Saturday

Kisah SHAKUNTALA


Kisah ini diceritakan oleh Guru ku sekitar tahun 1992.Bila ku telaah catatan lama,
ia menarik untuk dikongsi bersama.

Golongan Brahmin adalah golongan yang ahli ibadahnya ( sebelum kedatangan Agama Islam ) tidak menyembah patung.Ibadah mereka ini lebih tertumpu kepada meditasi (tafakur).

Shakuntala @ Shaguntala adalah seorang wanita cantik yang turut sama beribadah dibawah pimpinan Gurunya di sebuah banjaran di India suatu ketika dulu.Dia di kenali sebagai murid yang taat.

Suatu hari seorang Putera Raja telah datang ke tempat mereka beribadah.Sudah menjadi naluri kaum Adam dan Hawa, apabila terpandang saja pada Shakuntala, Putera Raja itu telah jatuh cinta pandang pertama ; begitu jugalah dengan Shakuntala.Mereka rasa gembira, hati sudah suka tanpa menyedari perilaku mereka diperhatikan oleh Mahaguru.

Mahaguru mendekati lalu menyumpah Shakuntala bahawa dia akan menghadapi kesusahan.Guru-guru yng lain merayu kepada Mahaguru kerana Shakuntala seorang murid yang taat. Mahaguru tidak peduli kerana kata-katanya tidak boleh ditarik balik.
Shakuntala pun ikutlah Putera Raja balik ke negerinya lalu berkahwin tetapi Permaisuri Negeri tidak menyukainya.

Ketika Putera Raja pergi berperang, Shakuntala yang sedang sarat mengandung diarahkan Permaisuri supaya dicampakkan ke sebuah gaung yang banyak terdapat kumpulan singa-singa ganas.

Apabila melihat kelibat manusia, singa-singa itupun menerkam tetapi Shakunta terus duduk bermeditasi dengan tidak berganjak.Gurunya datang dalam dirinya
( dalam meditasi itu ) lalu singa-singa itu nampak kehebatan itu dan tunduk memberi hurmat.Kemudian singa-singa itulah menjaga Shakuntala sehingga anaknya lahir.

Anak Shakuntala itu bijak dan membesar dan berkawn dengan singa-singa itu selama 7 tahun.

Al kisah pada suatu hari, Raja Negeri itu pergi memburu di kawasan tersebut dan Baginda memeanah seekur burung.Apabila mahu pergi mengambilnya, dia tengok bukan panah miliknya mengenai burung itu tetapi panah dari seorang budak kecil.
Budak itu berkata,” Seorang Raja tidak patut mencuri barang bukan kepunyaannya ”. Raja terkejut dan kagum dengan kebijaksnaan budak itu.Bila ditanya dimana dia tinggal, lalu budak itu menunjukkan ke arah sebuah lembah.

Raja menyuruh orang-orangnya pergi menyiasat tetapi mereka lari lintang pukang kerana takutkan singa.Lalu Raja sendiri pergi ke lembah itu dan menemui ibu kepada budak tersebut tetapi Raja amat terkejut kerana ibu budak itu adalah Shakuntala, isterinya yang telah berpisah sekian lama.

Mereka sekeluarga kembali bersatu dan pulang ke istana.Maka semenjak itu, sumpahan pada Shakuntala pun berakhir.

Pengajaran dari kisah ini :

1. Apabila beribadat ( berzikrullah ), tumpuan hanyalah pada Allah semata-
mata,tidak pada yang lain.
2. Ketika beribadah ( berzikrullah ) , belajar mengawal nafsu , pelihara
pandangan mata.
3. Taat kepada pimpinan Guru ( adab berguru ) dalam beribadah sebagai seorang
salik ( murid ) tetapi bukan bermakna taksub.
4. Jangan mengambil barang yang bukan milik kita.
5. Jangan memperkecilkan Ilmu Allah walaupun ia datangnya dari seorang budak
kecil.
6. Sentiasa ingat, Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

No comments: