Saturday

APA ITU TARIQAT ?..suatu refresh minda.

Apa itu Tariqat ?..refresh minda Ilmu zahir itu sebagai hukum dan ilmu tasauf itu ibarat hakim. Hukum itu tidak ia berfungsi sehinggalah ada hakim yang menentukan hukuman. Ia suatu amalan muayyanan ; dan ulama-ulama’ tasauf berkata wirid atau zikir atau aurad atau al-azkar itu adalah sama, semuanya amalan Rasulullah S.A.W tetapi di dalam perjalanan tariqat ia adalah satu amalan yang boleh diistilahkan sebagai AMALAN TERTENTU,BILANGAN TERTENTU DI TEMPAT-TEMPAT TERTENTU. Apa asasnya ? Ia adalah amalan orang-orang Islam di Mekah sebelum kewajipan solat. Solat diwajibkan pada tahun ke 13 selepas peristiwa Israk dan Mikraj. Sebelum dari itu,orang Islam disuruh berzikir.Maka ayat-ayat yang diturunkan di Mekah,banyak yang menyuruh berzikir. Kenapa perlu bertariqat ? Antaranya : 1. Menjadi orang yang sebaik percaya kepada Allah,yakni menguatkan iman. 2. Untuk meningkatkan usaha menjadi orang yang bertaqwa. 3. Melemahkan nafsu supaya hati yang menguasainya. 4. Mencari aib diri sendiri ; Mudah-mudahan Allah membaiki keburukan dan kelemahan diri. 5. Bila bertariqat,ibarat berjalan di jalan yang lurus.Jalan orang yang bertariqat itu ( yang menerima kaedah zikir secara khusus) menuju kepada Allah lebih cepat berbanding mereka yang tidak.Jalan yang paling dekat dan paling senang untuk sampai ke beberapa peringkat tauhid. 6. Jalan yang menyegerakan kepada darjat ehsan. 7. Memperoleh kefahaman ilmu tentang Allah. 8. Amalan segera yang boleh mendidik hati agar hati jadi muthmainnah,hati yang layak mengenal dan bertemu Allah. 9. Berusaha untuk taatkan Allah tanpa perantara. 10.Membersihkan najis qalbi,yang tak dapat dibasuh dengan air. 11.Melepaskan diri dari kejahilan. 12.Jalan mudah untuk makrifatullah. 13.Menghidupkan hati.Bila hati hidup,Allah jadikan nur dalam hati untuk menolak sifat-sifat jahat. 14.Belajar jaga hati dan roh kita agar sama-sama bersolat. 15.Menyediakan diri untuk mencapai peringkat mukhsin. 16.Belajar tariqat ini adalah untuk berpindah daripada amalan yang zahir kepada yang batin yakni amal jawarih kepada amal khulub. Bagaimana kalau menolak tariqat ? Tidak beramal tidak mengapa tetapi jangan mencela. Pada tahun 1962,Nahdatul Ulama’ yang mengadakan kongres merumuskan bahawa “ sesiapa yang kata tariqat itu tiada,maka kufur ia “. Pada tahun 1995, Kongres Tariqat Seluruh Dunia di Tripoli menegaskan sesiapa yang menolak tariqat sufiah,maka ia menolak ajaran Islam,hukumnya kafir ( yakni apabila menolak kebenaran Allah; ia jatuh kufur dan engkar ).Menolak satu huruf pun di dalam Al-Quran pun sudah dikira kufur, inikan pula menolak tariqat yang mana ada lebih 63 ayat Al-Quran yang menerangkan mengenai amalan tariqat iaitu ayat-ayat yang menerangkan kepentingan berzikir dan menyuruh berzikir.

No comments: