Al Quran itu tidak menyebutkan satu ayat pun bahawa Allahu maujud ( Allah itu wujud ).
Allah Taa'la itu bukan jisim, bukan jauhar (atom) dan bukan benda. Jisim itu bertempat tetapi ada juga yang ujud tetapi tidak mengambil ruang iaitu cahaya dan warna ( menumpang ).Allah itu bersifat bilal misal, Zat yang laisa kamishlihi syai 'un ( Tiada sesuatu yang menyerupai ). Allah itu bersifat Tanzih ( penyucian dari sifat makhluk ) .
Tahu ALLAH
Rata-rata orang Islam mengetahui Allah tetapi belum mengenal lagi.
a. Dalil Naqli ( Dalil dari Al-Quran ) dalam Ilmu Tauhid,
" Huwallahu kholiqul bariul musyoiwiru lahul asmaul husna.Yusabbihu lahu ma fissama wa tiwal ardh,Wa huwal 'azizul hakim " Al-Hashr ayat 24
Dialah Allah yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan ( daripada tiada kepada ada ) , Yang membentuk rupa ( makhluk-maklhlukNya ) ; Yang mempunyai nama-nama yang terbaik ( asmaul husna ).Segala yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya.Dia lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
b.Dalil Aqli ( Melihat Kejadian Alam )
Sifat-sifat Kudrat/kudrah adalah perkara yang mungkinat ( perkara yang akal boleh terima dan tidak boleh terima ).Meletakkan sesuatu pada tempatnya seperti contohnya pisau jilid yang digunakan untuk mencukur tetapi digunakan untuk tebang pokok kelapa atau kapak untuk menebang pokok kelapa digunakan untuk mencukur.Begitu juga dengan wujudnya Allah, ada penciptanya disebalik kejadian alam ini.Cuma ini hanya menunjukkan bahawa kita hanya TAHU bahawa Allah itu wujud , Allah itu ada.
Bila disebut Allah, tiada perasan gerunpun pada hati kita kerana kita belum sebenar-benarnya kenal akan Allah itu tetapi apabila disebut harimau saja;sudah ada bayangan ketakutan pada hati kita.Kerana apa ? kerana kita sudah tahu dan sudah kenal akan apa yang digelar harimau itu.
Kenal ALLAH
Tahu dan kenal itu adalah dua perkara yang berbeza.Jalan untuk mengenal Allah itu hanya melalui jalan zikrullah sehinggalah berubah dari muslim menjadi mukmin,dari mukmin menjadi mukhsin ( ihsan ) seterusnya menjadi orang yang mukhlis.
Kenal Allah itu mestilah melalui penglihatan; penglihatan mata hati yang bersih yang sentiasa digarap dengan taubat dan zikrullah secara istiqamah dan berterusan.
Sabda Rasulullah S.A.W :
" Bahawa engkau beribadah kepada Allah S.W.T seolah-olah engkau melihatNya, jika sekiranya
engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau " HR Muslim.
Bagi mendisiplin diri kita supaya istiqamah taubat dan zikrullah berterusan, maka hendaklah
orang itu bersuluk / berkhalwat ( memencilkan diri ) selama 10 hari 10 malam yang dipimpin oleh Guru yang mursyid agar hati yang tidur itu akan jaga, dari jaga itu kepada hidup sehinggalah disirami dengan nur baidhat. Apabila hati itu sudah benar-benar bersih, maka Allah Taa'la Yang Maha Suci akan tajallikan diriNya pada tempat yang suci bersih.Di masa inilah salik ( murid ) itu kenal akan tuhannya, kenal akan Allah Ta'ala.
Rasa wujudnya ALLAH
Mengenal Allah ditingkat dzauki ini adalah secara wahbi atau kurnia atau limpahan terus
dari sisi Allah ke dalam rohani seorang hamba.
Salik akan rasa wujudnya Allah itu secara dzauki apabila telah mencapai maqam fana' setelah istiqamah bertaubat dan berzikir secara terus-terusan.
Dalam Hadis Qudsi dari Anas r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda,
Allah berfirman :
" Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman serta
beramal soleh segala kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata,
didengar oleh telinga ataupun terlintas di hati manusia "
Riwayat Ibnu Jarir
Seorang mukmin tidak dapat pengalaman melihat Allah ( Zat ) kalau tidak
difana'kan. Bila fana', dapat kenal Allah sampai pada hakikatNya.Keadaan
orang itu tidak terus menerus fana' tetapi akan keluar dari alam fana' itu
( baqobillah ).Fana' - baqobillah - mukhsin ( Kamil - kesempurnaan
ihsannya )
Apabila Allah Ta'ala telah tajallikan diriNya pada hati salik yang suci bersih, si salik akan fana'fillah dan makrifatullah.Di masa ini salik akan mengalami pelbagai rasa / perkara mengikut keikhlasan salik dan kurnia Allah Taa'la itu sendiri. Wallahu a'lam.
Renungkan pertanyaan ini , Allah berfirman :
" Adakah belum sampai lagi masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk
mengkhusukkan hati mereka dengan mengingati Allah "
Surah Al-Hadid ayat 16
2 comments:
terimakasih ust atas penerangan...emm kena g bersuluk lah nampaknya
IsyaAllah..sama-samalah kita doa.Suluk ini adalah jalan secepatnya untuk kenal Allah secara dzauki dalam masa 10 hari dengan berzikir berterusan siang malam tetapi dengan syarat kita beramal tu hanya untuk keredhaan Allah,bukan untuk dapat hebat atau karamah.Jika tidak melalui suluk ini,mungkinlah kita nak kenal Allah itu akan ambil masa 10 tahun, 20 tahun atau tidak kenal langsung hingga akhir hayat malah tidak kenal juga diakhirat sana.Wallahu a'lam.
Post a Comment