Tuesday

Keadilan dan Kurnia Allah

Petikan dari Kitab Hikam ( 60 )

TIDAK ADA DOSA KECIL JIKA ALLAH MENGHADAPI ENGKAU

DENGAN KEADILANNYA

DAN TIDAK BERERTI DOSA BESAR JIKA ALLAH MENGHADAPI
MU DENGAN KURNIANYA

Zikir dan istiqfar adalah penghubung antara hamba dengan
Allah S.W.T. dan Dia adalah sumber segala cahaya dan ilmu.

Apabila Allah Ta'ala telah menembusi hati hambaNya dengan
Nur maka berlimpah ruahlah segala rahmat.Pada ketika itu hati
hamba bercahaya terang benderang dan terbuka tabir rahsia
Malakut dengan kurniaan itu dan tatkala itu jelaslah segala
hakikat Ketuhanan yang selama ini terhijab ( terahsia ).

Firman Allah :
" Katakanlah ( Ya Muhammad ) sesungguhnya Allah akan
menyesatkan sesiapa yang dikehendaki dan Allah akan
menghidayatkan orang yang kembali ( taubat zahir batin )
kepadaNya. mereka itu adalah orang yang beriman dan hati
mereka mutmainnah dengan zikrullah " Surah Ar-Ra'd : 27-28

Dari ayat di atas, ada 4 syarat untuk mendapat hidayat yang
khusus :
1. Sentiasa bertaubat dari semua dosa dan maksiat zahir
batin.
2.Kuatkan Iman
3.Beramal Soleh
4.Terus berzikrullah

Dengan kaedah ini, hati akan mutmainnah.Bila hati
mutmainnah,maka Allah akan kurniakan hidayat yang khusus
seperti yang Allah sebutkan dalam firmanNya :
" Hai nafs ( hati/jiwa ) yang mutmainnah, kembalilah kamu
kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai Allah,
maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu.
Dan masuklah kamu ke syurgaKu " Surah Al-Fajr :28-30

Firman Allah di atas bukan hanya ditujukan kepada nafs/
hati orang yang sudah meninggal dunia, tetapi juga ditujukan
kepada setiap hati yang mutmainnah.

Menurut keterangan setengah orang sufi mengenai ayat
tersebut bahawa bila seseorang mukmin telah dapat
mencapai hati mutmainnah maka mereka akan dapat 4
macam kurnia dan rahmat Allah :

1.Hati,nafs atau roh mereka akan dikurniakan Allah untuk
kenal semula Allah seperti sebelum masuk ke tubuh badan
atau jasad di mana ketika itu roh manusia kenal Allah dan
musyahadah terhadap Allah seperti yang disebut dalam
Al Quran di mana Allah tanya kepada para roh manusia :
" Wahai roh-roh, tidakkah Aku ini Tuhan kamu.Maka jawab
para roh, bahkan ( sebenarnya ) Engkaulah Tuhan kami,
kami saksikan " Surah Al-A'raaf: 172

Apabila hati telah benar-benar mutmainnah maka Allah
angkatkan atau singkapkan hijab sehingga hati dan roh
manusia itu dapat musyahadah terhadap wujud Allah.
Inilah antara hakikat dan makrifah Allah yang disampaikan
secara laduni atau secara mukasyafah.



2.Allah kurniakan kepada orang tersebut maqam redha dan

diredhai Allah.

3.Orang itu akan menjadi hamba Allah yang sebenar,menjadi

orang yang mukhsin dan menjadi orang ulul albab yang bila

beramal dapat berbuat sebaik-baik amal seperti yang Allah

sebutkan dalam firmanNya :" Ya Muhammad, sampaikanlah

khabar yang mengembirakan kepada para hambaKu "

Para hambaKu adalah mereka yang mendengar pengajaran

Al Quran maka mereka buat sebaik-baiknya, mereka itulah

orang-orang yang dikurniakan hidayat oleh Allah dan mereka

itulah golongan ulul albab.

4.Mereka akan dapat nikmat sebaik-baiknya didunia ini iaitu

hati dan roh mereka dapat musyahadah kepada Allah.

Menurut setengah sufiyyah, firman Allah yang bermaksud

" masuklah ke surgaKu " itu ialah jannah ajilah atau syurga

didunia ini iaitu kebahagiaan yang didapati ketika hati berada

dalam keadaan musyahadah.

Orang tersebut dianggap telah dapat kurnia dari Allah secara

langsungatau secara laduni.

Zikir menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang berzikir
kepadanya seperti firmanNya :
" Maka hendaklah kamu mengingatiKu , nescaya Aku
mengingatimu " Surah Al-Baqarah : 152

Dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman :
" Sesiapa yang mengingati Mu didalam hatinya, nescaya Aku
mengingatinya dalam diriKu "

Zikir dapat melepaskan seseorang dari azab Allah :
Sabda Nabi S.A.W :
" Tiada amal yang dilakukan anak Adam yang lebih
menyelamatkannya dari azab Allah selain dari
berzikrullah " HR Ahmad / Muaz r.a

Allah Ta'ala Maha Pengasih , Maha Penyayang.Janji Allah
pada merka yang berzikir itu dengan limpahan kurniaNya
yang sangat banyak.Dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh
mereka yang sentiasa berzikrullah itu dianggap Allah
Ta'ala seperti tidak ada seperti berzikrullah sehingga
fanafillah dan tertinggal atau melepasi waktu solat wajib.
Allah berikan keadilan dalam perkara ini kerana seseorang
fana'fillah itu adalah dari kurniaNya juga.

Ada juga seseorang itu meninggalkan solat Jumaat kerana
kerana berada ditempat khalwat ( berzikrullah ) untuk satu
tempoh yang lama.Jadi apa saja bentuk zikrullah untuk
musyahadah pada Allah ; selangkah kita pergi..sejengkal
Allah kemari.


Begitu juga,kisah ahli sufi Mansur Al-Hallaj yang dihukum
pancung kerana mengatakan Allah ada dalam poketnya dan
menyebut perkataan "Anal Haq" iaitu sebutan hanya yang
layak bagi Allah.Tetapi beliau menyebutkannya dalam
keadaan fana' dan dzauk tetapi ulama-ulama biasa tidak
dapat menerimanya lalu mengadu kepada khalifah yang
menjatuhkan hukuman.Darahnya mengalir membentuk
kalimah Allah.Air sungai pun naik dan melempah sehingga
dicampakkan jubah Mansur Al Hallaj barulah air sungai itu
surut.Begitulah kebesaran Allah yang dikurniakan pada
hambaNya yang dikatakan kafir , kafir disisi manusia tetapi
Islam di sisi Allah.

Dalam Hadis Qudsi dari Ibnu Abas, Rasulullah bersabda, Allah
berfirman :
" Siapa yang telah mengetahui , bahawasanya Aku ini berkuasa
untuk mengampuni segala macam dosa, maka Aku akan
mengampuninya dan Aku tidak peduli selama ia tiada
menyegutukan sesuatu pun dengan Aku "
Riwayat Hakim dan Thabrani

Maka dengan segala limpahan rahmatNya,
dengan zikir dan taubat yang berterusan, seseorang itu
dijanji Allah dengan jaminan syurga,maka dosa-dosa kecil
dan yang besar yang tidak sengaja dilakukan oleh

seseorang itu, dengan keadilanNya, Allah kurniakan taubat
berserta pengampunan dan kasih sayangNya ; dosa-dosa
kecil itu bagai tidak ada dan dosa-dosa besar tidaklah
bererti bagi Allah. Wallahu a'lam.





No comments: