Sunday

Kenapa perlu berSULUK ? Nak charge HATI


Suluk ni macamana ? Suluk ni pergi beruzlah kemudian berkhalwat untuk tempoh 10 hari 10 malam lamanya.Kalau kita pergi melancong pun kadang-kadang lebih lama dari ini.Ni tempoh macam pergi umrah jer.
Kat mana ? Kat Surau-surau yang dikhaskan untuk bersuluk atau lebih dikenali sebagai Rumah Suluk.

Buat apa kat situ ? Duduk berzikirullah yang dipimpin oleh Guru Mursyid (yakni Guru yang hatinya sudah bersama Allah,yang hatinya sudah disingkap hijabnya ).Kalau duduk sendirian namanya bertapa. Peraturannya,tak boleh berhubung dengan dunia luar (bagi jamaah baru),tak boleh guna hanset,tak boleh FB, tak boleh merokok,tak boleh bersembang-sembang.Makan minum disediakan oleh mereka yang bertugas.Tidur pun dijaga.

Apa yang nak kena buat ? Duduk berzikir siang malam beribu ribu berjuta-juta.Berzikir secara intensif.Bertaubat dan berzikir . Berzikir bertaubat berzikir bertaubat berzikir sehinggalah Allah kurniakan warid dan tarqiyah kepada murid itu dalam bentuk pandangan atau rasa atau bau atau seumpamanya.

Barulah masa itu keadaan murid itu membetuli panggilan dari Allah,Ya aiyatuhannafsul muttmainnah.Barulah RASA Allah itu ada bukan setakat tahu Allah itu ada je. Apabila bersuluk,solat kita dipimpin iaitu dapat berjamaah tanpa tinggal selama 50 waktu,taubat kita dipimpin,zikir kita dipimpin.

Maka cairlah hati kita pada masa itu dengan zikrullah secara berterusan. Boleh ke kita buat kat rumah,kat surau,atau kat masjid lain macam ni ? TAK BOLEH..kerana apa ; kerana banyak gangguan;bunyi call hanset,bunyi TV drama best,bunyi radio lagu best,bau kueh,anak panggil,kawan panggil, jiran panggil,Bos panggil,isteri panggil,mak ayah panggil..jadi tak boleh tekun dan istiqamah.Kalau zikir sikit-sikit,hati tak boleh CHARGE.Kalau hati tiada charge,maka jauhlah lagi perjalanan menuju makrifatullah dan dibimbangi sampai mati pun tak akan sampai-sampai.

Orang Mukmin yang beribadat digelar waqi' yakni orang yang tak berjalan lagi,duduk di garisan sahaja. Zahirnya berjalan tetapi hatinya tidak ( waqiqun ).Jadi nak jalankannya tukarkan waqiqun jadi assalikun. Tetapi sebelum tu,kena ambil baiah atau talqin zikir khusus dulu baru boleh bersuluk .

Nabi bersuluk ke ? Ada..Nabi beriktikaaf (berkhalwat)selama 10 hari terakhir Bulan Ramadhan di masjid Nabawi dengan duduk dalam khemah yang muat seorang,tidak boleh berbaring.Ya..duduk berzikir dalam khemah yang dipasang dalam masjid.Mengapa duduk dalam khemah ? Supaya tidak diganggu oleh sahabat atau orang yang datang ke masjid.Khemahnya berbentuk lebih kurang seperti ini tetapi lebih kecil..berukuran 3 kaki.

Dari ‘Aisyah r.h., dia berkata, “ Adalah Nabi SAW melaksanakan iktikaf dalam sepuluh hari akhir Ramadhan, lalu saya buatkan kelambu untuk beliau, lalu Rasulullah solat Subuh, kemudian memasukinya. (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Kan Nabi kata,khairul umuur ausotuha yakni sebaik-baik perkara itu sederhana atau pertengahan.Tapi berSuluk ni nampak macam berat jer !

Nabi S.A.W amat bijaksana,kata-kata Baginda adalah wahyu Allah cuma umatnya tak faham dan buat-buat tak faham pada perkara yang dianggap menyusahkan. Nabi S.A.W kata sebaik-baik perkara buat yang sederhana tapi Nabi solat sampai bengkak-bengkak kaki Baginda.. ni bukan sederhana.
Sayyidina Abu Bakar r.a menyedekahkan semua hartanya untuk Islam,yang ada Allah dan Rasulnya sahaja; ni pun bukan perbuatan yang sederhana ni..ni berat nanang ! Zikrullah dan khalwat ini adalah sunah Nabi yang paling awal,sejak di Gua Hira' lagi.

Lagi Sabda Nabi S.A.W,
" Tidak akan masuk ke neraka orang ( Islam ) yang telah melihat aku ( Nabi Muhamad ) dan tidak juga akan masuk neraka orang yang melihat akan orang yang telah melihat aku dan tidak akan masuk ke neraka orang yang melihat akan orang yang melihat aku, iaitu walaupun ( sampai ) kepada tujuh puluh wasitah ( lapisan / keturunan ).Sesungguhnya mereka itu adalah para khalifahku didalam menyampaikan ( ajaran Islam ) dan asuhan Islam,sekiranya mereka itu sentiasa istiqamah didalam syariatku "

Maka marilah kita mengikuti dan beramal dengannya. Boleh baca lagi bab suluk ini dalam posting yang lepas.


No comments: