Saya berpengalaman lebih kurang 10 tahun dalam kehidupan
dihutan belantara di Daerah Triang,Kuala Lipis,Jerantut,Sg Lembing semasa zaman ‘curfue’ masih berkuatkuasa lagi dan
juga dihutan-hutan di Negeri Terengganu.Malah pernah memimpin dan memantau
pelajar-pelajar kolej melakukan aktiviti dikawasan hutan.
Pengalaman diterkam gajah tunggal,harimau yang melompat
dihadapan kenderaan malah harimau yang meniti pada dahan pokok; dapat melihat
ular tedung sela yang bergerak laju secara berdiri dengan hanya menggunakan
ekornya saja,ular besar,ular tedung yang
garang dan berbagai binatang buas lagi.
Juga hampir semua daging binatang hutan sudah dapat dirasa
seperti,rusa,kijang,pelanduk,
landak,seladang dan sebagainya ; Begitu juga buah-buah hutan.
Tidak kurang juga beberapa kali terlibat dengan kemalangan
kenderaan pacuan 4x4.Sudah juga mencuba pelbagai jenis kenderaan pacuan 4 roda
dari Hilux,Land Rover,Land Cruiser,Jip,Trooper,Pajero,Jenis Nissan namun
masing-masing mempunyai kelebihan dan
kelemahan tersendiri.
Cuma yang penting sekali adalah pemandunya; mesti orang yang sudah biasa dengan jalan hutan,peraturan jalan membalak yang sedang beroperasi supaya tidak bertembung dengan trailer atau kenderaan yang keluar;biasanya kenderaan ringan yang masuk ikut tepi gaung atau sungai manakala trailer yang ada muatan atau kenderaan lain akan ikut jalan tepi tebing tidak kira tebing itu sebelah kanan atau kiri,yang biasa menuruni bukit apabila hari hujan,biasa meredah banjir hutan,biasa meniti jambatan kayu 2 batang ,biasa menaiki bukit yang licin dan pelbagai kemahiran lagi.Jika tidak;kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Sokongan dan bantuan pada masa itu amat terhad malah mungkin mengambil masa yang panjang.
kelemahan tersendiri.
Cuma yang penting sekali adalah pemandunya; mesti orang yang sudah biasa dengan jalan hutan,peraturan jalan membalak yang sedang beroperasi supaya tidak bertembung dengan trailer atau kenderaan yang keluar;biasanya kenderaan ringan yang masuk ikut tepi gaung atau sungai manakala trailer yang ada muatan atau kenderaan lain akan ikut jalan tepi tebing tidak kira tebing itu sebelah kanan atau kiri,yang biasa menuruni bukit apabila hari hujan,biasa meredah banjir hutan,biasa meniti jambatan kayu 2 batang ,biasa menaiki bukit yang licin dan pelbagai kemahiran lagi.Jika tidak;kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Sokongan dan bantuan pada masa itu amat terhad malah mungkin mengambil masa yang panjang.
Amat jarang kita nampak bangkai monyet malah hampir tidak
ada monyet yang mati tanpa sebab seperti keracunan makanan kerana monyet atau
kera-kera ini apabila termakan buahan atau terminum atau termakan buahan
beracun atau racun yang diletakkan oleh pekebun, monyet-monyet ini akan minum
air selut sebagai penawar.
Pernah satu ketika Operator Bulldozer (Pemandu Jentolak)
saya terminum Air Bateri yang diletakkan dibelakang tempat duduk pemandu yang
disangkanya air minum.Kebiasaannya air bateri ini diambil dari tong besar dan
diagihkan dalam tong-tong kecil yang lain.Ini kekedang mengelirukan pekerja
bila diletakkan berdekatan kerana warnanya serupa saja.
Jadi,apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu ; saya
arahkan beliau minum air selut (air tanah ) serta merta.Alhamdulillah,kejadian
sudah lama berlaku dan beliau masih sihat hingga kini.
Sebaik-baiknya sebelum memasuki hutan elok melayari internet
dahulu untok melihat kaedah dan cara Ikhtiar hidup dalam youtube dan melihat plan lokasi dan cetak imej satelite.
Biasakan pakai 2 lapis baju yang mana baju tebal lengan
panjang diluar bagi mengelakkan tangan terkena duri atau sengatan atau
kesejukan.Begitu juga dengan pemilihan topi yang sesuai bagi melindungi
bahagian kepala dan muka dari gigitan nyamuk dan ulat.
Kenderaan hendaklah disenggara sebelum memulakan aktiviti
ekspedisi ke hutan belantara kerana bila berlakunya kerosakan,kemalangan atau
tayar pancit kemungkinan kita lambat mendapat bantuan.Tayar spare mestilah
diperiksa dan cukup anginnya.
Saya pernah berjalan kaki sejauh 6 batu balik ke Rumah
Kongsi@Kem Balak kerana tayar pacuan 4 roda pecah terlanggar besi yang jatuh
dari trailer.Tayar simpanan pula tidak ada angin.Pada masa itu tengahari Sabtu
yang mana sudah tidak ada kenderaan lain yang lalu lalang. Jadi,saya terpaksa
berjalan kaki untok mendapatkan bantuan.Ini merupakan satu peringatan buat
mereka yang suka mengikuti ekspedisi kembara hutan. Sebaiknya sediakan pum
angin bateri yang banyak dijual sekarang ini.
Pengalaman inilah yang saya hendak kongsi bersama agar boleh dibuat persediaan dan rawatan awal
apabila kita terlibat dengan aktiviti didalam hutan.
Ilmu hutan ini amat penting bagi Ketua Kumpulan,Pemimpin,Jurulatih,Guru atau Pensyarah atau sesiapa sahaja yang sering masuk ke hutan untuk jangkamasa yang lama untok melakukan sebarang aktiviti,kembara,mendaki,memancing,berburu,membuat kajian dan sebagainya.
Ilmu hutan ini amat penting bagi Ketua Kumpulan,Pemimpin,Jurulatih,Guru atau Pensyarah atau sesiapa sahaja yang sering masuk ke hutan untuk jangkamasa yang lama untok melakukan sebarang aktiviti,kembara,mendaki,memancing,berburu,membuat
InsyaAllah; apa yang dikongsi disini mudah-mudahan ia memberi
manafaat.
SESAT ? Banyak orang tidak mahukannya lebih-lebih lagi sesat
di akhirat.Namun banyak kita dengar kisah-kisah orang yang tersesat
dihutan.Pernah ada wanita yang sesat sendirian selama sebulan lamanya ketika
mengikuti aktiviti kembara,ada anak-anak orang asli yang sesat berhari-hari
lamanya walaupun hutan itu ibarat taman mainan mereka.
Perlu diingat,kawasan hutan juga ada penghidupan lain;
selain binatang dan serangga ada juga kehidupan,perkampungan yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar.
Saya berpengalaman sesat dihutan semalaman bersama 3 orang
kawan ketika pergi berburu didalam hutan walaupun sudah biasa dngan hutan.Pernah juga hampir-hampir sesat juga
ketika pergi berburu semuanya berlaku waktu malam seolah-olah macam dipukau..
Dua orang Kepala Hutan atau Ketua Pembalakan saya juga
pernah sesat satu malam,hilang sejak dia masuk kerja didalam kawasan pembalakan
bersama-sama pekerja lain tetapi tidak pulang ke Rumah Kongsi @ Kem Balak sehingga
ke malam.Kami keluar mencari dikawasan kerja tetapi tidak menemuinya
sehinggalah keesokannya kerja mencari diteruskan.
Kami yakin beliau tidak dimakan binatang buas kerana
pengalamannya yang lama didalam hutan tetapi kami bimbang dia sakit atau
dihempap kayu balak.Namun pada tengahari beliau balik ke Rumah Kongsi dengan
menumpang kenderaan yang membawa barang keperluan pekerja.Beliau memberitahu
bahawa beliau ikut bunyi orang bekerja kerana menyangka bunyi orang bekerja itu
pekerja kami sedangkan bunyi itu membawanya ke daerah lain yang hampir 30 batu
dengan kenderaan.
Begitu juga dengan Kepala Hutan yang seorang lagi yang
hilang selama 3 hari sehinggakan terpaksa dibuat repot polis.Pihak berkuasa
mencari dilokasi terakhir tetapi tidak
menemuinya.Selepas 3 hari beliau keluar dari hutan dengan mengejutkan anggota
keselamatan yang sedang giat mencarinya tanpa rungsing atau seperti tidak ada
apa-apa yang berlaku.
Ini bagi kes orang yang kerjanya memang didalam hutan ;
bagaimana kalau ia berlaku kepada mereka yang jarang-jarang atau sesekali sekala
menyertai aktivi didalam hutan lebih-lebih lagi kalau sesat berseorangan.Di masa
inilah ‘Survival Kit’ dalam beg pinggang kita itu menjadi barang yang amat
penting. Malah botol air dan parang kalau boleh juga sentiasa dibawa bersama.
Alatan yang perlu ada dalam Beg Pinggang atau Beg Galas Nipis.Barangangan lain seperti ubatan boleh ditambah dan dibawa jika tidak memberatkan tetapi penting seperti
Minyak Kaki Tiga contohnya.
mungkin dah bawa beg galas besar atau hover sack..tapi boleh guna ikut kesesuaian masa.
BEG PINGGANG KECIL yang mengandungi First Aid ,Alatan Kendiri dan sedikit makanan amat penting dan perlu dibawa walaupun kita anggar untuk bergerak dari khemah sekejap atau keluar keliling berdekatan khemah atau camp site sahaja kerana apa-apa saja kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Tempat tidur jenis tinggi dari tanah
Jalan hutan licin bila hujan
Matau @Betau Trailler ,tempat kayu balak dikumpul untuk diukur
oleh Kerani sebelum dibawa ke Kilang Papan.
Matau@Betau Hutan , tempat kayu balak dikumpul selepas ditebang
dan ditarik oleh Jentolak @ Bulldozer
Parang,Bekas Ar dan topi - peralatan penting semasa dihutan.
Tanda arah laluan mengunakan Cable tie
Pokok Kayu kecil dipatahkan ke depan bagi menunjukkan bahawa kita berjalan ke arah itu.
Tablet untok Rawatan kegatalan kena Kayu Rengas
Melapah rusa yang ditembak
Air sungai yang jernih dan menyamankan
Bentuk topi berjaring sesuai mengurangkan gigitan nyamuk dan serangga
Contoh pelan topo @ topo sheet sesuatu kawasan hutan
Saya mengambil kira semua pengalaman yang saya lalui dalam belantara yang pernah menjadi rumah pertama saya.Info yang sangat penting dan berguna.
Kaedah dan pengetahuan yang perlu tahu sebelum masuk ke hutan
1. LANTIK
KETUA / TEAM LEADER
2. PASTIKAN :
a. Tempat dan tarikh camping adalah betul Insuran Kelompok / Perjalanan
b. Masa dan tarikh bertolak / tempat berkumpul
c. Tarikh dan masa keluar dari tapak dan masa sampai
ke tempat kenderaan.
d.
Makluman kepada Pihak Polis / pondok polis berdekatan ( jika perlu )
e.
Makluman kepada ibubapa / No Telefon Kecemasan ( jika perlu ) / Contact
Rohani.
f.
Makluman penyakit ( pantang makan / bawa ubat - gastric , jantung,
semput ds)
g.
Jurupandu Arah
h.
Jangan pakai barang kemas / Bawa wang yang banyak.
3. DOA /
SELAWAT / ZIKIR / SALAM 3 NABI
4. PERJALANAN
a.
Sediakan pil penahan mabuk laut / kenderaan ( atau makan keledek mentah
)
b.
Jangan makan banyak
5. ALAS PERUT
a. Bawa makanan ( buahan / Roti ) /
air bekalan untuk dimakan atau minum
setelah
sampai ke tapak perkhemahan sementara menunggu khemah siap
dipasang ( Tukang Masak - segera siapkan makanan untuk
dimasak )
6. PANTANG SEBELUM
a. Jangan cakap besar / takbur. (
Binatang sensitif - Gajah (saya pernah diterkam / Ular Tedung Sela-kalau kita sergah,dia akan kejar kita )
b. Jangan bawa benda-benda khurafat @tangkal
c. Harimau , bila dekat bunyinya seperti kucing.
7. BASE CAMP
a.
Azan - supaya semua makhluk halus tinggalkan tempat tersebut.
b. Tengok Compas / Kiblat / Pelan
kedudukan tapak.Pasang khemah / Surau@tempat solat /peta minda lokasi ( tengok plan sekali,ingatkan dalam kepala )
c. JANGAN bina khemah dibawah pokok
mati,nanti dahannya mudah patah atau tumbang.
d. JANGAN bina khemah di kawasan laluan air@kepala air
( banjir kilat )
e. Jalan
Keluar - Ingat dalam peta minda,guna bila tersesat-Arah Jalanraya / Sungai / arah jalan keretapi /
f. Tinjauan
Sekeliling / Bukit / Arus sungai- selalunya menuruni bukit menuju
sungai besar
/ Aiir Terjun / Jambatan / pokok / Jalan balak lama ( biasanya menuju ke Matau,tempat kumpul balak.Disini ada laluan santaiwong ke tapak kongsi )
- kesan-kesan tapak baru
binatang buas - seladang / harimau / gajah - jangan diikut.
g. Pasang
Alas tidur kalis air jika tidur dalam khemah bawah nanti bila hujan,tubuh tak basah.
h.Taburkan
BELERANG di sekeliling khemah jika khemah terbuka atau depan pintu khemah.
i. Tidur kaki jangan arah kiblat.
8. PANTANG SEMASA
a. Jangan membuang air merata-rata / dalam
lubang,pilih tempat yang sesuai.
b. Elakkan dari membunuh yang tidak berkaitan ( binatang liar dikawal
makhluk halus )
c. Elakkan
dari terjerit-jerit
d. Jangan menyentuh dan bernaung di bawah pokok
Rengas
( Kalau kena - jangan mandi
guna sabun nanti mudah gatal seluruh badan ).
e. Jangan mengejutkan binatang buas ( Membunyikan Hon /
kejar / baling )
f.
Jirus air dan tanam pad yang
telah digunakan. JANGAN buang merata-rata nanti disambut makhluk halus yang boleh menjadi penyebab histeria.
9. MALAM
a. Pasang
Unggun / Pelita / Lampu - agar binatang seperti gajah nampak dan mudah menyelamatkan diri apabila berlakunya kecemasan.
10. BAHAYA /
AWAS !
a. Pacat /
Ular / Lintah / Cengkenik-sejenih serangga berbisa yg sangat halus,biasanya membuat sarang pada daun kayu-jika kena gunakan Dettol untuk membunuhnya kerana ia sukar dilihat dengan mata kasar. / Tebuan Tanah / Kayu Rengas
b.Binatang
buas ( Harimau - hamis , Gajah - bunyi buloh ditarik dan banyak agas , Harimau Akar / Harimau bintang,, Seladang / Waspada pada binatang cedera@sakit,terkena tembakan atau yang terkena jerat )
c.
Ribut - kayu tumbang ; Dahan patah / Banjir kilat.
11. KECEMASAN
a. Beritahu
kawan / Ketua ( Panggil / telefon / alarm/Jerit ).Kalau perlu Laungkan AZAN.
Contoh :
Sakit perut / ada binatang / gelisah / nampak sesuatu yang seram
12. KECEMASAN
LAIN
a.
Keluar berkumpul ( atas arahan ) dekat dengan unggun / kawasan lapang (
jika
ada gangguan
/ gangguan binatang / ribut / banjir kilat/ tanah runtuh )
b.
Kecederaan serius -Rawat bawa keluar ( Buat stretcher sementara - gunakan t-shirt)
c.
Jika berkenaan - Telefon Polis /
Keluar beritahu orang kampong dan Bomba/JPAM.
d. Jika tersesat berkumpulan atau
berseorangan - azan
13. TERSESAT
/ SURVIVAL
Dua faktor sesat : geografi dan mistik
a. Pastikan
Pouch/Beg Pinggang sentiasa ada dipinggang / dibawa
b. Guna
Compas - ingat panduan arah Base Camp ketika mula-mula meninggalkannya.
c.Panduan
Matahari Arah Timur/Barat
d.Panduan
bunyi air terjun / arus sungai / bunyi kenderaan/Ikut tanda sempadan biasanya pokok digelang dengan cat merah.
e. Panduan
Akar-mula-mula keluar arah ke timur./ cerun bukit / Tinjau arah-panjat pokok / tempat tinggi.
f. Panduan
Jalan Balak lama ke Matau @ Betau
g.Panduan
Tanda Sempadan / cat Merah . Buffer Zon@kawasan tepi sungai - cat gelang putih
Sempadan hutan bagi blok atau kompartmen ditandai dengan cat bergelang merah.
h.
Tandakan arah tuju - patah ranting / takek pada batang pokok / tulis
( masa/tarikh )
i.
Bawa senjata / kayu / buloh / ranting
j.
Reaksi binatang buas - Harimau / Gajah / Beruang / Babi Hutan / Ular yang berbentuk seperti daun kering.
k.
Jangan ikut tapak binatang baru / kawasan buloh yang ditarik-tarik /
ikut Denai
l.
Azan / zikir
m. Minum - air akar mempelas / air sungai / air dalam buloh ( ketuk dulu -
takek
dan guna straw )
Akar kayu yang bergantungan pada pokok besar mengandungi air
yang boleh diminum ketika kita kehabisan bekalan air.Jika tidak ada
parang,gunakan survival knife yang ada tool berbentuk gergaji atau kikis dengan
pisau.
n.
Makanan - apa saja yang monyet makan : contoh: Keranji, salak , kundang.
Tampoi ,
Mentiga,rebung / Buat perangkap.
o.
Jika keracunan - minum air selut@air tanah
p. Tidur - Celah Banir / celah batu / tempat
tinggi ( Hati-hati di kawasan bergua / ular /
harimau/ jin )
q.Buat rakit - buloh tua/ kering tetapi kaki mudah krem jika kerap berendam air.
14. LAIN-LAIN
a. Perempuan
- elak mandi pakai T-shirt / baju putih.
b.
JANGAN mandi / hampiri kawasan pembuangan ancak atau tempat buangan barang-barang perbomohan orang asli .cth tepi laut,sungai
15. CONTOH BOLEH TERSESAT
Faktor mistik dan faktor geografi ( alam semulajadi )Contoh kes anak-anak orang asli di Gua Musang.
a.
Dirasuk - faktor mistik.
b.
Dikejar / lari binatang buas
c.
Terpisah dari group
d.
Lari dari bencana - banjir,ribut -pokok tumbang
e. Hilang panduan balik ke khemah atau kenderaan.
Jika berlaku kekeliruan,laungkan AZAN.
Jika berlaku kekeliruan,laungkan AZAN.
16. KENDERAAN 4 X 4
Guna kenderan yang bergear manual berinjin diesel adalah lebih baik untuk pendakian dan mengharungi sungai.
a. Senggaraan / Tayar spare-ada angin / Jack Tayar - greasing / Jenis tayar yang sesuai
Guna kenderan yang bergear manual berinjin diesel adalah lebih baik untuk pendakian dan mengharungi sungai.
a. Senggaraan / Tayar spare-ada angin / Jack Tayar - greasing / Jenis tayar yang sesuai
b.
Minyak Brake / Fius spare
c.
Tools / Winching Tools / Kabel mudah buka / Spot light
d. Memasang Rantai pada tayar
e.
Kendalian
i. Mendaki
ii. Menuruni
f.
Jambatan
i. Sungai
ii. Darat
g.
Winching
i. Slippery
ii. Muddy / terbenam
Kenderaan pacuan 4x4 mengelungsur dari puncak
bukit ke bawah akibat kegagalan fungsi gear
(gear tendang –gear jadi free).Land Cruiser tidak ada pintu,gelungsur lebih kurang 500 meter,
Alhamdulillah selamat berkat Tuan Guru Syeikh Hamid Mambau pada masa itu dan berkat Tuan Guru Syeikh Maarof Lengging,guru pada salah seorang operator saya yang turut ada bersama semasa
kejadian ini.Gambar ini dirakam selepas 2 minit kejadian.
(gear tendang –gear jadi free).Land Cruiser tidak ada pintu,gelungsur lebih kurang 500 meter,
Alhamdulillah selamat berkat Tuan Guru Syeikh Hamid Mambau pada masa itu dan berkat Tuan Guru Syeikh Maarof Lengging,guru pada salah seorang operator saya yang turut ada bersama semasa
kejadian ini.Gambar ini dirakam selepas 2 minit kejadian.
SENARAI BARANG-BARANG YANG PERLU ADA DALAM
SURVIVAL KIT @
BEG PINGGANG
Barang-barang yang berguna apabila kita sesat didalam hutan
yang dibawa dalam Beg Pinggang ;
tidak perlu banyak tetapi yang pentingnya ada dibawa.
1.Pisau Kecil sebaiknya Survival Knife dengan sudu dan
garfu.Elok kalau ada jenis yang boleh diikat pada batang kayu sebagai senjata
(gunakan cable tie untok ikat).
2.Mini Torch Light@Lampu suloh kecil sebaiknya yang ada dwi
fungsi lampu dan berkelip-kelip atau flashlight.
Diwaktu malam,kalau kita suloh nampak mata kecil yang terang
kekadang hilang sekejap (berkelip) itu mungkin mata pelanduk,kancil atau rusa
atau kijang.Gajah juga mempunyai mata yang kecil tetapi gajah akan senyap bila
kita berada berdekatan dengannya diwaktu malam hanya kita boleh mendengar bunyi
kibasan telinganya saja. Mata yang besar terang dan tidak berkelip itu
berkemungkinan binatang buas yang besar seperti harimau.
3.Kompas.Harus diingat kompas mungkin tidak berfungsi
dikawasan yang berbatu.Beli kompas yang elok sikit.
4.Lighter sebaiknya yang ada muncong kerana tidak panas
untuk menyalakan dalam masa yang lama untok menyalakan unggun atau menghalau
binatang.
5.Ubatan –Sakit Perut /Minyak Angin/Panadol untok demam dan
selsema/Ubat khusus-jika ada lelah atau sawan umpamanya .
6.Krim atau tablet Tahan Sakit.
7.Gouge /Plaster Handyplast.
6.Dettol-sapu bila kena cengkenik.
8. Mata Pancing saiz kecil memadai.
9.Spray cuka yang dicampur dengan garam halus; sebaiknya
telah dibacakan dengan ayat ruqyah atau Ayat
33.Ia bertujuan untok sapuan pada bahagian tubuh yang merasa panas atau
kebas tanpa sebab.
10.Buku Nota dan Pen – Tulis tarikh dan waktu melalui kawasan itu dan
selitkan atau ikat pada pokok yang ditanda ; ini bagi memudahkan Pasukan
Penyelamat membuat anggaran jarak dan masa perjalanan.
11.Topo Sheet atau plan topo kawasan hutan yang dimasuki
atau Imej Satelite.Ingat tanda Gunung dan Air terjun atau jalan keretapi dalam
plan itu sebagai landmark ke mana
arah tuju kita bila sesat.
12.Mini Water Proof BeG atau palstik kedap udara bagi
menyimpan Wallet dan Handset dari terkena hujan atau ketika mengarungi atau
meredah air sungai.Harus diingat walaupun sungai dalam hutan kelihatan
cetek@tohor,ada tempat-tempat yang dalam (lubuk).
13.Ketupat Mini atau apa jua makanan segera yang
mengenyangkan yang mudah dibawa atau dipanaskan.
14.Lilin.
15.Lilin Fuel Tablet ; untok memasak dimasa hujan.
16.Poncho atau Baju Hujan mini.
17.Cable Tie pelbagai saiz untok tujuan ikat mengikat atau
tanda arah jalan (warna yang terang).
18.Sabun Mandi Kecil.
19.Tisu.
20.Glow Stick - Bawa pelbagai saiz.Cahayanya seperti cahaya
kunang-kunang.Guna untok pencahayaan diwaktu malam bila lampu suloh tidak dapat
digunakan akibat dari bateri habis atau hari hujan.Juga digunakan untok memberi
isyarat kepada pasukan penyelamat.Keepak bagi patah bahagian dalam bila nak
guna.Boleh diguna untok menyuluh didalam air.
21.Plastik 4x9 atau lebih besar untok simpan barang dari terkena hujan dan untuk menyimpan air bersih.
Caranya ikat glow stick pada hujong kayu atau buloh yang
panjang bersama sapu tangan yang terang dengan cable tie ; kibarkan atau letak
ditempat yang tinggi dan senang dilihat oleh orang lain.
21.Plastik 4x9 atau lebih besar untok simpan barang dari terkena hujan dan untuk menyimpan air bersih.
22.Tablet PREDNISOLONE untuk rawatan segera apabila kena daun atau
habuk pokok kayu rengas atau bawa seketul Tawas,rendamkan dalam air panas dan
sapu.Apabila tubuh berpeluh,maka akan bertambah gatal kesan kena rengas itu
malah jika banyak mungkin tidak dapat tidur.Harganya cuma RM2.00 sepeket.
23.Straw ; untok sedut air dalam buloh atau dalam lopak apabila
kehabisan air manakala air sungai jadi keroh.
24.Handset full charge atau bawa Power Bank kecil.
25.Sapu Tangan Kecil untok kesat peloh atau untok kesat luka
dan digunakan sebagai isyarat kepada pasukan Mencari dan Menyelamat sebaiknya
berwarna terang.
26.Tali plastik kecil ( bukan tali rafia) untok digunakan
sebagai tali pancing atau jerat.
27.Bagi wanita yang dalam period,bawa pad tambahan atau terpaksa recycle
28.Sedikit Belerang untuk ditabur sekeliling kita semasa
tidur.
29.Mercun Bola (jika ada) tetapi kena hati-hati bila
menggunakannya.Ia untok menakutkan binatang buas dan sebagai isyarat kepada
penyelamat.Tetapi AWAS jika terdesak sahaja; jika tidak jangan digunakan pada
binatang buas nanti binatang yang lari terkejut itu mungkin akan datang semula
untok meninjau.
30.Lain-lain barang yang mudah dibawa dan difikirkan perlu
seperti snek,penyepit duri dan sebagainya.
Elok bawa
bekalan nasi atau makanan kenyang ..nanti sebelum pasang khemah utk
masak..hujan turun lambat nak masak bso boleh alas perut dulu.
Ubat semulajadi dari sumber hutan
Ubat semulajadi dari sumber hutan
Ubat kena rengas dan sengatan serangga
Minyaknya dan kayunya diguna sebagai bahan api
Buahnya direbus sebagai ubat berak berdarah@buasir
Minyak Kayu Sepetir - rawatan bagi luka.Minyaknya yang melekit akan cepat
menutup luka yang besar atau terkena duri rotan.
Kit atau peralatan dan keperluam yang berguna semasa berkhemah dihutan .
Sabun 999 sebagai langkah awal pemcegahan dari kegatalan rengas.
Bekas telor untuk halau agas,nyamuk dan starter BBQ.
Sapukan alcohol pad pada tempat gigitan pacat untuk elak kegatalan.
Khemah segera,sekiranya tersesat bersendirian,Bubuh dalam
Beg Pinggang atau Beg Galas Kecil.
Kurma,makanan pemberi tenaga bila sesat.
Ambil ikhtibar
Nota Ikhtiar Hidup , Remedi - NERE
Petunjok Arah :
Matahari /Pusingan Akar yang melilit;pusingan yang
pertama arah ke TIMUR (matahari).Guna PETA MINDA.
Sesat : Azan /
Tinggalkan jejak arah tuju.
SOS : Atur anak
batu SOS atau Susun Ranting Kayu
dikawasan boleh nampak jauh.
Minum : Air
Sungai atau kerat akar-akar kayu yang besar.
Makanan : Makan
apa saja yang kera makan spt Kundang,Tampoi,Durian Hutan.
Pancing Ikan/Belat/Jerat.
Tidur : Dekat
atau celah banir pokok /jangan pokok mati atau pokok rengas.Jangan tidur tepi
sungai bila hujan lebat@AWAS kepala air.Nyalakan unggun api
Baca Ayat Qursi dan 11 x Qunut – elak gangguan jin.
Remedi
Gatal-gatal : Makan Ubat/Simton rengas
Kebas Kaki/Bahagian Tubuh : Sapu cuka+garam.
Pacat : Minyak Kayu Kapur
Luka : Ubat Luka atau Minyak Kayu Kapur
Keracunan : Minum air campur selut (tanah).
Takek batang buloh yg tumbuh paling dekat dengan air@sungai
KAMERA
Walaupun takda line dan tak boleh nak buat panggilan atau
berwasap-wasap,
Handset atau fon sangat mustahak dibawa bersama didalam Beg
Galas Mini atau
Beg Pinggang sebagai sebahgian dari peralatan atau keperluan
Survival Kit.
Fungsinya adalah :
1.Buat panggilan Kecemasan pada nombor talian 112 (no
kecemasan bagi telefon
bimbit dikawasan yang tiada coverage ).
2.Melihat PETA dan Satelite Image yang anda telah save
terlebih dahulu.
3.Android Compass tapi ingat;kompas tidak berfungsi dengan
baik dikawasan yang
berbatu-batu.Masa ini gunakan kaedah lihat lumut atau akar
pokok.
4.Lampu Suloh
5.Memainkan Bacaan Ayat Al Quran atau Ruqyah.
6.Semak NERE – Nota Ikhtiar Hidup dan Remedi,save dalam
bentuk pdf.
7.Bunyikan lagu atau apa-apa bunyi yang boleh menakutkan
binatang liar atau bunyi
yang menarik perhatian pasukan penyelamat.
TIUB GETAH
-Sebagai starter atau umpan untuk menyalakan unggun api
-Menerangi malam terutama bila keadaan hari hujan kerana
nyalaan getah susah
padam walaupun terkena air.
-Sangkutkan pada ranting yang panjang atau gantung dan
nyalakan untuk menakutkan
binatang buas.Boleh
juga nyalakan dan campakkan ke arah binatang tersebut.
BEG SANDANG MINI ATAU
BEG PINGGANG SURVIVAL KIT
Kenapa mesti bawa ?
Apabila anda keluar dari tapak perkhemahan untok
meronda-ronda dikawasan sekeling,keluar berburu atau menjalan aktiviti
berkaitan kerja ,junggle tracking atau penyelidikan ; anda sudah dikira
meninggalkan Base Camp tempat segala kelengkapan ada termasuk tempat berkumpul
rakan-rakan,tempat makan dan tempat tidur.
Sekiranya anda sesat dan terpisah dari rakan-rakan yang
lain,maka pada saat itu bermulalah
masaalah besar pada diri anda kerana anda mungkin
bersendirian dikala itu dan segala
masaalah itu anda kena fikirkan dan lakukan sendirian juga.
Kenapa boleh jadi begitu ? Pertamanya kekeliruan geografi
kawasan itu,anda terjatuh
ke dalam cerunan bukit,terjatuh ke dalam sungai dihanyutkan
air atau ada bunian yang
meleleh air liur nak jadikan anda sebagai isteri atau
sebagai suami atau sebagai menantu..
lalu kidnap anda..he he he.
Sebagai persedian,keluarkan sedikit belanja lagi untuk
sediakan keperluan-keperluan
didalam ‘Survival Beg” anda.Banyak beg sandang kecil ada
dipasaran sekarang,harganya
lebih kurang RM50.00,yang berjenama harganya boleh cecah RM200 tapi ia lebih baik kerana boleh memuatkan
lebih barang survival berbanding beg
pinggang.
Di Base Camp,keperluan yang kurang boleh dipinjam dari rakan-rakan tetapi semasa anda sendirian,siapa yang nak
tolong melainkan anda melolong lerr !
NERE
Jika anda dalam keadaan ABC atau period,Ingat ! Jangan
sesekali anda campak @ lempar pad atau ‘roti’anda begitu sajaa..letakkan dalam plastik atau terus tanam .
Minum : Takek batang buloh dan sedut air dengan batang buloh
kecil.
Catatan berterabur sikit sebab malas nak edit atau susun ayat,boleh baca faham ..sudah.
3 comments:
Alhamdulillah terima kasih Abg Acit berkongsi pengalaman tentang ilmu hutan. Ternyata Abg Acit ni sgt berpengalaman dlm selok belok hutan. Sy berkeja dgn Jabatan masih belajar ilmu hutan. Abg Acit kepala hutan ke suatu masa dulu.? Patut lah tahu tentang kayu & kehidupan di hutan ye. Terbaik la Abg. Semoga Abg diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya
Info berguna trm ksh tuan
Tuan Hazwan,bermula saya dari Kerani Matau sehingga jadi kontraktor balak.Pernah hingga suatu masa,rumah kongsi/kem balak (hutan belantara ini ) menjadi rumah pertama saya kerana kehidupan lebih banyak didalam hutan berbanding dirumah/di kampong..maka banyak pengalaman yg dilalui.Ini hutan belantara bukan hutan ksk ( kawasan sudah kerja ).
Post a Comment