Thursday

Petua menghalau Anai-anai


Petua ini sebagaimana Acit dah cuba sendiri di beberapa tempat ,Alhamdulillah, Sang Anai-anai terpaksa akur dengan pukulan "KO" sehingga merajuk bawa diri.
Petua ini diajar oleh Guru Acit.

Ambil hati pari ( kalau boleh ikan pari yang besar - minta free je kat pasar tu... ) ditanam dikeliling rumah mengikut anggaran jarak yang berpatutan atau ditanam di dalam lubang yang yang dikorek dalam rumah ( ditepi lubang anai-anai ).Kalau dalam rumah , tutop lantai tersebut dengan filler atau simen supaya tidak dihurungi semut.

Begitu juga ia boleh ditanam pada pangkal pokok ( seperti Durian ) yang mengalami masalah yang sama.Tapi awas ! gunakan glove untuk memegang hati pari ; bau hati pari yang sudah lama akan melekat pada tangan anda , takut nanti anda pula yang "KO" , bukannya anai-anai...

Rumah yang baru dibina juga lagi bagus tanamkan hati pari terlebih dahulu dibawahnya atau ditepi foundation atau beamnya.Kata Guru Acit,guna ikan buntal pun boleh kerana ada rumah kawan-kawan saya yang tanam IKAN BUNTAL,maklumlahlah rumah deme tu dekat pantai, senanglah nak dapat ikan buntal  tapi saya sendiri tak pernah cuba.

Ni ada lagi satu petua@pemuda yang acit baru cuba sebab rumah orang tua acit rumah separuh kayu di kampung memang eloklah buat xperiment lagi pun kawasannya tanah berpasir dan memang menjadi tempat anai-anai membina Bandar Teknologinya.Lagi pun kosnya MURAH tetapi berkesan.Acit beli racun serangga FURADAN yang berbiji-biji halus berwarna unggu/purple dijual dalam peket.Ia boleh dibeli di kedai menjual baja racun atau alat pertanian.
Guna corong kecil macam ini atau potong botol minyak singer terpakai untok 
dibuat corong kerana muncongnya kecil 


Buat camna,gali atau korek di sekeliling rumah dan tanamkan beberapa sudu.Ceduk racun tu gunakan sudu atau gunakan corong dan sarong tangan plastik kerana ia satu racun yang kuat kesannya.Jikalau disiram air atau terkena air hujan,racun tersebut akan meresap ke seluruh bahagian dalam dan laluan anai-anai itu menyebabkan ia mati atau meninggalkan sarangnya.Racun tersebut pula selagi belum habis,ia masih berada dikawasan sarang tersebut.Hati-hati bila memeriksa kembali sarang anai-anai yang ditinggalkan itu dibimbangi tangan yang kita terkena racun yang masih ada atau melekat pada sarang anai-anai itu;sebaiknya gunakan sarong tangan atau dikuis menggunakan kayu.

Kalau anai-anai ni berumah kat tiang atau pada dinding atau pada pangkal/batang pokok , Racun Furadan ini dicampurkan air, dikacau dan disiramkan pada sarangnya. Maka anai-anai akan jatuh 'gedebuk' serta merta.

Gambar Sarang Anai-anai bawah rumah yang telah dibubuh Furadan
Anai-anai pada batang pisang


Dari segi ekonomi,kalau beli racun anai-anai sebotol kecil 70ml harganya RM7.00,sekali guna dah habis dan tak bertahan lama.Sejenis lagi racun yang mempunyai kandungan sama seperti Furadan iaitu KENFURAN dan harganya lebih murah.Kalau Furadan harganya RM14,Kenfuran ini hanya RM10.Terpulanglah samada nak guna Hang Tuah atau Si Jebat..walaupun kedua-duanya mempunyai kandungan peratus bahan kimia yang sama malah harganya berbeza ,tentulah diantara keduanya itu ada yang lebih baik..mungkin ada yang lebih ummph !.
Ada juga jenama yang lain tetapi kandungan Bahan Aktif Carbofuran sama sahaja iaitu 3.0%.Harganya RM12 sepeket.Jenis berbutir atau berbiji halus,sama juga seperti jenama yang lain.
Walaupun sama tetapi tidak serupa kerana kesan tindakan atau keberkesanan FURADAN lebih pantas..terbaeek !




Kalau Racun Furadan digaul dengan perut ikan atau nangka cempedak atau ubi kayu ke.. dan diberi jamu pada babi,semua babi yang memakannya KO..KO..satu persatu.Champion betul lah Furadan nih.

Kalau ada sarang atau busut anai-anai tu,korek atau cangkul sedikit dan taburkan racun tu dan kalau ada nampak lubang-lubangnya, bubuhkan dengan sudu yang kecil atau guna paip getah atau corong kecil supaya racun tu terus masuk ke dalam lubang dan laluan anai-anai itu,kadang-kadang lama juga nak tunggu lubang tu penuh kerana mungkin lubang tu berlengkar-berlengkar di dalamnya.Kemudian kawasan tu dibasahkan dengan air.Maka racun tersebut telah bertindak dengan ganasnya dan boleh bertahan lama..Yang ni pun boleh cuba try, hasilnya bagus ! Telah dicuba..Samaada anai-anainya semuanya mati di situ atau lintang pukang lari meninggalkan sarangnya dan mati di tempat lain ! Yang pastinya,sarang anai-anai itu telah kosong..kosong..kosong.

Ini adalah Penyembur serangga tanpa racun tapi amat bagus untok lalat,nyamuk,kulat putih bawah daun dan boleh digunakan untuk menyembur anai-anai pada kayu atau atas syiling dalam rumah kerana ia selamat.Ini yang saya beli di pasar lambak UTC Kuantan  setiap pagi Ahad.Nanti saya akan upload jenama lain yang kawan saya jual.
Ini semburan yang kawan saya jual,harganya RM17.00.Sesuai untok semburan dan kegunaan dalaman seperti menyembur pada kayu syiling atau anai-anai pada kayu alang bumbong rumah.



29 comments:

-BELLA ONG- said...

macam mana nk hilangkan bau ubat anai-anai pada kulit

Acit said...

Bau racun memang kuat lebh-lebih lagi bila terkena tangan,tidak hilang baunya walaupun dicuci dengan sabun..kita akan rasa bimbang untuk menyentuh makanan.Petuanya ambil sebelah ataupun boleh guna sebiji limau nipis atau lemon kemudian gosokkan pada tempat yang kena racun itu,nanti baunya akan hilang.Selamat mencuba.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ha said...

Berapa lama anai2 xdtg blk?

Acit said...

lebih kurang antara 2-3 tahun tetapi ia bergantung juga pada tempat yg sentiasa basah atau air bertakung lama disitu;maka bijian racun tadi cepat mencair sekali gus.

hjmohsin said...

Terima kasih tuan Acit. Mohon kebenaran saya salin utk penyebaran diblog saya.

Acit said...

InsyaAllah Tuan Hj..moga memberi manfaat.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Acit said...

Maaf..satu komen telah hilang tapi saya jawab pertanyaan en Lim yang tanya bagaimana nak buat jika anai-anai ada dalam kayu atas syiling.Begini,saya telah dapat info dari kawan saya yang dia ada jual penyembur serangga tanpa racun atau mesra pengguna untuk lalat dan nyamuk katanya tapi dia tak bawa sample tapi ada dijual area Sg Buloh Selangor.
Baru-baru ini ketika saya ke Pasar Lambak (dulu Pasar Tani)di UTC Kuantan pagi ahad,saya terjumpa satu penyembur serangga tanpa racun (Organic Herbs) jenama FAMILY.Harga pada botol RM19,90 tapi dijual kat situ RM15.00 dalam botol spray.Untuk topup harganya RM10 dalam botol mineral kecil.
Saya gubnakan untuk spray nyamuk,lalat dan kerengga dan kulat putih bawah daun pokok bunga.Hasilnya amat menakjubkan kerana kerengga pada pokok mempelam satu sarang mati walaupun semburan hanya pada luar sarang dan pada batang pokok.Lalat bila kena terus jatuh malah akan mati juga bila menyentuh lantai yang telah disembur lama 2/3 hari.Cuma pada anai-anai saya belum cuba walaupun ada gambar anai-anai pada lebel.Saya rasa,ia boleh digunakan untuk semburan pada alang rumah atau kayu dalam syiling kera ia tidak merbahaya jika ia menitik ke lantai atau menitik atas makanan tanpa kita sedar.Jangan lupa sembur pada punca datangnya anai-anai itu.Nnati saya upload pic botolnya dan boleh juga search jenama lain kat internet PENYEMBUR SERANGGA TANPA RACUN,

Unknown said...

Ubat semburan Anai Anai mana nk dapat tu.... Area sg buloh ada x

Acit said...

Area Sg Buloh sila hubungi Zamri 0126346543

Unknown said...

Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian . Sy try cari furadan tp xde . Sy try beli fudan . Sy bancuh sikit lepas tu try tembak kat lipas . Walaupun lambat tindakbalasnya tp dlm 10 minit mati lipas tu . So sy rasa kalau anai2 akan ambik masa kurang dr tu .

Unknown said...

boleh bagitahu dimana boleh beli (nama kedai & alamat) racun furadan tersebut? dah lama saya mencari tapi tak jumapa di sekitar lembah klang..
tq

Unknown said...

Sy beli di kedai bunga (nursery) . RM12 aje

Acit said...

Alhamdulillah En Faizal Yaacob dan En mohd yuzaimi mohd yusof , perbezaan jenama furadan
dengan jenama yang lain adalah tahap keberkesanannya.Contohnya spray baygon hijau kita boleh spraykan pada kasut kita untuk elakkan pacat naik ke tubuh bila ke kebun atau ke hutan,pacat akan mati..Kalau kita spraykan kepada cicak yang atas atas syiling,cicak akan bedebuk jatuh dan kalau spray pada tubuhnya , ia akan mati.Berbeza dengan spray jenama yang lain ,ia tidak memberi kesan yang hebat seperti baygon.Begitu juga dengan Furadan,kesannya lebih KUAT dan SEGERA berbanding jenama lain.

Furadan ni biasanya ada dijual dikedai alat pertanian yang menjual baja dan racun.Area Lembah Klang ni yang saya pernah pergi sebuah kedai alat pertanian yang menjual baja dan racun di jalan hala ke Semenyeh ( lepas sikit dari Bandar Kajang hala ke Semenyeh bersebelahan Restoran Gear Box /Rumah Warga Emas Siti Noraini ) tapi saya tak pasti Furadan ada atau tidak kerana pergi ke sana temankan kawan beli baja ).

Unknown said...

Assalamualaikum... tumpang tanya, pokok mangga saya akarnya di serang anai2. kalau kita letak racun Furadan kat akar pokok mangga ni, buahnya beracun jugak ke? Huhu...

Acit said...

Waalaikumussalam wbt,Racun Furadan tindakbalasnya cepat dan kuat.Jika musim pokok
buah-buahan mengeluarkan buah,HARAP JANGAN bubuh racun tersebut kerana ia juga mendatangkan kesan kepada buahnya.Bila pokok itu dah habis buahnya,barulah dibubuh Furadan.

Mohd Zairul Hizam Zakaria said...

Kalau pada tanah taman produk apa yg berkesan dan x menjejaskan pokok yg ditanam?

Unknown said...

Salam tuan..sya mempunyai kebun Getah lebih kurang 2 ekar.masalah skrg ialah anai2 telah memakan akar pokok Dan menyebabkn bnyk pokok tumbang Dan mati.boleh tak saya letak furadan tanpa bancuh dgn air dipngkl pokok kerana susah nk dptkn sumber air mmandngkn kebun berapa diatas bukit..berapa sukatn untk pokok sebesr peha? Adakah penggunaan furadan memberi kesan kepada pngeluarn susu getoh.. terima kasih.

Unknown said...

Salam tuan..sya mempunyai kebun Getah lebih kurang 2 ekar.masalah skrg ialah anai2 telah memakan akar pokok Dan menyebabkn bnyk pokok tumbang Dan mati.boleh tak saya letak furadan tanpa bancuh dgn air dipngkl pokok kerana susah nk dptkn sumber air mmandngkn kebun berapa diatas bukit..berapa sukatn untk pokok sebesr peha? Adakah penggunaan furadan memberi kesan kepada pngeluarn susu getoh.. terima kasih.

Acit said...

Waalaikumussalam wbt,Tuan Wan Rosdi -

setakat yang saya guna selama ini ia tidak menjejaskan tanaman atau pokok buah-buahan kecuali dibubuh masa pokok sedang berbuah.

Furadan tu memang letaknya tanpa bancuh air,ditanam begitu saja..tujuan dibubuh air itu supaya ia menjadi cair dan mudah untuk dimasukkan atau disalurkan ke lubang anai-anai yang kecil.Kawasam yamg luas perlukan kos yang tinggi untuk membasmi anai-anai ini kecuali dapat menemui petua-petua yang lebih murah dan menjimatkan.

Tetapi sekarang ni saya dimaklumkan oleh kedai pertanian,Kilang ICI tidak lagi mengeluarkan produk FURADAN ini lagi,jadi kena beli produk jenama yang lain lah.

Old Station Cafe said...

tidak merosakan pokok ke jika di tanam di pangkal pokok yg ada anai2.

Old Station Cafe said...

tidak merosakan pokok ke jika di tanam di pangkal pokok yg ada anai2.

Unknown said...

Ada ejen d kk sabahskah ni bosb

Unknown said...

Terin perkongsian tuan. Apa racun yg lebih kurang fungsi dia mcm furadan?

Unknown said...

Assalam
Boleh ker furadan Di masukkan ke tanah berhampiran anak pokok durian dan lain2 . Tk

ForestOrchid said...

Nak Tanya satu soalan, mungkin ini tidak berkaitan boleh kah racun ni untuk meracun cicak

Zaem said...

1. Furadan merupakan sejenis racun yang sangat kuat dan cepat tindakannya, penulis pun ada bagitahu yang babi boleh KO kalau guna. Sekarang FUradan dah tak dikeluarkan, malahan sesetengah negara haramkan terus. Ini kerana terlalu "bisa" Furadan ni, semua mati kalau kena, bukan setakat anai-anai yang disasarkan.

2. Untuk pokok bunga, pokok buah, mahupun pokok getah, boleh digunakan racun seperti Furadan dengan kaedah yang disebut oleh penulis. Tapi pokok akan jadi toksik dan beracun, kalau pokok buah habis dia jadi buah beracun jugak.