Tuesday

Ilmu PUTERI BESE


Manisan atau gula kerek atau gula kabung
atau juga dipangggil gula tapak oleh orang
Melaka dibuat dari air nira kelapa yang di
masak selama beberapa jam.Kemudian
apabila sudah pekat, dan betukar warna
kemerah-merahan, lalu ia dituangkan ke
dalam acuan buluh atau kerek yang dibuat
dari daun mengkuang yang dibentukkan
seperti bulatan.

Apabila disebut gula tapak teringatlah Acit masa dulu-dulu dok
tadah ilmu kat Melaka awal 80 an.Dok hostel masak sendiri ngan
kawan-kawan.Suatu hari kononnya nak masaklah bubur kacang,
Jadi pergilah Acit ke pasau ( sebutan orang Melaka ) berjalan kaki
jer..Puas pusing pasau Melaka..pusing kedai..tak jumpa manisan
langsung.Uikks..pelik jugalah orang Melaka ni..tak guna manisan
ke ? Bila ditanya pada pekedai..dia orang pun heran ,bila diceritakan
bentuk dan gunanya ,lalu ditunjukkan kepada satu benda berbentuk
selinder setinggi 4-5 inci.”Inilah Gula Tapak” kata pekedai…Acit
geleng-geleng , “Yang tu tak mau, saya mahu manisan “ “Ooo..itu
barang tak da ! “ Ooo..ok..tak pa.. ( kononya terer sangatlah !
macam Chef ) tak leh bentuk lain.tapi sebeno nya tak tahu..benda tu
benda yang sama.. he he he.

Maka tak jadi belilah gula manisan hari tu sebab tak ada dijual di
pasau Melaka dan tak jadilah masak bubur kacang..Dah lama sikit
dok Melaka barulah tau..ishk..ishk..ngapa nyer dari awal-awal tak
tau..ishk.ishk..

Itulah kisah dulu-dulu…Kali ni Acit nak cerita pasal bagaimana
kaitannya manisan,gula kabong atau gula kerek atau gula Melaka
tu ada kaitan dengan ilmu khurafat dan pemakanan yang syubhah
kita seharian yang selama ini tidak kita sedar.

Pada 2 Ogos, 2009 keluar berita di Sinar Harian tentang udang
kering yang kita makan itu sering dipijak dan disiram dengan air
kencing anjing. ..ish..ish..ni lagi satu hal..makanan syubhah yang
kita juga tidak sedar. Sedap makan udang kering yang berperisa
air kencing anjing !!!

Sebelum ini rempah kari yang yang kita kata sedap itu rupa-
rupanya juga telah dijampi terlebih dahulu sebelum dibungkus
dan dijual ke pasaran, jadi syubhah lah juga. Bagaimanalah hati
kita nak cepat jadi bersih.., macamnalah anak-anak tidak
berperangai macam setan..hari-hari disaji dengan makanan yang
diragui kebersihannya…hati jadi makin kelam kelabu...Kalau
tidak berzikir, maka jadi kelabu asaplah..

Acit pernah sendiri pergi ke satu kilang membuat tauhu di kawasan
Sungai Buloh , Selangor dalam tahun 90an dulu yang diusahakan
oleh bangsa lain. Aduh..dahlah kolam tempatnya merendam tauhu
tu rendah dan dibuat ditempat terbuka , ada mek Indon yang sibuk
merendam tauhu ke dalam kolah / takungan itu.Dalam masa yang
sama, anjing-anjing pun sibuk duk pusing kolah..kot-kot boleh
tambah perisa !! uweek !

Begitu juga Acit telah pergi ke satu kilang kicap di Kulim, Kedah.
Acit pergi round sampai belakang kilang dan Ya Robbi.........
tak makan kicap Cixx lah aku !

Tapi kita ni tak ada daya upaya, kalau kita tak beli atau tidak
makan tetapi apabila kita pergi makan ke warung atau restoran ,
mungkin juga Tuan Kedai itu guna kicap Cxxx , beli tauhu Cxxx…
Inilah perkara-perkara yang boleh jadikan kita keras hati.

Acit ada kawanlah, seorang Ustaz Al-hafiz, kalau dia pergi mana-
mana pun,mesti ada dia bawa bekalan sendiri,jarang sangat dia
berhenti makan di kedai kecuali mera’i kan kawan-kawan.Begitu
jaganya dia dari segi pemakanan.

Ada lagi satu kes yang Acit ingin kongsikan iaitu dalam tahun 1984
hujung atau awal 1985 dululah..ini pun cerita lama..masa dalam
pembalakan dulu.
Pada suatu tengahari,Acit balik ke kongsi selepas membuat kerja-
kerja di Matau.Macam biasalah, teruslah Acit ke dapur mencari
minuman dan pada masa itu kelihatan barang-barang dapur baru
sampai dibawa masuk oleh pekedai yang dipesan pada dua hari
yang lepas.Acit tengok ada beberapa ekur ayam segar tergolek
atas rak dapur.Manakala Tukang Masak kami warga Indon sibuk
mengemas barang-barang yang baru tiba itu.

Hati Acit tergerak dan terpanggil ke arah ayam yang tergolek
tanpa baju tu.. Lalu dibelek-belek dan diperhati..MasyaAllah !!!
Ayam ni dihiris..bukan di sembelih !!!! Selama ni kami makan
ayam hiris lah !!! Terus Acit panggil Tukang Masak suruh
buangkan ayam tersebut dan order ayam hidup saja.

Selama ini memanglah kami order ayam siap proses dari
peniaga Cina tu agar tidak menyusahkan Tukang Masak.
Dia pun 2x10 juga; tidak perhatikan betul-betul pada leher
ayam tersebut..atau mungkin juga tidak tahu.Peniaga Cina
itu pun mempunyai sebuah santaiwong yang bekerja sub
dengan Acit.Masaalahnya timbul bila nak order barang,
kerana peniagan ni Cina pure, tak beberapa gheti cakap
Melayu, Acit pula lah yang kena belajar Bahasa Hokkien
untuk order barang dapur.Tunjuk barangnya, kena tanya
barang ini disebut apa dalam Bahasa Cina supaya nanti nak
order senang.Peniaga ini pun baru buka kedai runcit pula tu..
banyaklah perkara yang dia tak tahu.Lagipun masa tu
Bandar Triang tu dikenal sebagai China Town.

Lihatlah pada hari ini, masih ramai lagi orang-orang Islam
kita yang masih membeli ayam siap proses dari kedai-kedai
yang tidak sepatutnya.

Balik pada cerita manisan atau gula kerek tadi; ia dibuat
dengan Air Nira kelapa.Air Nira itu diambil dari mayang
kelapa yang muda oleh Penyadat Nyiur ( Gelaran kepada
orang yang mengambil air Nira ini di sebelah Pantai
Timur ) dengan mengikat sejumlah jalur-jalur mayang itu
dan kemudian diparas atau dipotong di bahagian hujungnya
dengan menggunakan Pisau Sadat ( pisau khas ). Kaedah ini
dipanggil Sadat Nyiur.

Kemudian Air Nira itu ditadah dengan bekas dari buluh yang
dimasukkan ke dalam mayang itu dan diikat.Bekas buluh itu
setinggi antara 1 kaki hingga 1 1/2 kaki di gelar “tukey”.
Dalam sehari, Air Nira yang keluar tidaklah sepenuh bekas itu.
Sepohon pokok kelapa kemungkinan mempunyai dua atau tiga
mayang yang boleh diambil air niranya.

Disebelah petang, barulah tukey ini diturunkan dan air nira itu
ditapis dahulu sebelum air nira itu diminum atau dibuat manisan
supaya tiada serangga-serangga yang mungkin telah termasuk
ke dalamnya.

Air Nira ini sedap diminum begitu saja apatah lagi bila disejukkan.
Air Nira ini banyak dijual di sepanjang jalan menuju ke Kuala
Trengganu yang disimpan di dalam tong polistrin dijual dengan
harga RM1.00 sebungkus.

Apa yang hendak Acit ceritakan di sini ialah terdapat amalan
khurafat dalam proses mengambil Air Nira ini.Acit telah
berkesempatan menemui seorang pesakit yang mengalami
gangguan seolah-olah ditekan atau dicucuk-cucuk setiap malam.
Gangguan ini berlaku bermula pukul 10.00 malam hinggalah
hampir waktu Subuh setiap hari.Perkara ini berlaku hampir 2
bulan.Pada mulanya pesakit tidak mahu memberitahu amalannya
sehinggalah didesak dan tidak dapat menahan gangguan itu,
barulah diceritakan perkara sebenar.

Pesakit memberitahu Acit lebih kurang pukul 3 pagi bahawa
beliau ada beramal dengan Ilmu mengambil Air Nira semasa usia
muda dahulu. Ilmu itu dinamakan Ilmu Puteri Bese.”Bese” ini
dalam loghat Trengganu dan Kelantan ialah sama maknanya
dengan air menitis atau air kencing tekeluar dengan sendirinya.

Apabila Penyadat mahu memotong ( memaras ) hujung mayang
kelapa itu, si Penyadat perlu membaca mentera ( menyeru Puteri
Bese ) dengan sebutan-sebutan tertentu.Selepas itu baru lah
mayang itu dipotong hujungnya.Ini adalah bertujuan supaya
mayang itu mengeluarkan air nira yang banyak.

Keberkesanan amalan itu dapat diketahui atau dirasakan oleh
pengamalnya ialah melalui rasa bese atau terkencing dalam
seluarnya sendiri.Setelah mengambil ilmu ini, Si Penyadat perlu
menyediakan “pengeras” berupa sekawah manisan sebagai
balasan kepada orang yang mengajar ilmu itu.

Jadinya, bertambahlah sajian makanan halal yang beresepikan
jampi dalam industri pemakanan kita.Mungkin banyak lagi
dalam pembuatan makanan lain yang belum kita ketahui.
Makanan beginilah yang menambah gelap hati.

Semuga mereka dan kita di ampunkan oleh Allah S.W.T atas
kesalahan yang kita sedari dan tidak sedari,kesalahan yang
disenggajakan dan yang tidak disenggajakan , Amin.

2 comments:

Kak Ina said...

salam ust, ina rasa pernah menontong rancangan mengenai jampi untuk keluarkan air nira nie banyak kat tv dulu. rupanya itu pun termasuk dalam makanan syubahah ?

Acit said...

Wsalam, saya tak pernah tontonnya tetapi biasa tengok orang mengambil nira ni..malah ini cerita dari Pengamal yang merasai kesan dari amalan tersebut.Apabila disebut jampi,ia berkait rapat dengan amalan khurafat yang bersahabat dengan hantu dan jin.Bila menggunakan khidmat mereka,ia bukan percuma.Upahnya ialah dengan memberi mudarat pada org yg mengamalkan dan menggunakan servisnya,contohnya dari air nira itu akan mendapat mudarat pada siapa yang meminumnya,kesan pada zahir dan kesannya pada hati.Kesan zahirnya mungkin kurang ketara bagi peminum tetapi bagi pengamalnya apabila sudah berumur,hantu/jin itu tadi akan mula menunjukkan belangnya dengan menganggu si pengamal .Kesan pada hati ialah akan membuat kita malas berbuat kebaikan dan malas beribadat,malas baca quran.Perkara-perkara beginilah yang kita selalu terlepas pandang.Lebih berat lagi,syubhah ini melibatkan akidah yang memberi kesan terus pada iman,pada ibadah dan pada hati.Bila ia sudah menjadi darah daging, maka akan ujudlah sifat-sifat buruk dalam diri kita;sifat-sifat yang menjauhkan kita dari Allah Taala.