Sunday

Rengas Si Kayu Hantu


Saya nak memberi sedikit info yang saya fikir sangat berguna terutama kepada mereka yang selalu ke hutan untok apa tujuan sekalipun,pergi memancing,pergi berburu malah ke kebun.

Kalau ke hutan, kebarangkalian untuk bertembung atau diterkam dengan binatang buas tu amat tipis kecuali binatang itu terlalu lapar atau tercedera tetapi kemungkinan untuk terkena getah atau habuk Pokok Rengas 70%.

Namun ada orang yang tahan dengan rengas ini bergantung pada jenis darah tetapi kebanyakannya alah dan tidak tahan.Kalau kena habuknya  boleh menjadikan muka bengkak apabila berteduh dibawah pokoknya saja.

Kemungkinan lain adalah terkena penyengat,aning-aning (sejenis penyengat besar berwarna kuning-jika kena rasanya tersangat sakit) dan cengkenik.

Pokok Rengas ini juga tumbuh ditepi-tepi sungai dan dikawasan kebun kita tetapi ia berbentuk pokok yang kecil.





                                          Gambar Kayu Rengas dalam bentuk kayu balak

Nama Saintifiknya ialah Gluta Renghas.Orang-orang Cina memanggilnya dengan nama Chat-si atau Kayu Hantu.Pokok kayu Rengas mudah dikenali melalui kulit pada batangnya yang pecah tetapi bahagian terbuka besarnya diatas tidak seperti kulit kayu lain yang rekahan kulitnya rapat dibahagian atas tetapi besar bukaannya dibahagian hujung bawah ( sila rujuk gambar ).Keratan rentas batangnya menunjukkan ada tanda lingkaran hitam.

Mereka yang suka ke hutan samada untuk tujuan perkhemahan / camping,mencari akar kayu , kem motivasi,memancing,berburu atau ke air terjun ; anda mungkin akan bertemu dengan sepohon pokok hantu yang boleh akan mnyergah anda pada bila-bila masa tanpa anda sedari ; tanpa anda kenali.Tahu-tahu aje anda dah merasai....Kekadang bagi mereka yang suka memancing , pokok-pokok rengas jenis kecil ( anak rengas ) ada kedapatan di tepi-tepi tebing sungai , ada yang banyak terkena.Malah dikawasan rumah di kampong juga ada anak-anak pokok rengas ni.Kekadang tersentuh daunnya saja sudah cukup memberi kesan gatal pada kita.


Banyak terdapat dikawasan kampong dan berhampiran rumah kita; 
kalau  tersentuh daunnya mudah jadi gatal berair.Pokoknya yang renek dan tidak 
sebesar seperti pokok balak.

Batangnya bertampong-tampong

Malah ada kes suri rumah yang mengaut dan mencangkul tanah untuk diletakkan dalam pasu bunga juga boleh terkena rengas ini apabila mengaul tanah tersebut yang diambil dari tapak atau kawasan yang banyak anak-anak pokok rengas.Akar-akar pokok rengas dan getah rengas yang ada dalam tanah tersebut boleh menyebabkan alahan dan gatal-gatal tanpa diketahui sebabnya.Tetapi symton kegatalan itu adalah serupa dengan alahan dan gatal akibat dari kena getah rengas.
Tanah untok semaian pokok yang diambil dari kawasan yang ada akar-akar pokok 
Rengas juga boleh mendatangkan mudarat.

Pokok Rengas..orang-orang Cina mengelarkannya sebagai Pokok Hantu.Getah pakok ini amat bisa sekali jikalau terkena kulit.Apa kena mengena pokok Rengas dengan hantu ?Tempat hantu bergayut ke ? Mak oii..hantu pun takut kat pokok Rengas ni ! Kita boleh terkena rengas ni tanpa disangka-sangka tetiba dah rasa gatal-gatal.Sebabnya  kita terkena macam tanpa kita sedar walaupun kita dah berhati-hati macam kena sampuk dek hantu ler..tu dipanggil kayu hantu,tetiba je dah kena!

Ada jenis getah pokok Rengas yang menyebabkan kulit yang terkena getahnya kelihatan seolah-olah seperti kesan terbakar kehitaman tetapi amatlah gatal sekali malah menyakitkan.Jika digaru..ia kan melecet dan bertambah gatal lagi.Jika tangan yang mengaru itu mneyentuh temapat lain pada tubuh badan maka ia seolah-olah akan menjangkiti tempat itu pula ,seterusnyalah apabila digaru maka ia akan menular seluruh badan.

Begitu juga jenis Rengas yang memberi kesan bintik-bintik jernih yang berair.ia amat gatal sekali.Apabila kita mandi mneggunakan sabun mandi,ia seperti satu wabak.. menjangkiti seluruh badan menyebabkan seluruh badan mengalami kegatalan dan bila terkena muka,muka akan membengkak.Ramai orang tidak dapat menahan kesan kegatalan ini.Kadang-kadang bagi mereka yang jenis darahnya sensitif,duduk bernaung dibawah pohonnya saja pun sudah terasa gatal-gatal diseluruh badan,Tetapi ada juga mereka yang boleh tahan dengan kesan getah pokok Rengas ini.Acit dulu kerap juga kena getah Rengas ni dan selalu juga tengok pekerja-perkerja yang kena malah ada juga membawa mereka ke klinik untuk diberikan suntikan jika keadaan mereka gatal menular seluruh tubuh. .
Kesan bintik kemerahan apabila kena rengas

Rawatan

Acit dulu sentiasa ada menyimpan tawas bagi tujuan rawatan segera apabila terkena getah Rengas ini,maklumlah kerja di kawasan perhutanan.Tawas ini boleh dibeli dikedai india.Saya sentiasa ada stok tawas dirumah sehingga sekarang kerana saya suka berkebun dan ke hutan malah sekali sekala pergi memancing,kerap kekadang kawan-kawan yang pergi bersama terkena habuk atau tersentuh daun rengas ini.Kalau perigi kita keroh airnya,maka ambil sedikit tawas dan campakkan kedalam,InsyaAllah air akan jadi jernih.

Tawas

Tetapi ia adalah untuk rawatan sementara saja jika tidak banyak yang kena.Apabila saja rasa gatal-gatal di sesuatu tempat dan ada kesan bintik-bintik berair,tuangkan sedikit saja air panas dalam bekas yang mengandungi tawas,kemudian sapukan ke tempat gatal itu, biarkan ia kering sendiri.Bila sudah kering , ia akan nampak kesan putih seperti bergaram pada kawasan tersebut,ulangi lagi sehingalah gatal-gatal itu hilang dan bintik-bintik berair itu jadi kering.,Jangan digaru pada tempat gatal itu.Jika tidak tahan sangat,hanya tekankan jari ( kalau boleh jangan gunakan jari ) dikeliling tempat yang gatal itu.Bila berpeluh kulit akan berasa bertambah gatal.

Ada satu petua amalan orang kampung dulu-dulu samada ia betul atau tidak,wallahu a'lam..apabila terkena getah rengas , kita hendaklah pergi mengadu kat pokok Binjai ( sejenis pokok berdaun licin berbuah kecil, buahnya diketuk,digoreng dan dibuat kerepek ).Kat rumah acit dulu ada 4 pokok tetapi dah ditebang oleh tuan tanah baru selepas tanah tu dijual.Apabila sampai kat pokok Binjai tu, katakan " Hai Binjai,aku kena getus ke Rengas ! ( Hai Binjai,aku kena marah kat Rengas,gitu agaknya istilah bahasanya ) , maka tak semena-mena getah atau habuk rengas itu tidak memberi atau mendatangkan mudarat kepada orang itu..begitulah ceritanya...Tapi betul ke idak wallahu a'lam.nanti dapat dua penyakit pula,dahlah kena rengas disampuk hantu binjai (malinja) pula.


Beli tablet ini di farmasi;harganya cuma RM2.00 satu peket .InsyaAllah gatal akan hilang selepas 2 kali makan.Sekali makan 2 biji tablet.

Ada disyorkan Calamin dalam bentuk lotion tetapi ia tidak berkesan kerana baby pun boleh guna sedangkan orang dewasa pun tidak tahan gatal kena rengas ini.Jadi gunakan ubat yang sesuai ; ibarat nak tebang pokok gunakan kapak jangan guna pisau jilid !

Minyak Kayu Kapor

Saya suka ke kebun dan area kebun saya banyak pokok Rengas renek ; jadinya tangan saya kerap terkena atau tersentuh daun rengas secara tak senggaja dan selepas itu akan menjadi gatal.Oleh kerana kerap terjadi; saya tidak makan pil prednisolone tetapi saya telah cuba sapukan dengan Minyak Kayu Kapor.

Alhamdulillah..hasilnya sangat bagus.Tempat kena rengas pada tangan itu tidak gatal malah beransur kering dan baik.Maka saya saya simpulkan bahawa Minyak Kayu Kapor ini juga boleh menjadi ubat terkena rengas.

Saya selalu simpan stok minyak kayu kapor ini malah ia ada dijual di pasar malam atau ditempat orang yang menjual ubat.Harganya pun sekitar RM3.00-RM5.00 sebotol. Pada asalnya saya simpan minyak ini dirumah sebagai bahan kecemasan untok sapuan bila terkena air atau minyak panas atau gigitan serangga.

Balau bagaimanapun kekadang untok kes yang teruk,ketiga-tiganya perlu digunakan serentak.Makan pil,sapu minyak kapur disiang hari dan sapu dengan air tawas waktu malam.Minyak kayu kapur ni kuat baunya dan melekit dan kurang selesa disapu waktu malam malah akan melekat pada cadar dan selimut.

Walau selama 10 tahun saya berkerja dalam bidang perhutanan namun selepas 15 tahun selepas itu baru saya dapat pengetahuan mengenai penggunaan minyak kayu kapor ini sebagai ubat atau anti-rengas kerana tidak mahu makan pil kerana kerap kena rengas semasa ke kebun ,selepas mencubanya ; rasa gatal semakin berkurangan dan kesan gatal yang berair itu cepat kering .

Bukan semua kawasan hutan ada pokok kayu kapor dan bukan semua pokok kapor mempunyai minyak juga bukan semua minyak yang keluar sempat ditadah.Jadi jika ada orang yang menjualnya,boleh beli dan simpan.


Bagi mereka yang berkerja dengan sektor perhutanan samada dengan Jabatan Hutan atau Pembalakan ; penawar bagi rengas itu ada dalam hutan itu sendiri - minyak kayu kapor (Nama botaninya Dryobalanops aromatic Gaertn. ). 

Jika keadaan sudah teruk,jangan dok ulang-ulang kat pokok Binjai tuuu...dapatkan rawatan di Hospital atau klinik dengan segera sebelum ia merebak diseluruh badan.tetapi bukan semua klinik yang faham kekuatan dos ubat suntikan bagi menghilangkan kegatalan akibat terkena kayu Rengas ini malah Kayu Rengas pun mereka tidak tahu.Hanya klinik tertentu sahaja yang biasa memberi rawatan kepada mereka yang terkena getah pokok ini boleh memberikan hanya dengan sekali suntikan saja atau anda minta disuntik dengan Predsolone 10mg..Jika tidak, satu suntikan dari klinik biasa tidak memberi kesan penyembuhan yang segera malah terpaksa mendapatkan suntikan susulan yang kedua.

Selalunya Doktor berbangsa Cina dan India tahu membuat suntikan mengikut dos tertentu apabila diberitahu terkena getah Kayu Hantu kerana mereka sudah biasa memberikan rawatan tersebut kepada pekerja-pekerja balak.Tetapi kebanyakan doktor tidak dapat bayangkan bagaimana ubat dan dos yang suai untuk rawatan gatal kena kayu rengas ini. Kalau sebut Kayu Rengas, mereka juga talak tau ooo.. ! Saya syorkan tablet prednisolone pada doktor atau seiapa saja yang terkena rengas.

Hantu..hantu..tak cukup engko saja yang wat kacau orang ,pokok kayu pun engko guna wat jadi hamba engko yerk !ish..ish..ishh..kayu hantu kayu hantu.


2 comments:

Hazwan said...

Assalamualaikum En. Acit, bertugas di Renj mana? Terima kasih atas perkongsian ilmu.. Sy pun di dlm sektor perhutanan. Selalu kena rengas ni.. Bak kata org2 dulu kalau keja dlm hutan x kena rengas ni bukan forestla.. Hehe..

Acit Acitbudi said...

Waalaikumussalam wbt,saya bukan kerja dengan Jabatan Perhutanan tapi dalam sektor swasta.
Namun sering berurusan dengan Renjer dan Forest di Jerantut,Kuala Lipis,Temerloh,
Triang,Dungun,Kuala Brang dan Kuantan.