALA IL A’LA : Tingkatan tertinggi
ITTIHAD : Tuhan berbicara dengan lisan
orang itu
JAZBAH : Tarikan daripada Allah
MATHLUB : Tholib menjadi mathlub; dari yang mencari jadi yang dicari.
HABIB MAHBUB : Hanya Habib ( yang mengasih )
dapat mengenal Mahbub (yang dikasih ).
AL-BIDAYAH : Awal perjalanan sufi (
al-bidayah ) sama seperti akhir perjalanan ( an-nihayah ).
AN-NIHAYAH
PINTU QURBAH : Dekat kepada
Allah
MAJLIS UNSI : Tempat yang
membuatnya merasa nyaman dan akrab dengan Allah.
DARUL
FARDANIYAH :
Tempat dimana tidak ada temannya seorang pun didalamnya kecuali dirinya
sendiri.
HIJABUL JALAL WA UDMAH : Hijab yang
menutupi kemuliaan dan keAgongan Allah.
SALIK : Orang yang
berzikrullah yang sudah mendapat WARID INTIBAH baru dinamakan SALIK iaitu orang
yang berjalan atas jalan Allah zahir dan batinnya.Hatinya sudah
berjalan,zahirnya sudah taat.
Nota : Istilah akan
ditambah dari semasa ke semasa.
Monday
Resepi BUBUR LAMBUK VEGETARIAN Menu Suluk
Sebenarnya tidak dapat dibezakan Bubur Lambuk
Vege ini dengan Bubur Lambuk yang dicampurkan dengan isi ikan mengikut resepi
ini kerana jumlah penggunaan kelapa atau sukatan santan dilebihkan untuk
mencukupi rasa lemaknya bagi menggantikan rasa ikan.Menu ini sesuai untok
hidangan berbuka dan morey musim bersuluk di bulan Ramadhan.
BAHAN-BAHAN
Beras 6 pot untok hidangan 70-80 orang
Santan 6 biji kelapa (
pilih saiz kelapa yang besar )
Bawang besar 3 biji
Bawang Kecil 6 biji (
bawang-bawang ini dikisar dengan santan)
Serai 5 batang
Daun Kesum 12 tangkai
Daun Kunyit 2 helai (
kalau yang besar )
Kerisik 4 sudu besar ( saya gunakan keresek buatan sendiri )
Lada Hitam 3 sudu besar
( ditumbuk )
Lada Kecil @ Cili Api 15 biji ( ditumbuk )
Pucuk Paku Merah @ Pucuk Midin ( jumlahnya ikut cita rasa )
Garam
Cara Membuatnya :
Rendam Beras 30 minit hingga 1 jam
Rebus sampai jadi bubur
Selepas kembang nasi , bubuh daun kunyit,daun kesum,serai ;
sampai
lembut daun tersebut.
Bubuh santan
Bubuh bawang kisar
( Bubuh isi ikan jika
bukan untok makanan orang yang bersuluk.
Jika gunakan isi ikan
,santan kelapa boleh dikurangkan )
Kacau ; masukkan garam dan kerisik.
Selepas mendidih, masukkan daun pucuk paku @ pucuk miding,
biarkan sekejap.
Bila nampak layu,tutup api.
Bubur Lambuk siap untok dihidang.
Menu Pilihan Bubur Lambuk Biasa
:
Beras 2 pot hidangan untok 25 orang atau
4 pot ( tin susu ) untok hidangan 50-60 orang
Bawang Besar dan Bawang Kecil 3 - 4 ulas
Santan 2 biji kelapa ( pilih saiz kelapa yang besar )
Isi Ikan Lolong atau Ikan Selayang 5 ekor ( saiz yang besar ) – rebus dan buang tulang
Cara membuatnya sama seperti di atas.
Bismillahi ‘ala barakatillah.
Tuesday
Kenapa Syaitan dicipta ?
Menurut Syeikh Ibn Atho'illah dalam Kitab Hikam :
Sengaja Allah menjadikan syaitan sebagai musohmu supaya kau jemu pada syaitan
dan berlindung kepada Allah. Dan Allah menggerakkan hawa nafsu mu agar engkau sentiasa menghadapNya.
* Jika tiada nafsu , maka tiadalah hijab antara kita dengan Allah. Nafsu yang dipandu syaitan itu merupakan satu tembok satu atau satu benteng yang mesti dilepasi untok mendekatkan diri pada Allah SWT.
Kuliah Nafsu dan hati :
Klik untok ke pautan video
Pelopor Istilah dalam Ilmu Tasawuf
PENCETUS
ATAU PELOPOR ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU TASAWUF
ZUHUD
: Hassan Basri ; Zuhud dengan khauf dan roja’ yakni takut dan harap.
Rabiatul Adawiyah al-Basyriah ;
Zuhud dengan cinta , al-hub dan rindu.
MAKRIFAH
: Syeikh Ma’ruf al-Karkhi ; mendifinisikan Tasawuf.
AHWAL
DAN MAQAMAT : Konsep Tasawuf yang dibawa oleh Dzun-nun Al-Misri.
Katanya,makrifah
itu bukan maqam tetapi hal ( keadaan atau kondisi seseorang itu ketika dalam
fana’ ).
FANA’
DAN BAQA’ : Abu Yazzid al-Bustami, beliau juga pencetus fahaman ittihad yakni
Tuhan berbicara dengan lisan Abu Yazid ketika beliau sedang fana’ .
INSAN
KAMIL : Abd al-Karim Bin Ibrahim al-Jili
Buku Jadual Zikir Ustaz Abdullah Khairi
Alhamdulillah telah
berkesempatan menghadiri Kuliah Ustaz Abdullah Khairi atas tajuk
’Qalbun Salim’ di
Masjid KotaSAS,Kuantan.
Pada malam tersebut beliau
telah mengagihkan secara percuma sebuah buku kecil (pocket size ) bersaiz
10cm x 14cm Penanda jumlah Zikir.
Buku ini mengandungi
keterangan mengenai kelebihan berzikrullah dan disediakan petak-petak kiraan atau bilangan setiap kalimah zikir yang
kita baca atau yang kita wiridkan.Ia ibarat satu
catatan tasbih bagi memudahkan
ingatan bagi kita untok mengetahui jumlah bacaan sesuatu
kalimah zikir itu.
Satu petak mewakili 1000 kali bacaan zikir tidak kiralah
berapa hari yang perlu diambil
untok menyiapkan 1000 x bilangan zikirullah itu.Ada 100
petak bagi setiap bacaan zikir untok
ditanda sepenohnya sebelum beralih kepada bacaan kalimah
zikir yang lain pula.
Sekiranya telah penuh kesemuanya 100 petak itu dimana 1
petak mewakili 1000 x kalimah atau
bacaan zikrullah; bermakna kita telah berjaya membaca atau
menyimpan stok zikrullah tersebut
sebanyak 100,000 kali. Sekiranya kita berhajat untok
hadiahkan pahala bacaan zikrullah tertentu
dengan bilangan yang tertentu kepada kedua ibubapa
kita,guru-guru,mursyid atau arwah ; maka
bolehlah kita hadiahkan pahala bacaan kita itu tadi
berpandukan stok zikrullah yang telah kita baca
dan simpan itu.
Tasbih Digital untok mengira
AMALAN FIDAK AHLI SUFI : PENEBUS DIRI DARI API NERAKA
FIDAK KUBRA
DALIL 1:-
Menurut Syeikh Muhammad Zain Nuruddin Bahawa Sebab-Sebab
Yang Boleh Memerdekakan Diri Dari Api Neraka Telah Beliau Petik Dari Tulisan
Al-Allamah Asy-Syeikh Muhammad Shalih Kamal Bin Shiddiq Kamal, Mufti Mekah
Daripada Syeikh Al-Allamah Alauddin. Dari Demikian Banyak Yang Disebutkan
Disimpulkan Saja, Ada Hadis Riwayat Daripada Bazzar, Daripada Malik, Dari Nabi
SAW, “Barang Siapa Membaca Surah Al-Ikhlas 100,000 Kali, Maka Sungguhnya Ia
Telah Membeli Akan Dirinya Daripada Allah“
FIDAK SUGHRA
DALIL 1:-
Dalam Kitab Kifayat Al-Muhtaj Bagi Syeikh Daud Al-Fatani
Disebut Sebuah Hadith Yang Berbunyi Ertinya; "Barangsiapa Mengucap
LAILAHAILLALLAH Tujuh Puluh Ribu Kali (70,000 Kali, Maka Sesungguhnya Dia Telah
Menebuskan Dirinya Daripada Allah Taala."
DALIL 2:-
Sayyid Abu Bakar Bin Ahmad Bin Abdillah Yang Hidup Di
Permulaan Abad Ke-13 H Dari Tarim Yaman Yang Terkenal Sangat Istiqamah Dalam
Memegang Ajaran Rasulullah Dan Para Salafussoleh, Biasa Mengamalkan Bacaan
Dzikir Fida’ Ini Dengan Cara Mengumpulkan Orang Untuk Membaca Tasbih 1,000 Kali
Dan Tahlil 70,000 Kali Yang Dihadiahkan Untuk Orang Yang Wafat.
DALIL 3:-
Kitab Kasyfu Syubuhat Karangan Ulama' Besar Al-Azhar Yang
Pakar Hadith, Syeikh Mahmud Hasan Rabi' (Wafat Tahun 931H) Telah Memetik
Kata-Kata Al-Najm Al-Ghiti (Di Halaman 344-345) Bahawa; Tetapi Sayugia Bagi
Seseorang Beramal Akan Amalan Tersebut (Tahlil 70,000) Kerana Mencontohi Dengan
Tuan-Tuan Yang Mulia Dan Mengikut Perkataan Mereka Yang Mewasiatkannya Serta
Mengambil Berkat Dengan Perbuatan Mereka. Berkata Ahmad Hasyad Al-Maliki;
Bermula Tahlil Itu Sayogia Diamalkannya Sebagaimana Yang Telah Disebut Oleh
Syeikh Sanusi Di Akhir Syarah Al-Sughra.
Dan Adalah Imam Yafi'e Dan Sayyidi Muhammad Al-Turjuman Dan
Para Wali Mengamalkannya Bagi Mayat. Berkata Ibn Al-Arabi; Aku Mewasiatkan
Bahawa Engkau Membeli Diri Engkau Daripada Allah Taala Dengan Memerdekakan Diri
Engkau Daripada Api Neraka Dan Memerdekakan Mereka Yang Engkau Baca Daripadanya
(Seperti Ibu Bapa Kita) Dengan Cara Engkau Mengucap Tahlil 70,000 Kali
Itu adalah contoh mengiranya sahaja namun kita boleh membaca ayat-ayat lain sebagai stok bacaan kita yang dapat digunakan bila ada keperluan seperti menghadiahkan kepada seseorang yang hidup maupun yang dah arwah.
Itu adalah contoh mengiranya sahaja namun kita boleh membaca ayat-ayat lain sebagai stok bacaan kita yang dapat digunakan bila ada keperluan seperti menghadiahkan kepada seseorang yang hidup maupun yang dah arwah.
Contoh-contoh zikir atau bacaan yang boleh kita jadikan stok simpanan :
Qullhuwallah
Bismillah
Subhanallah hal 'azim wa bihamdih
Al Fatihah
Selawat
Alam Nashrah
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Istiqfar
La ila hailla anta subhanakainni kuntu
minazzolimin
Subscribe to:
Posts (Atom)































