Sebahagian sahabat berbai'ah kepada Baginda S.A.W untuk
meneguhkan iman dan himmah supaya mereka dapat terus
istiqamah dalam taqwa .taat kepada Allah, berbuat apa yang
diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.
Allah berfirman :
" Sesungguhnya orang-orang yang berbai'ah kepada engkau
( Ya Muhamad ),sesungguhnya mereka ( pada hakikatnya )
berbai'ah kepada Allah.Kekuasaan Allah di atas kekuasaan
mereka. Barangsiapa yang melanggar bai'ahnya maka
bahayanya ( terkena ) atas diri sendiri dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya pada Allah,
Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya "
Surah Al-Fath ayat 10.
Tariqat adalah di syariatkan dalam Islam.Orang yang pertama
beramal tareqat ialah Nabi Muhamad S.A.W, diikuti oleh para
sahabatnya.Malah istilah al-tariqah itu telah digunakan oleh
Nabi S.A.W dan para sahabat. Konsep tareqat itu sendiri telah
dijelaskan oleh Baginda S.A.W.
Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah S.A.W dengan katanya :
" Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku ( satu ) tareqat yang paling
dekat ( untuk sampai ) kepada Allah ( hakikat dan makrifahNya )
dan yang paling mudah ( untuk diamalkan ) oleh para hamba
Allah dan yang paling afdal di sisi Allah "
Saidina Ali bermaksud agar Rasulullah S.A.W mengajar satu
tareqat yang paling dekat untuk sampai pada hakikat dan
makrifah.
Rasulullah SA.W menjawab permintaan Saidina Ali itu
dengan Sabdanya :
" Ya 'Ali ( jika engkau mahu satu tareqat seperti yang engkau
maksudkan itu ) maka wajiblah di atas engkau sentiasa kekal
berzikrullah secara sirr ( dalam hati tanpa suara ) dan secara
jihar ( bersuara ) "
Dari pertanyaan Saidina 'Ali dan jawapan Rasulullah S.A.W
tersebut, jelas sekali wujudnya istilah at-toriq dan konsepnya
iaitu sentiasa berzikirullah samada secara sirr atau jihar.
Asas amalan tariqat yang ujud di kalangan umat Islam diseluruh
dunia adalah sentiasa berzikrullah seperti itu.
Bila Saidina 'Ali mendengar jawapan Rasulullah S.A.W itu,
maka beliau seolah-olah kurang yakin.Oleh sebab itu beliau
segera berkata :
" Orang ramai telah berzikrullah Ya Rasulullah , ( ajarkan aku )
sesuatu ( amalan ) secara khusus "
Rasulullah S.A.W segera bersabda :
" Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para Nabi
sebelumku ialah LA ILA HA ILLALLAH. Sekiranya semua
langit dan bumi ini berada disebelah dacing dan ( kalimah )
LA ILA HA ILLALLAH itu disebelah dacing ( yang satu lagi )
nescaya LA ILA HA ILLALLAH itu lebih berat. Dan hari kiamat
tidak berlaku sedang di atas muka bumi ini ada orang yang
menyebut LA ILA HA ILLALLAH.
Saidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata :
" Maka bagaimanakah ( caranya ) aku hendak berzikir ? "
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan
dengarlah ( baik-baik ketika ) aku menyebut Kalimah
LA ILA HA ILLALLAH sebanyak tiga ( 3 ) kali. Kemudian
engkau sebutlah LA ILA HA ILLALLAH tiga kali dan aku
akan menyemaknya."
Kemudian Rasulullah S.A.W melakukan ( sebutan )
LA ILA HA ILLALLAH itu dengan menguatkan suara.
( Hadis Musalsal ini diriwayatkan dari Saidina Ali,
diriwayatkan oleh Al-Tibrani dan A-Bazzar dengan para
sanadnya yang hasan ) .Haqaiq 'An al-Tasawwuf , H 84-85
Zikrullah yang dibaiahkan atau ditalqinkan seperti inilah
yang diistilahkan sebagai zikir darajat iaitu dipelajari secara
tertentu, diamalkan dengan cara tertentu, dilengkapkan
dengan pelbagai adab sebelum berzikir, sedang berzikir,
sesudah berzikir dan sebagainya.
Zikrullah yang tidak dibai'ahkan secara khusus sepertimana
pertanyaan Saidina Ali
" orang ramai telah berzikrullah " itulah dinamakan zikir
hasanat.Ia tidak terikat dengan adab dan peraturan tertentu.
Salasilah Musalsal zikir LA ILA HA ILLALLAH yang jelas
bersambung kepada Nabi S.A.W :
Nabi S.A.W bai'ahkan kepada Saidina Ali k.w
Saidina Ali bai'ahkan kepada Hassan Basri
Hassan Basri bai'ahkan kepada Habib 'Ajami
Habib 'Ajami bai'ahkan kepada Dawud Taie
Dawud Taie bai'ahkan kepada Maaruf Kharkhi
Maaruf Kharkhi bai'ahkan kepada Sirri Saqti
Sirri Saqti bai'ahkan kepada Abu Qasim Junaidi
seterusnyalah hingga sampai kepada Guru-guru Tareqat
yang ada sekarang ini.
No comments:
Post a Comment