Friday

TOK GAJAH kisah ke 2 - Oh po cot !!!


Kisah yang kedua ni berlaku dalam jangkasa masa yang sama tetapi ia berlaku pada musim tengkujuh pengujung tahun 1984.

Setelah tamat kerja-kerja pembalakan di kawasan yang pertama di Hutan Simpan (HS) Bukit Bertangga itu, kami berpindah ke kawasan kedua yang lebih jauh lagi ke dalam belantara iaitu di kawasan Air Terjun Bukit Bertangga ( sekarang ini sudah menjadi kawasan perkelahan ).

Setelah tiba musim tengkujuh, kerja-kerja pembalakan dihentikan buat sementara waktu.Di waktu inilah para pekerja mahu balik berehat di kampong masing-masing.
Cuma yang masih tinggal di rumah kongsi itu ialah seorang Tukang Masak
Indonesia dan suaminya , seorang Kalendan lori Santaiwong ( istilahnya lori hantulah..tapi bukan hantu yang bawak..org yang bawak tu macam hantu..he he he )…ok..santai….Setelah meninggalkan bekalan makanan yang mencukupi, kami semua pun baliklah juga.

Hari istirehat baru masuk 4 hari, abang Acit dah ajak masuk pergi meninjau rumah kongsi , jentera-jentera pembalakan yang ditinggalkan dan Tukang Masak dengan suaminya yang berada di sana.Sudah tentulah baru keluar dari hutan..baru jer nak relax…rasa tak mau pergi tapi abang Acit tetap mengajak juga kerana pada musim hujan begini,gajah-gajah banyak keluar dijalanan memakan pucuk-pucuk buluh.
Mahu tak mahu..Acit mengalah juga tapi..dengan syarat abang Acit yang drive sampai ke rumah kongsi.OK,deal.

Alahai..baru je tak sampai 30 km,dia dah berhenti di bahu jalan, minta Acit yang drive pula. Toing..toing..toing,Acit tanpa cakap apa-apa terus memecut laju ke destinasi yang memakan masa 5 jam bercampur boring lagi..nak sampai cepat dan kalau boleh balik cepat sebab baru jer tengok dunia luar.

Walaupun perjalanan didalam trek hutan, Acit dapat memecut laju juga kerana sudah biasa dengan laluan tersebut malah jalan itu telah digradekan oleh pihak kami ditambah lagi ketiadaan kenderaan lain yang melaluinya di musim begini.

Nak dijadikan cerita, sebaik menghampiri tapak rumah kongsi lama kami,terdapat kesan-kesan tapak kaki gajah yang baru termasuk tahi-tahinya disepanjang jalan itu.Abang Acit pun memberi amaran agar berhati-hati dan memperlahankan kenderaan Toyota Hilux kami tetapi oleh kerana hati nak balik cepat,Acit terus aje memecut dengan harapan bunyi dari kenderaan itu akan membuatkan gajah itu melarikan diri.

Sebaik saja melepasi tapak rumah kongsi lama dan sampai pada selekoh berbentuk S…kreeeeeeeeeeeeeeekkkk ,automatic kaki Acit membrek emergency.
Tetapi tayar Hilux itu tidak dapat berhenti serta merta di atas laluan berbatu kerikil itu yang menyebabkan satu bunyi yang kuat.Kenderaan kami hampir-hampir melanggar bontot Tok Gajah.Oh po cot !! Bunyi brek kenderaan itu mengejutkan Tok Gajah sehingga lari mencongking ekor.Mula-mula seakan kelakar……

Tidak sampaipun 5 minit ! Datangnya bulat seperti belon yang penuh angin, kaki depannya sama serentak diangkat ketika melangkah , belalainya di angkat tinggi sambil membunyikan terompitnya ,gadingnya nampak patah sebelah…mara laju..menerkam !! Tok Gajah turning back !! Allahu akbar.

Namun sebaik saja hampir sampai kepada kami, kreeeeeeeeekkk …Tok Gajah meniru aksi kami..brek emergency juga !! dan berhenti hanya lebih kurang 20 kaki sahaja dari kenderaan kami.Tok Gajah mencabut rumput dengan belalainya dan mencampakkannya ke atas bonet Hilux.. bertaburan.Trompitnya tak henti berbunyi.Kami tergamam tetapi tidaklah sampai terkencing.Acit cakap dalam hati,
” Minta maaf, tak sengaja “.Tiba-tiba abang Acit cuit paha, gostan ! Apalagi,,terus masuk gear dan undur ke belakang dengan gopoh gapahnya..nak undur pun seksa dengan jalan yang bengkang bengkok tapi berhenti lebih kurang 50 kaki dari Tok Gajah itu berada.
Acit lintangkan kenderaan manakala abang Acit mengeluarkan senapang dan memasukkan peluru gajah.Niat kami, kalau Tok Gajah terkam , kami tembak bagi amaran kecuali tiada pilihan.Seteleh menunggu hamper sepuloh minit, kami fakir Tok Gajah telahpun beredar pergi.Acit memandu perlahan-lahan ke hadapan melepasi selekoh itu dan..kami silap..Tok Gajah masih ada di situ.Tetapi kali ini ia sudah berada di atas tebing di tepi jalan.

Acit sekali minta maaf pada Tok Gajah dalam hati.Sebaik melihat kami, ia terus mencabut rumput dan membaling ke arah kenderaan kami.Balingannya tepat dan sekali lagi rumput itu berterabur di atas bonet Hilux. Lama kelamaan, Tok Gajah Tunggal itu beredar membawa diri.

Alhamdulillah,syukur Acit telah selamat dari musibah yang besar.Selama ini kami hanya mendengar cerita-cerita dari orang-orang yang pernah datang ke kawasan ini tentang gajah-gajah di sini tetapi kali ini kami lalui pengalaman ngeri, sepertimana yang sudah tercoret disini.

Sebenarnya, sebelum kejadian ini Acit telahpun beberapa kali bertemu dengan kelompok kawanan gajah termasuk berdepan dengan Gajah Tunggal secara berseorangan tetapi dalam jarak yang lebih jauh.Tidaklah diketahui Tok Gajah ini adalah sama dengan Gajah Tunggal yang Acit jumpa sebelum ini. Wallahu a’lam.

Ada lagilah..Kisah Tok Gajah # 3

No comments: