Ilahi anta maksudi wa redhoka matlubi*::*La ilahaillallah Muhammadarasulullah fi kulli lamhatin wanafasin 'adadama wasi'ahu ilmullah
Tuesday
MEMBINA GENERASI ULUL ALBAB
Surah Ali-Imran ayat 191 :
“ ( Orang-orang Ulul Albab ) ialah mereka yang sentiasa berzikrullah ( dalam semua hal keadaan ) berdiri, duduk dan berbaring sambil mereka bertafakkur( terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit dan di bumi.
Mereka ( akhirnya ) berkata, Ya Tuhan kami;Engkau tidak jadikan ( semua kejadian ) ini sia-sia ( tetapi penuh makna dan hikmah ) , Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami dari api neraka “
Siapakah golongan ulul albab yang disebutkan dalam ayat di atas ?
Di zaman Rasulullah, ulul albab adalah sesetengah sahabat yang sentiasa berzikirullah dan bertafakkur. Mereka telah diajar oleh Baginda S.A.W bagaimana cara berzikrullah. Antara mereka yang sentiasa
berzikrullah ialah ashab’s-suffah, sahabat yang beruzlah dan beriktikaf di serambi Masjid Nabi di Madinah.
Perbezaan orang yang berzikir Hasanat dengan orang yang berzikir Tareqat ialah Adab, iaitu adab kita dengan Allah Ta’ala.Orang bertareqat itu masa sebelum zikir,semasa berzikir, selepas zikir dan sepanjang masa samada semasa suka duka, susah berjaya semakin kenal akan Allah Ta’ala itu.
Maka untuk kenal Allah secara sedar itu ada 3 perkara iaitu wujud Allah, keAgongan Allah dan kesempuranaan Allah sebagai Tuhan kita.Wujuduhu, Jalaluhu dan Jamaluhu.
Kita hendaklah memohon pada Allah dengan rasa takut pada keAgongannya tetapi dalam pada itu kita mengharapkan keredhaanNya ( khauf dan roja’ ).
Kalau kita berdoa atau meminta bantuan, mestilah ada orang di hadapan kita.Begitu juga kalau kita memohon dan meminta pada Allah,sedangkan dalam ingatan kita, dalam kesedaran kita itu tiada Allah.Orang Mukmin sebenarnya patut berada dalam keadaan 3 perkara itu.
Orang bertariqat itu malu pada Allah bila beribadah untuk memohon ganjaran syurga ( beribadah kerana upah ).Mereka hanya mengharapkan keredhaanNya saja.Bila saja Allah redha dan meredhai, Allah telah sediakan tempat sebaik mungkin untuk para kekasihNya.
Ada tiga golongan yang ada di dalam syurga itu iaitu
a. Ahli ibadah yang dapat masuk syurga tetapi tidak kenal akan Allah. Antara tahu Allah dan kenal Allah itu adalah dua perkara yang berbeza.Contoh sepertimana kita dijemput ke Istana Sultan, hanya dapat masuk
ke Istana tetapi tidak dapat bertemu dan kenal dengan Sultan itu.
b. Ahli ibadah yang masuk ke syurga tetapi tidak dapat berada hampir
dengan Allah.Contohnya,apabila berada di Balairong Sri Istana Sultan,
kita hanya duduk di barisan belakang sahaja.
c. Ahli ibadah yang berada hampir dengan Allah, yang menjaga adab-adab berguru, yang menjaga adab-adab ketika berzikir dan yang menjaga adab pada Allah.Contohnya, mereka ini Dif-dif Kehormat atau tetamu khas di Istana Sultan.
As-Syeikh Mustafa Al-Bakri r.a berkata, “ Ketahuilah jalan yang terdekat sekali kepada Allah dan keredhaanNya ialah zikir,kerana ahli zikir itu adalah menjadi Anullah, orang yang khusus di sisi Allah dan orang yang berada di hadapan Allah “ ( Hidayatus Salikin, Abd Samad Al-Falimbangi ms 36 )
Ibadah itu adalah pekerjaan yang dibuat secara sempurna, serta dengan hati dan keikhlasan.
Untuk jadi hamba Allah,sebaik-baiknya adalah berzikir.Bila berzikir (zikir yang di talqin daripada guru ) hingga hati jadi mutminnah, baru layak jadi hamba Allah yang muqarrabun.
Al-Quran itu petunjuk bagi “hudalill muttaqin” iaitu petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Allah kurnia petunjuk Quran itu apabila mereka mendengar orang lain membaca atau mereka sendiri yang membaca..
Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 119,
“Hai segala mereka yang beriman ! Bertaqwa;lah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu serta dengan orang-orang siddiqin (benar) “
Menjelaskan lagi maksud ayat di atas,marilah kita perhatikan 4 buah Hadis Nabi S.A.W :
“ Hendaklah engkau jadikan diri engkau serta Allah; jika tidak engkau Serta Allah maka hendaklah engkau berserta dengan orang yang berserta dengan Allah kerana sesungguhnya orang itu menyampaikan
engkau kepada Allah “
Hadis kedua,
“ Bahawasanya setengah daripada manusia anak kunci bagi mengingati
Allah apabila dilihat orang akan mereka itu, ingat yang melihat itu
akan Allah Ta’ala ".
Hadis ketiga,
“ Adakah kamu mahu aku khabarkan tentang orang yang sebaik-baik di kalangan kamu ? Orang yang sebaik-baik di kalangan kamu itu ialah mereka apabila dipandang, maka orang yang memandang itu ingatkan
Allah “.
Hadis ke empat HR Ibnu Abbas r.a ,
“ Orang bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, siapakah sebaik-baik orang diantara orang yang selalu bercampur gaul dengan kita ? Rasulullah menjawab dengan sabdanya: Orang itu apabila dilihat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu dan amal perbuatannya mengingatkan kamu akan akhirat “
Allah berfirman dalam Surah al-Waqiah secara jelas mengenai peringkat-
peringkat ahli ibadah itu, diantaranya golongan Asha bul Maimanah ( Golongan sebelah kanan ) , Asha bul Mas'amah ( Golongan sebelah kiri ), Asha bul Yamin ( abraar ) dan Ashabul Muqarrobun.
Golongan Asha bul Maimanah itu ialah golongan yang mengenal Allah secara sama’i, belajar tauhid ( Dalil aqli / logic akal/mantiq ) atau ilmu baca melalui ayat matluwah ( yang dibaca ). Sebab akal itu menerima apa yang masuk akal ( al aqlu lil maktulat ).
Untuk menjadi hamba Allah itu sebaik-baiknya ialah berzikir.Berzikir hingga hati jadi mutmainnah.Bila hati sudah mutmainnah, maka berlakulah dzauk dan makrifatullah.Baru rasa jadi hamba Allah.Golongan inilah yang digelar Muqarrobun.Golongan yang mengenal Allah secara dzauki ( ilmu rasa ).Mereka tidak memerlukan dalil lagi kerana mereka sudah kenal Allah.
Manakala Golongan Asha bul Yamin ( abraar ) dan golongan As-Sabiqun pula adalah orang yang menenggelamkan diri dengan zikrullah.Golongan As-Sabiqun ini juga adalah golongan yang masuk syurga dulu selepas Nabi-Nabi.
Hanya sa nya orang-orang ulul albab saja yng boleh tazakkur.
BAB ADAB
Adab adalah kesempurnaan segala ibadah.Orang yang beradab itu adalah orang yang mempunyai iman,syariat dan tauhid.
Di dalam mengerjakan ibadah itu, kita hendaklah sempurnakan hak Allah yakni melakukan perkara-perkara yang sunat samada di depan atau dibelakang orang.
Adab pada Guru samada dengan kehadirannya atau tidak ; begitu juga adab dengan Allah sama ada dilihat atau tidak.
Adab-adab ahli tareqat ialah menyalin atau megambil adab ini dari adabnya para sahabat dengan Rasulullah.
Syeikh Ali Khawas adalah Guru kepada Syeikh Abdul Wahab Syaarani.Apabila ditanya oleh Syeikh Abdul Wahab Syaarani pada Gurunya,” Apakah yang merosakkan perjalanan rohani ? ” Jawabnya Syeikh Ali
Khawas,” Adab “. Ditanya lagi, “ Apakah yang membawa kejayaan rohani ? ”.Jawab Gurunya lagi,“ adab “ .
Syeikh Abdul Wahab Syaarani berkata,” Adab terhadap Guru adalah merupakan tangga yang menyampaikan kepada adab terhadap Nabi S.A.W dan adab kepada Allah.Sesiapa yang tidak menjaga berbagai adab terhadap Gurunya tidak akan dapat mencium harum wanginya dari adab terhadap
Nabi S.A.W dan adab kepada Allah “. ( Lataif al-Minan al-Kubra h.354 )
Imam Syafie berkata, “ Sesiapa yang mahu Allah bukakan pintu hatinya dan diberi ilmu ( secara laduni / dzauki ) maka wajiblah ia berkhalwah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan dan tidak ada adab “
Jikalaulah kita tidak dapat berada dikedudukan yang hampir dengan Allah di dalam syurga, maka kita amat menyesal kerana tidak beribadahdan berzikrullah seperti mana sunah Nabi S.A.W.
Bab
Tasauf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Untuk jadi hamba Allah,sebaik-baiknya adalah berzikir.Bila berzikir
(zikir yang di talqin daripada guru ) hingga hati jadi mutminnah, baru
layak jadi hamba Allah yang muqarrabun.
ust, boleh saya bertanya lagi?. dalam perenggan ini saya kurang faham apa maksud (zikir yang di talqin daripada guru ). apakah maksudnya kita kena diajar zikir oleh guru tarikat untuk mencapai tahap hamba Allah yang muqarrabun ? atau apa maksud lainnya?..
terimakasih.
Terima kasih Ukti Ina, zikir khusus atau zikir sirr itu mestilah zikir yang mendapat talqin ( diajar secara bai'ah )dari Guru yang mendapatnya dari Gurunya sehinggalah melalui segala Masaeikh, para tabi'in,dari para sahabat sehinggalan sampai pada Rasulullah yang mengajar akan dia.Penerangan lanjut mengenai bab bai'ah ini akan diterangkan dalam bab yang akan datang.Sebagai contoh awal,silalah rujuk pada Bab Salasilah - Ambilan Ilmu.Ini adalah senarai atau salasilah mengikut turutan dari siapa ( Guru )yang mewarisi kaedah zikir khusus tersebut.Inilah yang dikatakan salasilah ilmu itu.Wallahu a'lam.
InsyaALLAH Acit.. Bulan 8 ni.. Kalu takdok aral. Moga2 ALLAH beri petunjuk kat sy.. Yg baik itu ALLAH redha dan xbaik itu ALLAH ampuni dan bimbing sy ke jalan yg slamat~
InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan jalan menjadi salik yang berubudiah padaNya.
InsyaALLAH..~ Kalau kat bahagian Paka dungun acit pernah dengar x? Sama cam acit gak
Ramai jamaah Tuan Guru Acit ada di kawasan Paka dan Dungun tu.Malah ada Majlis Zikrullah mingguan di adakan di kawasan itu.
Ye ke? :D Bagus la~
Post a Comment