Friday

Amaran TOK GAJAH


Kisah gajah laaaaaaagi.Apalah Acit ni….

Selepas habis kerja-kerja pembalakan di lokasi kedua, kami berpindah ke lokasi ketiga yang masih terletak didalam Hutan Simpan ini juga.

Di kawasan berhampiran rumah kongsi kami ini, ada 3 buah pondok orang asli yang dibina sementara untuk mereka berteduh apabila datang mencari rotan, minyak kayu keruing,getah Jelutung,petai dan sebagainya.

Salah seorang orang asli dari kelompok itu yang tinggal bersama anak perempuannya kami gelarkan dia dengan panggilan Tok Bomoh.Acit pun dah tak ingat kenapa dia ni dipanggil Tok Bomoh.Pondok Tok Bomoh ini terletak ditengah-tengah diantara tiga buah pondok itu yang dibina rapat-rapat. Orang Asli kalau kami tanya dari arah mana mereka dapat buah salak,kundang,kelubi atau petai; mereka akan menunjukkan ke arah yang salah.Haaa…tujuannya supaya tempat mereka mendapatkan buah-buahan tersebut tidak diketahui oleh orang lain , kalau tidak nanti habis semuanya diangkut oleh pekerja-pekerja balak.

Tok Bomoh ni perangai dia pelik sikit, suka cakap besar ; terutama dengan gajah, mungkin kot hendak menunjukkan kebolehannya pada kami.

Pada suatu malam lebih kurang pukul 2 / 3 pagi, kami dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dari kawasan pondok orang asli tersebut.

Kami bangun dan melihat ada sekawan gajah berdekatan pondok mereka manakala se ekur gajah lain sedang asyik meruntuhkan pondok Tok Bomoh itu yang terletak di tengah sekali.Peliknya..pondok-pondok yang bersebelahan tidak diruntuhkan oleh gajah-gajah ini.Hanya pondok Tok Bomoh ini sahaja yang ranap tetapi Tok Bomoh tidak diapa-apakan, mungkin kerana mereka dah lama kenal..he he he.Cuma kali ni Tok Gajah berang dengan gelagat Tok Bomoh.Maka datanglah mereka beri Tok Bomoh last warning ! Shut-up or get out ! Gajah-gajah ni bersikap gentlement..tidak ikut perasaan hati..cool jer..

Kami hanya memerhati dari rumah kongsi kami yang terletak lebih kurang 200 kaki dari pondok-pondok orang asli ini.Itulah balasan bagi mereka yang bermulut celupar dan takbur diri,

Haaa..dah habis kisah Tok Gajah tetapi banyak lagi kisah-kisah benar mengenai binatang didalam hutan ini seperti kisah Pak Belang melompat depan , dikejar ular Tedung Sela , ular besar dan berbagai-bagai lagilah.

Pengajaran dari kisah ini :

Apakah perantaraanya apabila kita berbisik dalam hati atau bercakap kepada binatang-binatang ini, mesej itu sampai kepada mereka ?

Usah kita kecilkan hati orang lain termasuk binatang, mereka juga makhluk Allah.

Ambil sikap seperti gajah,tidak menunjukkan kebolehannya yang sebenar tetapi sekadar memberi amaran dengan sabar dan tenang.



No comments: