Sunday

SYEIKH MUHAMMAD SAID LINGGI

Pertama kali saya mendengar nama beliau adalah melalui Bos saya yang berasal dari Negeri Sembilan semasa beliau bertugas di Kuantan dan sering menyebut akan keilmuan dan kekeramatannya.Lebih kurang awal tahun 1992 atau mungkin hujung tahun 1991, firma saya akan membuka satu lagi pejabat di Seremban yang mana Bos saya ini jugalah akan mentadbir di sana mempelawa saya untuk berkerja di Seremban.Oleh kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan ini,saya pun bersetuju mengikut beliau.Sebaik tiba di Seremban,beliau terus membawa saya ke kawasan perkuburan dimana terletaknya maqam Tuan Hj Said ini.Setelah berwudu',kami ke dalam kawasan pagar makam (masa itu belum dikunci lagi)dan berdoa,saya aminkan saja. Selesai di situ,beliau membawa saya balik ke rumahnya di kawasan Bukit Rasah berdekatan dengan Hospital Seremban dimana saya akan menumpang sementara.Saya di tempatkan di sebuah bilik tingkat bawah rumah ala colonial itu seorang diri dimana beliau dan keluarga di bilik tingkat atas. Pada sebelah malamnya saya tidur lena di bilik tersebut akibat kepenatan memandu sehinggalah hampir waktu Subuh atau pun mungkin sudah masuk waktu Subuh.Saya terjaga dan melihat sesusuk tubuh berjubah dan berserban sedang solat di bahagian hujung kaki saya.Saya cuba bangun tetapi tidak mampu walaupun telah cuba sedaya upaya.Saya rasa saya tidak bermimpi; ya saya memang dalam keadaan jaga dan sedar tetapi tidak boleh bangun dari pembaringan tetapi saya boleh menoleh.Dalam keadaan kelam kabut itu,pemandangan itu hilang lantas saya terus bangun,terpaku.Perkara tersebut telah saya ceritakan kepada Bos saya'memang katanya tiada lagi orang lain di rumah itu selain beliau tiga beranak dan seorang unclenya berbangsa Inggeris lebih-lebih lagi orang yang berjubh atau yang berserban.Lalu beliau membawa saya ke maqam sekali lagi.Kebetulan,ketika sampai di maqam itu,Syeikh Fuad dan beberapa jamaah sudah ada di sana ( masa itu saya tidak mengenali lagi Syeikh Fuad tetapi Bos saya memang mengenali beliau ).Lalu Bos saya berjumpa beliau dan menceritakan pengalaman saya.Syeikh Fuad bertanyakan bentuk tubuh orang itu,ketinggian dan paras rupanya kepada saya dan saya menerangkan kepada beliau apa yang telah saya lihat.Syeikh Fuad pada masa itu juga mengesahkan bahawa orang itu adalah Tuan Hj Said (Syeikh Muhammad Said).Wallahu a'lam.Selepas dari peristiwa itu,saya sering ke maqam ini bersama-sama Bos saya dan kadang-kadang berseorangan tak tentu masa,siang ,malam atau tengah malam.Inilah yang Nabi SAW kata,Para Nabi dan para Wali melakukan solat di kubur mereka seperti halnya mereka solat di rumah mereka.Abu Al-Hasan Al-Khirqani berkata,"Banyak orang yang berjalan-jalan di jalan tetapi mereka sebenarnya mati.Banyak juga yang telah berkubur tetapi sebenarnya mereka masih hidup".Begitulah juga keramah yang turun kepada anakanda beliau,Syeikh Muhammad Hamid Mambau semasa hayatnya lagi.Saya berbaiah atau mengambil talqin dengannya.Namun,tokoh Mursyid ini tidak ditonjolkan berbanding adik-beradik beliau yang lain.

SYEIKH MUHAMMAD SAID LINGGI (1875 -1926) Mursyid Tariqat Ahmadiyah

Profilnya :

Nama penuh Haji Said ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin
bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad
Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah
binti Khatib Musa bin ‘Amaluddin bin Awaluddin @ Dato’ Awal bin
Faqih@Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang soleh lagi keramat.

Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kota ilmu Makkah kerana
menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis
Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang berama Zalikha itu adalah
anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau.

Manakala Dato’ Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka
daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan. Satu sumber lain
mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada Saidina
Abdullah bin Abbas,sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian
kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu’min Linggi bin
Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh
bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh
ulama’ Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan
mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di Kota Makkah.
Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikurniakan pelbagai
karamah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak
meninggalkan sebarang wang walau sesen pun !

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah
seorang Qurra’ yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah
menjadi guru Qira’at al-Quran baik semasa tinggal di Makkah,
mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang
kerana terlalu ramai.

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang
masyhur keramat itu adalah seorang guru pondok yang terulung pada
zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu
masa.Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga
terkenal dengan kesolehannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul
Rashid al-Fatani pun seorang tokoh ulama’ yang termasyhur pada
zamannya,dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan
yang tersendiri.

Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga
alim ulama’ yang terkemuka dan yang alim turun-temurun.

Kelahirannya :

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi’b Ali Makkah “pada
hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Sya’ban
tahun 1292″ yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875.
Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu
bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi.

Zaman Remajanya:

Pada tahun 1882, ketika berusia 7 tahun, Muhammad Said dibawa
pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di
sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun.

Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seorang yang fasih
dalam bidang qira’at al-Quran. lbu yang solehah inilah yang mendidik
dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau
tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi
cerdas pula akalnya.

Guru-guru Awalnya :

Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah.
Empat orang gurul awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad
al-Fatani (Tuan MinaI), Haji Awang (Tuan Semel atau Dato’ Semela),
Dato’ Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah.

Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-
macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang
akhir itu adalah bekas murid datuknya Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.

Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun
belajar, malah pernh tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak
menyedari matahari telah naik. Bahkan, ada “ketika-ketika mengalir
kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada
kitab-kitab”. (Risalah Kanz al Mu’id karangan anaknya Haji Ahmad).

Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia
54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri
Sembilan.

Ke Makkah :

Pada tahun 1895, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar
ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara
puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :

1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi’i)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.
8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.
9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajnnid.
10. Syaikh Mubammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Mnhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Patani.

Ke Madinah:

Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan
bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke
Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah beliau
bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau
berpeluang berguru dengan Sayyid Ja’far al-Barzanji, Mufti Shafi’i.

Ke Mesir :

Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya
ke negara Mesir melanjutkan kefahaman tentang selok-belok ilmu
fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmu-ilmu syara’, naql
dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami’ al-Azhar
iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad
al-Rifa’i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama’ Mazhab Maliki di
dalam Azhar zaman itu (1896).

Pulang Ke Makkah :

Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmu tariqat
dengan Syaikh Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi
(meninggal dunia di Madinah pada 19 Febrnari 1909).

Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu
pada hujung tahun 1318 Hijrah (bersamaan pertengahan April 1901).
Alhasilnya, guru Muhammad Said berjumlah 50 orang lebih. Beliau
diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab;
juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Qur’an dan sebagainya.

Kembali ke Tanahair :

Terdapat perbezaan tarikh jangkaan beliau balik ke tanahair.
Dalam catatan Ismail Che Daud dinyatakan beliau kembali sekitar
tahun 1902/ 1320 H. Bagi Nawawi Hj Indek pula pada tahun 1900
sewaktu ia berusia 27 tahun. Beliau telah menetap di Ampangan,
Seremban dan mula mengajar agama serta menyibarkan tarekat
Ahmadiah.
Sheikh Haji Muhamad Said adalah khalifah atau wakil peribadi
Sheikh Muhamad Al Dandarawi bagi kepulauan Melayu atau tanah
Jawi. Pondoknya dibina di Ampangan, Seremban. Pondok ini di
katakan yang pertama diwujudkan di negeri ini dan ramai
murid-murid dari serata tempat dalam Negeri Sembilan dan luar
datang memondok di sana. Selain dari itu beliau juga keluar
memberi kuliah di masjid dan surau.

Dalam menjalankan kerja dakwah dan mengajar agama kepada
anak bangsanya, beliau terpaksa menghadapi mehnah dan tribulasi
sebagai daie. Apatah lagi ketika suasana negeri masih terjajah
dan serba mundur yang menyebabkan peluang mendapatkan pendidikan
khasnya ilmu agama amat terbatas. Kedudukan kawasan penempatan
yang sukar dihubungi, jauh dan tiada tokoh-tokoh agama memimpin
boleh menyebabkan budaya khurafat, bidaah dan adat-adat menyalahi
syariat berleluasa. Kita amat bersyukur apabila ada ulama yang
tampil membawa suluh memimpin ummah dari dahulu hingga sekarang.

Ramai kalangan orang-orang alim waktu itu membuka kelas pengajian
agama atau membina pondok untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu
agama. Muhamad Said turut mengikuti jejak langkah bapanya Sheikh
Jamaluddin Haji Idris dengan membuka pondok pengajian.

Beliau juga merantau banyak tempat seperti di Indo China, Siam,
Kedah, Pahang, Singapura dan Kelantan dalam kegiatan dakwah
disamping menyibarkan tarekat Ahmadiahnya. Difahamkan ada sebuah
masjid yang diasaskan oleh Sheikh Muhamad Said di Bangkok dan
beliau turut mengislamkan seorang Raja Siam.

Kisah menarik raja menganut Islam ini bermula apabila raja tersebut
bermimpi bertemu seorang yang mulia yang mukanya berseri-seri.
Baginda telah memanggil seorang sami besar untuk mentafsirkan
mimpinya. Sami tersebut menyarankan supaya baginda bertanya kepada
seorang alim Islam yang menurut pandangannya akan datang ke negeri
itu.

Sheikh Muhamad Said dalam perjalanan dakwahnya ke Siam telah dijemput
ke istana dan dipendekkan cerita, beliau telah mentafsirkan lelaki
mulia dalam mimpi raja itu ialah Rasulullah SAW. Selepas itulah raja
itu diislamkan oleh Sheikh Muhamad Said.

Pernah berlaku di Kelantan dalam tahun 1905, berlaku kegemparan
kalangan rakyat negeri lantaran pembawaan Tarekat Ahmadiah cara
Sheikh Muhamad Said. Kaedah zikir tarekatnya boleh menimbulkan
keasyikan atau seakan mabuk. Ramai ulama tempatan menentang gaya
ini.

Ekoran dari kegemparan ini Sultan Kelantan ketika itu telah menulis
surat bertarikh 12 November 1905 kepada tokoh ulama Kelantan yang
bermukim di Mekah iaitu Wan Ahmad Haji Wan Din
( Wan Muhamad Zainal Abidin) untuk mendapat penjelasan atas
kegemparan tersebut.

Sheikh ini juga dianggap pembenteng aliran kaum tua kerana beliau
tidak memberi tempat kepada pengaruh kaum muda atau lebih dikenali
Wahabi itu meluaskan pengaruhnya di negeri ini. Malah dalam manakib
Sheikh Muhamad Said Al Linggi ada menyatakan pandangan dan bidasan
beliau yang keras terhadap aliran ini.


Sahabat-sahabatnya :

Antara sababat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor,
Tuan Husain Kedah, Pat Wan Sulaiman Kedah, Haji Abdullah Pat Him
Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak
(meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad.

Anak-anaknya :

Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin
sembilan kali dan dikumiakan 32 orang anak. Salah seorang isteri
utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.

Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal :

1. Haji Abdullah (1905-1956), Kampung Gedung Lalang, Ampangan,
Seremban. Anak sulung yang mngambil tugas khalifah tariqat
Ahmadiyah selepas kematiannya.

2. Haji Ahmad (6 April 1910 -7 Januari 1964). Khalifah yang kedua
selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti
Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian
di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat
orang isteri dan 37 orang anak -8 orang telah lulus Universiti
dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar.
Menghasilkan puluhan karya penulisan. termasuk Kanz al-Mu’id yang
mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan
sumber utama tulisan ini.

3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga
selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani
orang-orang Melayu Singapura.

4. Baji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal I981).

5. Haji Mohammad Nor (meninggal 198l).

6. Haji Muhammad Hamid.

7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu)
-bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Setapak,
Wilayah Persekutuan.

8. Haji Mahadi (1914 -20 Febuari 1983), Taman Maluri, Kampung
Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik
dan yang paling manja sekali dalam keluarganya. Lulusan Madrasah
al-Falah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem.
Lakonan sulungnya adalah secara kebelulan, iaitu sebagai pelakon
lambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang
pertama menjadi Pengarah filem -Permata di Perlimbahan (1952).
Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan
Utusan Melayu.

Peribadinya:

Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama’ yang
berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan
hidup. Bersifat zahid, qana’ah, pemaaf, sabar, wara’, tawadhu’,
pemalu, pemurah, kuat beramal dan berkhalwat.
Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul. Beliau suka
menolong orang yang dalam kesusahan. Memandang makhluk-makhluk
lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut
ilmu di Makkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan
wara’, soleh serta keramatnya.
Sebagai seorang ulama’ yang amat dihormati dikenali di Negeri Sembilan
beliau sangat dikasihi Tuanku Mohammad, Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato’ Kelana
Ma’mur (1889 -1945).

Karya Penulisanya:

Walaupun Syeikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak
karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakannya belum dicetak dan
sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut :

1. Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyat fi Qawaid al- Tariqat al-
Shadhilliyah. Ia disebut juga Risalah al Fawa’id atau Rasail Jawiyyah.
Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jum 1905).
Membicarakan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-cerita
yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan
pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepinya al-Ahzab al-Irfaniyyah.

2. al-Ahzab al-Irfaniyyat Wa al-Awarad al-Nuraniyyah. Siap ditulis di
Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Berukuran 18 1/2 tak
14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan
hizb.

3. Kashfal-Ghiba an Haqiqal al-Riba.

4. Sullam al-Ta’rif ila ‘Ilm al-Tasrif (ilmu sarf).

5. Risalah Farb (juga mengenai ilmu sarf).

6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.

7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.

8. Perjalanan mendirikan Jumaat.

9. Wazifah-wazifah bagi orang salik pada permulaan suluknya.

10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang
ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum
Wahabi dan kekarutan mereka.

Meninggal Dunia :

Ajalnya tiba pada malam Ahad, 12 Rabiulawal l345 bersamaan 18/19
September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang
mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam
Ampangan., iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.
Beliau meninggalkan seorang ibu, seorang saudara perempuan
kandung,seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang
bertebaran di seluruh Semenanjung.

Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama
Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai
1977 diambil alih pentadbirannya oleh Kementerian Pendidikan
dilambangkan sempena namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said,
Seremban.


Dipanjangkan oleh :
(DATO’ MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14hb. Zulhijjah, 1419 / lhb. April, 1999.( Jazakallahu khairan kasiro). Pertama kali saya mendengar nama beliau adalah melalui Bos saya yang berasal dari Negeri Sembilan semasa beliau bertugas di Kuantan dan sering menyebut akan keilmuan dan kekeramatannya.Lebih kurang awal tahun 1992, firma saya akan membuka satu lagi pejabat di Seremban yang mana Bos saya ini jugalah akan mentadbir di sana mempelawa saya untuk berkerja di Seremban.Oleh kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan ini,saya pun bersetuju mengikut beliau.Sebaik tiba di Seremban,beliau terus membawa saya ke kawasan perkuburan dimana terletaknya maqam Tuan Hj Said ini.Setelah berwudu',kami ke dalam kawasan pagar makam (masa itu belum dikunci lagi)dan berdoa,saya aminkan saja. Selesai di situ,beliau membawa saya balik ke rumahnya di kawasan Bukit Rasah berdekatan dengan Hospital Seremban dimana saya akan menumpang sementara.Saya di tempatkan di sebuah bilik tingkat bawah rumah ala colonial itu seorang diri dimana beliau dan keluarga di bilik tingkat atas. Pada sebelah malamnya saya tidur lena di bilik tersebut akibat kepenatan memandu sehinggalah hampir waktu Subuh atau pun mungkin sudah masuk waktu Subuh.Saya terjaga dan melihat sesusuk tubuh berjubah dan berserban sedang solat di bahagian hujung kaki saya.Saya cuba bangun tetapi tidak mampu walaupun telah cuba sedaya upaya.Saya rasa saya tidak bermimpi; ya saya memang dalam keadaan jaga dan sedar tetapi tidak boleh bangun dari pembaringan tetapi saya boleh menoleh.Dalam keadaan kelam kabut itu,pemandangan itu hilang lantas saya terus bangun,terpaku.Perkara tersebut telah saya ceritakan kepada Bos saya lalu beliau membawa saya ke maqam sekali lagi.Kebetulan,ketika sampai di maqam itu,Syeikh Fuad dan beberapa jamah sudah ada di sana ( masa itu saya tidak mengenali lagi Syeikh Fuad ).Lalu Bos saya berjumpa beliau dan menceritakan pengalaman saya.Syeikh Fuad bertanyakan bentuk tubuh orang itu,ketinggian dan paras rupanya kepada saya dan saya menerangkan kepada beliau apa yang telah saya lihat.Syeikh Fuad pada masa itu juga mengesahkan bahawa orang itu adalah Tuan Hj Said (Syeikh Muhammad Said).Wallahu a'lam.Selepas dari peristiwa itu,saya sering ke maqam ini bersama-sama Bos saya dan kadang-kadang berseorangan tak tentu masa,siang ,malam atau tengah malam.Inilah yang Nabi SAW kata,Para Nabi dan para Wali melakukan solat di kubur mereka seperti halnya mereka solat di rumah mereka.Abu Al-Hasan Al-Khirqani berkata,"Banyak orang yang berjalan-jalan di jalan tetapi mereka sebenarnya mati.Banyak juga yang telah berkubur tetapi sebenarnya mereka masih hidup".Begitulah juga keramah yang turun kepada anakanda beliau,Syeikh Muhammad Hamid Mambau yang saya berbaiah dengannya.

No comments: