Thursday

Sakit Gigi


Adoi! adoi ! ....serba tak kena..bila sakit gigi

Acit pernah sakit gigi yang amat-amat.Kebetulan masa tu ada kat rumah
Akak,lalu dia suroh pergi gali akar pokok Senduduk, dibersihkan.

Akar Senduduk itu direbus dengan sekeping asam gelugur ( asam keping )
dengan air yang sederhana banyak.Setelah air mendidih, biarkan suam sedikit
kemudian buatlah berkumur dengan air tersebut sehingga air dalam mulut itu
sejuk barulah diluahkan.

Kumur lagi dengan air tersebut sehingga ia sejuk barulah diluahkan.Buatlah
begitu sehingga tiga empat kali.Ia bertujuan untuk mengecutkan gusi dan
meredakan kesakitan.Air yang dimasak jika ada lebih tadi boleh dipanaskan semula untuk digunakan sekali dua lagi.InsyaAllah..kesakitan itu akan hilang dalam masa
yang singkat dan dapat bertahan lama,berminggu-minggu.Kalau Farmasi dekat..
pergilah beli ubat tahan sakit..lagi mudah kecuali dah tak ada pilihan.

5 comments:

ifti said...

salam acit.....dahlia ade petua nak hilangkan sakit gigi...amek asam keping sekeping dua...pastu bakar jap atas dapur..bila da mcm garing tu...angkat...sejukkn pastu kepitkan kat gigi yang sakit tu...insyaAllah:)

Acitbudi said...

Terima kasih Dahlia kerana berkongsi petua.Mudah-mudahan ia memberi manafaat pada masa-masa yang sangat amat kritikal.

Assiddiq said...

Ada satu lagi.. Org cakap pakai gambir.. tp xpenah pakai~

Acitbudi said...

oo.. gambir , tak tau lah pula..tapi gambir + sireh tu dah biasa tengok mereka bergaduh; sampai merah-merah..he he

Assiddiq said...

Hehe.. Tp banyak gambir di salah guna ~