Monday

Nak gi CAMPING ? Info yang patut anda tahu

Saya berpengalaman lebih kurang 10 tahun dalam kehidupan dihutan belantara di Daerah Triang,Kuala Lipis,Jerantut,Sg Lembing semasa zaman ‘curfue’ masih berkuatkuasa lagi dan juga dihutan-hutan di Negeri Terengganu.Malah pernah memimpin dan memantau pelajar-pelajar kolej melakukan aktiviti dikawasan hutan.


Pengalaman diterkam gajah tunggal,harimau yang melompat dihadapan kenderaan malah harimau yang meniti pada dahan pokok; dapat melihat ular tedung sela yang bergerak laju secara berdiri dengan hanya menggunakan ekornya saja,ular besar,ular tedung  yang garang dan berbagai binatang buas lagi.

Juga hampir semua daging binatang hutan sudah dapat dirasa seperti,rusa,kijang,pelanduk,
landak,seladang dan sebagainya ; Begitu juga buah-buah hutan.

Tidak kurang juga beberapa kali terlibat dengan kemalangan kenderaan pacuan 4x4.Sudah juga mencuba pelbagai jenis kenderaan pacuan 4 roda dari Hilux,Land Rover,Land  Cruiser,Jip,Trooper,Pajero,Jenis Nissan namun masing-masing mempunyai kelebihan dan 
kelemahan tersendiri.

Cuma yang penting sekali adalah pemandunya; mesti orang yang sudah biasa dengan jalan hutan,peraturan jalan membalak yang sedang beroperasi supaya tidak bertembung dengan trailer atau kenderaan yang keluar;biasanya kenderaan ringan yang masuk ikut tepi gaung atau sungai manakala trailer yang ada muatan atau kenderaan lain akan ikut jalan tepi tebing tidak kira tebing itu sebelah kanan atau kiri,yang biasa menuruni bukit apabila hari hujan,biasa meredah banjir hutan,biasa meniti jambatan kayu 2 batang ,biasa menaiki bukit yang licin dan pelbagai kemahiran lagi.Jika tidak;kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Sokongan dan bantuan pada masa itu amat terhad malah mungkin mengambil masa yang panjang.

Amat jarang kita nampak bangkai monyet malah hampir tidak ada monyet yang mati tanpa sebab seperti keracunan makanan kerana monyet atau kera-kera ini apabila termakan buahan atau terminum atau termakan buahan beracun atau racun yang diletakkan oleh pekebun, monyet-monyet ini akan minum air selut sebagai penawar.

Pernah satu ketika Operator Bulldozer (Pemandu Jentolak) saya terminum Air Bateri yang diletakkan dibelakang tempat duduk pemandu yang disangkanya air minum.Kebiasaannya air bateri ini diambil dari tong besar dan diagihkan dalam tong-tong kecil yang lain.Ini kekedang mengelirukan pekerja bila diletakkan berdekatan kerana warnanya serupa saja.

Jadi,apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu ; saya arahkan beliau minum air selut (air tanah ) serta merta.Alhamdulillah,kejadian sudah lama berlaku dan beliau masih sihat hingga kini.

Sebaik-baiknya sebelum memasuki hutan elok melayari internet dahulu untok melihat kaedah dan cara Ikhtiar hidup dalam youtube dan melihat plan lokasi dan cetak  imej satelite.

Biasakan pakai 2 lapis baju yang mana baju tebal lengan panjang diluar bagi mengelakkan tangan terkena duri atau sengatan atau kesejukan.Begitu juga dengan pemilihan topi yang sesuai bagi melindungi bahagian kepala dan muka dari gigitan nyamuk dan ulat.

Kenderaan hendaklah disenggara sebelum memulakan aktiviti ekspedisi ke hutan belantara kerana bila berlakunya kerosakan,kemalangan atau tayar pancit kemungkinan kita lambat mendapat bantuan.Tayar spare mestilah diperiksa dan cukup anginnya.

Saya pernah berjalan kaki sejauh 6 batu balik ke Rumah Kongsi@Kem Balak kerana tayar pacuan 4 roda pecah terlanggar besi yang jatuh dari trailer.Tayar simpanan pula tidak ada angin.Pada masa itu tengahari Sabtu yang mana sudah tidak ada kenderaan lain yang lalu lalang. Jadi,saya terpaksa berjalan kaki untok mendapatkan bantuan.Ini merupakan satu peringatan buat mereka yang suka mengikuti ekspedisi kembara hutan. Sebaiknya sediakan pum angin bateri yang banyak dijual sekarang ini.

Pengalaman inilah yang saya hendak kongsi bersama  agar boleh dibuat persediaan dan rawatan awal apabila kita terlibat dengan aktiviti didalam hutan.

Ilmu hutan ini amat penting bagi Ketua Kumpulan,Pemimpin,Jurulatih,Guru atau Pensyarah atau sesiapa sahaja yang sering masuk ke hutan untuk jangkamasa yang lama untok melakukan sebarang aktiviti,kembara,mendaki,memancing,berburu,membuat kajian dan sebagainya.


 InsyaAllah; apa yang dikongsi disini mudah-mudahan ia memberi manafaat. 

SESAT ? Banyak orang tidak mahukannya lebih-lebih lagi sesat di akhirat.Namun banyak kita dengar kisah-kisah orang yang tersesat dihutan.Pernah ada wanita yang sesat sendirian selama sebulan lamanya ketika mengikuti aktiviti kembara,ada anak-anak orang asli yang sesat berhari-hari lamanya walaupun hutan itu ibarat taman mainan mereka.

Perlu diingat,kawasan hutan juga ada penghidupan lain; selain binatang dan serangga ada juga kehidupan,perkampungan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Saya berpengalaman sesat dihutan semalaman bersama 3 orang kawan ketika pergi berburu didalam hutan walaupun sudah biasa dngan hutan.Pernah juga hampir-hampir sesat juga ketika pergi berburu semuanya berlaku waktu malam seolah-olah macam dipukau..

Dua orang Kepala Hutan atau Ketua Pembalakan saya juga pernah sesat satu malam,hilang sejak dia masuk kerja didalam kawasan pembalakan bersama-sama pekerja lain tetapi tidak pulang ke Rumah Kongsi @ Kem Balak sehingga ke malam.Kami keluar mencari dikawasan kerja tetapi tidak menemuinya sehinggalah keesokannya kerja mencari diteruskan.

Kami yakin beliau tidak dimakan binatang buas kerana pengalamannya yang lama didalam hutan tetapi kami bimbang dia sakit atau dihempap kayu balak.Namun pada tengahari beliau balik ke Rumah Kongsi dengan menumpang kenderaan yang membawa barang keperluan pekerja.Beliau memberitahu bahawa beliau ikut bunyi orang bekerja kerana menyangka bunyi orang bekerja itu pekerja kami sedangkan bunyi itu membawanya ke daerah lain yang hampir 30 batu dengan kenderaan.

Begitu juga dengan Kepala Hutan yang seorang lagi yang hilang selama 3 hari sehinggakan terpaksa dibuat repot polis.Pihak berkuasa mencari dilokasi terakhir  tetapi tidak menemuinya.Selepas 3 hari beliau keluar dari hutan dengan mengejutkan anggota keselamatan yang sedang giat mencarinya tanpa rungsing atau seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Ini bagi kes orang yang kerjanya memang didalam hutan ; bagaimana kalau ia berlaku kepada mereka yang jarang-jarang atau sesekali sekala menyertai aktivi didalam hutan lebih-lebih lagi kalau sesat berseorangan.Di masa inilah ‘Survival Kit’ dalam beg pinggang kita itu menjadi barang yang amat penting. Malah botol air dan parang kalau boleh juga sentiasa dibawa bersama.

 Alatan yang perlu ada dalam Beg Pinggang atau Beg Galas Nipis.Barangangan lain seperti ubatan boleh ditambah dan dibawa jika tidak memberatkan tetapi penting seperti 
Minyak Kaki Tiga contohnya.


Beg sandang nipis seperti ini juga sesuai untuk membawa Tools Kit tapi masaalahnya bila kita
mungkin dah bawa beg galas besar atau hover sack..tapi boleh guna ikut kesesuaian masa.

BEG PINGGANG KECIL yang mengandungi First Aid ,Alatan Kendiri dan sedikit makanan amat penting dan perlu dibawa walaupun kita anggar untuk bergerak dari khemah sekejap atau keluar keliling berdekatan khemah atau camp site sahaja kerana apa-apa saja kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. 

Tempat tidur jenis tinggi dari tanah

 Jalan hutan licin bila hujan

Matau @Betau Trailler ,tempat kayu balak dikumpul untuk diukur 
oleh Kerani sebelum dibawa ke Kilang Papan.

 Matau@Betau Hutan , tempat kayu balak dikumpul selepas ditebang
dan ditarik oleh Jentolak @ Bulldozer

 Parang,Bekas Ar dan topi - peralatan penting semasa dihutan.

Tanda arah laluan mengunakan Cable tie


 Pokok Kayu kecil dipatahkan ke depan bagi menunjukkan bahawa kita berjalan ke arah itu.

Tablet untok Rawatan kegatalan kena Kayu Rengas

Melapah rusa yang ditembak 

Air sungai yang jernih dan menyamankan

Bentuk topi berjaring sesuai mengurangkan gigitan nyamuk dan serangga

Contoh pelan topo @ topo sheet sesuatu kawasan hutan

Ini adalah beberapa perkara yang perlu dititk beratkan apabila kita hendak berkhemah didalam hutan untok jangka waktu yang agak lama untuk memancing,memburu,kerja khusus atau kajian kerana kita tidak dapat menjangkakan beberapa kemungkinan yang akan berlaku seperti banjir,musibah,serangan binatang,tersesat dan seumpamanya.

Saya mengambil kira semua pengalaman yang saya lalui dalam belantara yang pernah menjadi rumah pertama saya.Info yang sangat penting dan berguna.


Kaedah dan pengetahuan yang perlu tahu sebelum masuk ke hutan


1. LANTIK KETUA / TEAM LEADER

2. PASTIKAN :
a.  Tempat dan tarikh camping adalah betul     Insuran Kelompok / Perjalanan
b.   Masa dan tarikh bertolak / tempat berkumpul
c.   Tarikh dan masa keluar dari tapak dan masa sampai ke tempat kenderaan.
          d.   Makluman kepada Pihak Polis / pondok polis berdekatan ( jika perlu )
          e.   Makluman kepada ibubapa / No Telefon Kecemasan ( jika perlu ) / Contact
                Rohani.
           f.   Makluman penyakit ( pantang makan / bawa ubat - gastric , jantung, semput ds)
          g.  Jurupandu Arah
          h.  Jangan pakai barang kemas / Bawa wang yang banyak.

3. DOA / SELAWAT / ZIKIR / SALAM 3 NABI

4. PERJALANAN
a.   Sediakan pil penahan mabuk laut / kenderaan ( atau makan keledek mentah )
b.  Jangan makan banyak

5. ALAS PERUT
a. Bawa makanan ( buahan / Roti ) / air bekalan untuk dimakan atau minum
setelah sampai ke tapak perkhemahan sementara menunggu khemah siap
 dipasang  ( Tukang Masak - segera siapkan makanan untuk dimasak )


6. PANTANG SEBELUM
 a. Jangan cakap besar / takbur. ( Binatang sensitif - Gajah (saya pernah diterkam / Ular Tedung Sela-kalau kita sergah,dia akan kejar kita )
 b. Jangan bawa benda-benda khurafat @tangkal
 c. Harimau , bila dekat bunyinya seperti kucing.

7. BASE CAMP
 a.  Azan - supaya semua makhluk halus tinggalkan tempat tersebut.
 b. Tengok Compas / Kiblat / Pelan kedudukan tapak.Pasang khemah / Surau@tempat solat /peta minda lokasi ( tengok plan sekali,ingatkan dalam kepala )
 c. JANGAN bina khemah dibawah pokok mati,nanti dahannya mudah patah atau tumbang.
d. JANGAN bina khemah di kawasan laluan air@kepala air ( banjir kilat )
e. Jalan Keluar - Ingat dalam peta minda,guna bila tersesat-Arah Jalanraya / Sungai / arah jalan keretapi /
f. Tinjauan Sekeliling / Bukit / Arus sungai- selalunya menuruni bukit menuju
sungai besar / Aiir Terjun / Jambatan / pokok / Jalan balak lama ( biasanya menuju ke Matau,tempat kumpul balak.Disini ada laluan santaiwong ke tapak kongsi )
- kesan-kesan tapak baru binatang buas - seladang / harimau / gajah - jangan diikut.
g. Pasang Alas tidur kalis air jika tidur dalam khemah bawah nanti bila hujan,tubuh tak basah.
h.Taburkan BELERANG di sekeliling khemah jika khemah terbuka atau depan pintu khemah.
 i.   Tidur kaki jangan arah kiblat.

8. PANTANG SEMASA
a.  Jangan membuang air merata-rata / dalam lubang,pilih tempat yang sesuai.
b.  Elakkan dari membunuh yang tidak berkaitan ( binatang liar dikawal makhluk halus )
c.  Elakkan dari terjerit-jerit
d.  Jangan menyentuh dan bernaung di bawah pokok Rengas
     ( Kalau kena - jangan mandi guna sabun nanti mudah gatal seluruh badan ).
e.  Jangan mengejutkan binatang buas ( Membunyikan Hon / kejar / baling )
f.   Jirus air dan tanam pad yang telah digunakan. JANGAN buang merata-rata nanti disambut makhluk halus yang boleh menjadi penyebab histeria.

9.   MALAM
a. Pasang Unggun / Pelita / Lampu - agar binatang seperti gajah nampak dan mudah menyelamatkan diri apabila berlakunya kecemasan.

10. BAHAYA / AWAS !
a. Pacat / Ular / Lintah / Cengkenik-sejenih serangga berbisa yg sangat halus,biasanya membuat sarang pada daun kayu-jika kena gunakan Dettol untuk membunuhnya kerana ia sukar dilihat dengan mata kasar. / Tebuan Tanah / Kayu Rengas
b.Binatang buas ( Harimau - hamis , Gajah - bunyi buloh ditarik dan banyak agas , Harimau Akar / Harimau bintang,, Seladang /  Waspada pada binatang cedera@sakit,terkena tembakan atau yang terkena jerat )
c.   Ribut - kayu tumbang ; Dahan patah / Banjir kilat.

11. KECEMASAN
a. Beritahu kawan  / Ketua ( Panggil / telefon / alarm/Jerit ).Kalau perlu Laungkan AZAN.
Contoh : Sakit perut / ada binatang / gelisah / nampak sesuatu yang seram

12. KECEMASAN LAIN
 a.   Keluar berkumpul ( atas arahan ) dekat dengan unggun / kawasan lapang ( jika
ada gangguan / gangguan binatang / ribut / banjir kilat/ tanah runtuh )
 b.   Kecederaan serius -Rawat bawa keluar ( Buat stretcher sementara - gunakan t-shirt)
 c.   Jika berkenaan - Telefon Polis /  Keluar beritahu orang kampong dan Bomba/JPAM.
 d. Jika tersesat berkumpulan atau berseorangan - azan

13. TERSESAT / SURVIVAL
       Dua faktor sesat : geografi dan mistik

a. Pastikan Pouch/Beg Pinggang sentiasa ada dipinggang / dibawa
b. Guna Compas - ingat panduan arah Base Camp ketika mula-mula meninggalkannya.
c.Panduan Matahari Arah Timur/Barat
d.Panduan bunyi air terjun / arus sungai / bunyi kenderaan/Ikut tanda sempadan biasanya pokok digelang dengan cat merah.
e. Panduan Akar-mula-mula keluar arah ke timur./ cerun bukit / Tinjau arah-panjat pokok / tempat tinggi.
f. Panduan Jalan Balak lama ke Matau @ Betau
g.Panduan Tanda Sempadan / cat Merah . Buffer Zon@kawasan tepi sungai - cat gelang putih
Sempadan hutan bagi blok atau kompartmen ditandai dengan cat bergelang merah.

 h.  Tandakan arah tuju - patah ranting / takek pada batang pokok / tulis
( masa/tarikh )
 i.   Bawa senjata / kayu / buloh / ranting
 j.   Reaksi binatang buas - Harimau / Gajah / Beruang / Babi Hutan / Ular yang berbentuk seperti daun kering.
 k.  Jangan ikut tapak binatang baru / kawasan buloh yang ditarik-tarik / ikut Denai
 l.   Azan / zikir
 m.  Minum - air akar mempelas / air sungai / air dalam buloh ( ketuk dulu - takek
dan guna straw )
Akar kayu yang bergantungan pada pokok besar mengandungi air yang boleh diminum ketika kita kehabisan bekalan air.Jika tidak ada parang,gunakan survival knife yang ada tool berbentuk gergaji atau kikis dengan pisau.

 n.    Makanan - apa saja yang monyet makan : contoh: Keranji, salak , kundang.
Tampoi , Mentiga,rebung / Buat perangkap.
 o.   Jika keracunan - minum air selut@air tanah
 p. Tidur - Celah Banir / celah batu / tempat tinggi ( Hati-hati di kawasan bergua / ular /
              harimau/ jin )
 q.Buat rakit - buloh tua/ kering tetapi kaki mudah krem jika kerap berendam air.




14. LAIN-LAIN
a. Perempuan - elak mandi pakai T-shirt / baju putih.
b.    JANGAN mandi / hampiri kawasan pembuangan ancak atau tempat buangan barang-barang perbomohan orang asli .cth tepi laut,sungai

15.  CONTOH BOLEH TERSESAT
Faktor mistik dan faktor geografi ( alam semulajadi )Contoh kes anak-anak orang asli di Gua Musang.
  a.  Dirasuk - faktor mistik.
  b.  Dikejar / lari binatang buas
  c.  Terpisah dari group
  d.  Lari dari bencana - banjir,ribut -pokok tumbang
  e.  Hilang panduan balik ke khemah atau kenderaan.
Jika berlaku kekeliruan,laungkan AZAN.  


16.  KENDERAAN 4 X 4 
Guna kenderan yang bergear manual berinjin diesel adalah lebih baik untuk pendakian dan mengharungi sungai.
  a.  Senggaraan / Tayar spare-ada angin / Jack Tayar - greasing  / Jenis tayar yang sesuai
  b.  Minyak Brake / Fius spare
  c.  Tools / Winching Tools / Kabel mudah buka / Spot light
  d.   Memasang Rantai pada tayar
           e.   Kendalian
                 i.  Mendaki
                 ii. Menuruni
           f.  Jambatan
                 i.  Sungai
                 ii.  Darat
            g.   Winching 
                 i. Slippery
                 ii. Muddy / terbenam

Kenderaan pacuan 4x4 mengelungsur dari puncak bukit ke bawah akibat kegagalan fungsi gear
 (gear tendang –gear jadi free).Land Cruiser tidak ada pintu,gelungsur lebih kurang 500 meter,
Alhamdulillah selamat berkat Tuan Guru Syeikh Hamid Mambau pada masa itu  dan berkat Tuan Guru Syeikh Maarof Lengging,guru pada salah seorang operator saya yang turut ada bersama semasa
kejadian ini.Gambar ini dirakam selepas 2 minit kejadian.



SENARAI BARANG-BARANG YANG PERLU ADA DALAM 
SURVIVAL KIT @ BEG PINGGANG

Barang-barang yang berguna apabila kita sesat didalam hutan yang dibawa dalam Beg Pinggang ;
tidak perlu banyak tetapi yang pentingnya ada dibawa.

1.Pisau Kecil sebaiknya Survival Knife dengan sudu dan garfu.Elok kalau ada jenis yang boleh diikat pada batang kayu sebagai senjata (gunakan cable tie untok ikat).

2.Mini Torch Light@Lampu suloh kecil sebaiknya yang ada dwi fungsi lampu dan berkelip-kelip atau flashlight.
Diwaktu malam,kalau kita suloh nampak mata kecil yang terang kekadang hilang sekejap (berkelip) itu mungkin mata pelanduk,kancil atau rusa atau kijang.Gajah juga mempunyai mata yang kecil tetapi gajah akan senyap bila kita berada berdekatan dengannya diwaktu malam hanya kita boleh mendengar bunyi kibasan telinganya saja. Mata yang besar terang dan tidak berkelip itu berkemungkinan binatang buas yang besar seperti harimau.

3.Kompas.Harus diingat kompas mungkin tidak berfungsi dikawasan yang berbatu.Beli kompas yang elok sikit.

4.Lighter sebaiknya yang ada muncong kerana tidak panas untuk menyalakan dalam masa yang lama untok menyalakan unggun atau menghalau binatang.

5.Ubatan –Sakit Perut /Minyak Angin/Panadol untok demam dan selsema/Ubat khusus-jika ada lelah atau sawan umpamanya .

6.Krim atau tablet Tahan Sakit.

7.Gouge /Plaster Handyplast.

6.Dettol-sapu bila kena cengkenik.

8. Mata Pancing saiz kecil memadai.

9.Spray cuka yang dicampur dengan garam halus; sebaiknya telah dibacakan dengan ayat ruqyah atau Ayat 33.Ia bertujuan untok sapuan pada bahagian tubuh yang merasa panas atau kebas tanpa sebab.


10.Buku Nota dan Pen – Tulis tarikh dan waktu melalui kawasan itu dan selitkan atau ikat pada pokok yang ditanda ; ini bagi memudahkan Pasukan Penyelamat membuat anggaran jarak dan masa perjalanan.

11.Topo Sheet atau plan topo kawasan hutan yang dimasuki atau Imej Satelite.Ingat tanda Gunung dan Air terjun atau jalan keretapi dalam plan itu sebagai landmark ke mana arah tuju kita bila sesat.

12.Mini Water Proof BeG atau palstik kedap udara bagi menyimpan Wallet dan Handset dari terkena hujan atau ketika mengarungi atau meredah air sungai.Harus diingat walaupun sungai dalam hutan kelihatan cetek@tohor,ada tempat-tempat yang dalam (lubuk).

13.Ketupat Mini atau apa jua makanan segera yang mengenyangkan yang mudah dibawa atau dipanaskan.

14.Lilin.

15.Lilin Fuel Tablet ; untok memasak dimasa hujan.

16.Poncho atau Baju Hujan mini.


17.Cable Tie pelbagai saiz untok tujuan ikat mengikat atau tanda arah jalan (warna yang terang).

18.Sabun Mandi Kecil.

19.Tisu.

20.Glow Stick -  Bawa pelbagai saiz.Cahayanya seperti cahaya kunang-kunang.Guna untok pencahayaan diwaktu malam bila lampu suloh tidak dapat digunakan akibat dari bateri habis atau hari hujan.Juga digunakan untok memberi isyarat kepada pasukan penyelamat.Keepak bagi patah bahagian dalam bila nak guna.Boleh diguna untok menyuluh didalam air.
Caranya ikat glow stick pada hujong kayu atau buloh yang panjang bersama sapu tangan yang terang dengan cable tie ; kibarkan atau letak ditempat yang tinggi dan senang dilihat oleh orang lain.


21.Plastik 4x9 atau lebih besar untok simpan barang dari terkena hujan dan untuk menyimpan air bersih.

22.Tablet PREDNISOLONE  untuk rawatan segera apabila kena daun atau habuk pokok kayu rengas atau bawa seketul Tawas,rendamkan dalam air panas dan sapu.Apabila tubuh berpeluh,maka akan bertambah gatal kesan kena rengas itu malah jika banyak mungkin tidak dapat tidur.Harganya cuma RM2.00 sepeket.

23.Straw ; untok sedut air dalam buloh atau dalam lopak apabila kehabisan air manakala air sungai jadi keroh.

24.Handset full charge atau bawa Power Bank kecil.

25.Sapu Tangan Kecil untok kesat peloh atau untok kesat luka dan digunakan sebagai isyarat kepada pasukan Mencari dan Menyelamat sebaiknya berwarna terang.

26.Tali plastik kecil ( bukan tali rafia) untok digunakan sebagai tali pancing atau jerat.

27.Bagi wanita yang dalam period,bawa pad tambahan atau terpaksa recycle

28.Sedikit Belerang untuk ditabur sekeliling kita semasa tidur.

29.Mercun Bola (jika ada) tetapi kena hati-hati bila menggunakannya.Ia untok menakutkan binatang buas dan sebagai isyarat kepada penyelamat.Tetapi AWAS jika terdesak sahaja; jika tidak jangan digunakan pada binatang buas nanti binatang yang lari terkejut itu mungkin akan datang semula untok meninjau.

30.Lain-lain barang yang mudah dibawa dan difikirkan perlu seperti snek,penyepit duri dan sebagainya.


Jangan makan banyak kalau perjalanan dengan kenderaan dalam hutan yang jauh sangat kerana turun bukit naik bukit..nanti cepat muntah.

Elok bawa bekalan nasi atau makanan kenyang ..nanti sebelum pasang khemah utk masak..hujan turun lambat nak masak bso boleh alas perut dulu.

Ubat semulajadi dari sumber hutan


 Ubat kena rengas dan sengatan serangga

 Minyaknya dan kayunya diguna sebagai bahan api

Buahnya direbus sebagai ubat berak berdarah@buasir

Minyak Kayu Sepetir - rawatan bagi luka.Minyaknya yang melekit akan cepat 
menutup luka yang besar atau terkena duri rotan.

Kit atau peralatan dan keperluam yang berguna semasa berkhemah dihutan .


 Sabun 999 sebagai langkah awal pemcegahan dari kegatalan rengas.

Bekas telor untuk halau agas,nyamuk dan starter BBQ.

 Sapukan alcohol pad pada tempat gigitan pacat untuk elak kegatalan.

 Khemah segera,sekiranya tersesat bersendirian,Bubuh dalam
 Beg Pinggang atau Beg Galas Kecil.



Kurma,makanan pemberi tenaga bila sesat.


            Ambil ikhtibar





Nota Ikhtiar Hidup , Remedi - NERE

Petunjok Arah : Matahari /Pusingan Akar yang melilit;pusingan yang
pertama arah ke TIMUR (matahari).Guna PETA MINDA.

Sesat : Azan / Tinggalkan jejak arah tuju.

SOS : Atur anak batu SOS  atau Susun Ranting Kayu dikawasan boleh nampak jauh.

Minum : Air Sungai atau kerat akar-akar kayu yang besar.

Makanan : Makan apa saja yang kera makan spt Kundang,Tampoi,Durian Hutan.
Pancing Ikan/Belat/Jerat.

Tidur : Dekat atau celah banir pokok /jangan pokok mati atau pokok rengas.Jangan tidur tepi sungai bila hujan lebat@AWAS kepala air.Nyalakan unggun api
Baca Ayat Qursi dan 11 x Qunut – elak gangguan jin.

Remedi

Gatal-gatal : Makan Ubat/Simton rengas
Kebas Kaki/Bahagian Tubuh : Sapu cuka+garam.
Pacat : Minyak Kayu Kapur
Luka : Ubat Luka atau Minyak Kayu Kapur
Keracunan : Minum air campur selut (tanah).


Takek batang buloh yg tumbuh paling dekat dengan air@sungai

KAMERA

Walaupun takda line dan tak boleh nak buat panggilan atau berwasap-wasap,
Handset atau fon sangat mustahak dibawa bersama didalam Beg Galas Mini atau
Beg Pinggang sebagai sebahgian dari peralatan atau keperluan Survival Kit.
Fungsinya adalah :
1.Buat panggilan Kecemasan pada nombor talian 112 (no kecemasan bagi telefon
bimbit dikawasan yang tiada coverage ).
2.Melihat PETA dan Satelite Image yang anda telah save terlebih dahulu.
3.Android Compass tapi ingat;kompas tidak berfungsi dengan baik dikawasan yang
berbatu-batu.Masa ini gunakan kaedah lihat lumut atau akar pokok.
4.Lampu Suloh
5.Memainkan Bacaan Ayat Al Quran atau Ruqyah.
6.Semak NERE – Nota Ikhtiar Hidup dan Remedi,save dalam bentuk pdf.
7.Bunyikan lagu atau apa-apa bunyi yang boleh menakutkan binatang liar atau bunyi
yang menarik perhatian pasukan penyelamat.



TIUB GETAH

-Sebagai starter atau umpan untuk menyalakan unggun api
-Menerangi malam terutama bila keadaan hari hujan kerana nyalaan getah susah
padam walaupun terkena air.
-Sangkutkan pada ranting yang panjang atau gantung dan nyalakan untuk menakutkan
 binatang buas.Boleh juga nyalakan dan campakkan ke arah binatang tersebut.






BEG SANDANG MINI ATAU BEG PINGGANG SURVIVAL KIT

Kenapa mesti bawa ?
Apabila anda keluar dari tapak perkhemahan untok meronda-ronda dikawasan sekeling,keluar berburu atau menjalan aktiviti berkaitan kerja ,junggle tracking atau penyelidikan ; anda sudah dikira meninggalkan Base Camp tempat segala kelengkapan ada termasuk tempat berkumpul rakan-rakan,tempat makan dan tempat tidur.
Sekiranya anda sesat dan terpisah dari rakan-rakan yang lain,maka pada saat itu bermulalah
masaalah besar pada diri anda kerana anda mungkin bersendirian dikala itu dan segala
masaalah itu anda kena fikirkan dan lakukan sendirian juga.
Kenapa boleh jadi begitu ? Pertamanya kekeliruan geografi kawasan itu,anda terjatuh
ke dalam cerunan bukit,terjatuh ke dalam sungai dihanyutkan air atau ada bunian yang
meleleh air liur nak jadikan anda sebagai isteri atau sebagai suami atau sebagai menantu..
lalu kidnap anda..he he he.
Sebagai persedian,keluarkan sedikit belanja lagi untuk sediakan keperluan-keperluan
didalam ‘Survival Beg” anda.Banyak beg sandang kecil ada dipasaran sekarang,harganya
lebih kurang RM50.00,yang berjenama harganya boleh cecah RM200 tapi ia lebih baik kerana boleh memuatkan lebih barang survival berbanding beg pinggang.

Di Base Camp,keperluan yang kurang boleh dipinjam dari rakan-rakan tetapi semasa anda sendirian,siapa yang nak tolong melainkan anda melolong lerr ! 

NERE

Jika anda dalam keadaan ABC atau period,Ingat ! Jangan sesekali anda campak @ lempar pad atau ‘roti’anda begitu sajaa..letakkan dalam plastik atau terus tanam .


Minum : Takek batang buloh dan sedut air dengan batang buloh kecil.

Catatan berterabur sikit sebab malas nak edit atau susun ayat,boleh baca faham ..sudah.


                                                     Pautan untok download Checklist

ni checklist lama tapi nanti tambah sendiri ikut keperluan semasa.

3 comments:

Hazwan said...

Alhamdulillah terima kasih Abg Acit berkongsi pengalaman tentang ilmu hutan. Ternyata Abg Acit ni sgt berpengalaman dlm selok belok hutan. Sy berkeja dgn Jabatan masih belajar ilmu hutan. Abg Acit kepala hutan ke suatu masa dulu.? Patut lah tahu tentang kayu & kehidupan di hutan ye. Terbaik la Abg. Semoga Abg diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya

Unknown said...

Info berguna trm ksh tuan

Acit said...

Tuan Hazwan,bermula saya dari Kerani Matau sehingga jadi kontraktor balak.Pernah hingga suatu masa,rumah kongsi/kem balak (hutan belantara ini ) menjadi rumah pertama saya kerana kehidupan lebih banyak didalam hutan berbanding dirumah/di kampong..maka banyak pengalaman yg dilalui.Ini hutan belantara bukan hutan ksk ( kawasan sudah kerja ).