Sunday

Right IMAN Good AMAL

Acit tertarik dengan sebutan ini, Right IMAN Good AMAL yang
didengari dalam Ta'alim 10 minit sebelum Solat Jumaat yang
disampaikan oleh seorang Doktor dari Madinah.Mereka ini adalah dari
Jamaah Tabligh yang kebetulan datang sempena Ijtima' Tabligh
Antarabangsa.

Acit sempat petik 3 intipatinya iaitu :

a. Usaha atas amal untuk menjadikan kehidupan di dunia supaya
bertambah baik.
b. Usaha atas amal untuk menjadikan kehidupan di akhirat menjadi
lebih baik.
c. Usaha atas amal untuk menjadikan orang Muslim menjadi lebih baik
dari orang kafir.

Daripada intipati itu dapatlah Acit ulaskan di sini :

Ibadah itu adalah pekerjaan yang dibuat secara sempurna, serta hati

dan dengan keikhlasan.Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang

dilarang.

Sabda Nabi S.A.W : Bermula iman itu mengenal dengan hati dan
berkata dengan lidah dan beramal dengan segala anggota tubuh.

Setiap usaha kita, ikhtiar kita untuk beramal dengan segala apa yang
disyariatkan samada secara Ilmu Tholib dan Ilmu Dzauki itu adalah
bertujuan untuk menyampai kepada kesempurnaan Iman yang
dibentuk dengan kesungguhan dan istiqamah beramal.

Setelah kesempurnaan Iman dicapai, setelah segala sifat ghaflah dan
mazmumah telah tiada,maka kita akan meningkat dari sifat cela di
dunia ini dengan sifat yang lebih baik. Dari kesungguhan usaha amal
dari sifat yang telah baik itu akan menyebabkan hati bertambah bersih.
Bila hati sudah bersih, maka terlihatlah kita akan kebesaran ayat-ayat
Allah di alam Malakut yang akan menjadikan lebih kenal akan Allah
Ta'ala; dengan itu dapat membina kehidupan di akhirat yang lebih baik
dari orang awam.

Jikalau segala usaha amal kita itu telah meningkatkan dan merubah
sifat diri menjadi lebih baik di atas dunia lagi, sudah tentulah sifat-sifat
itu juga membentuk kita menjadi Muslim yang baik pada pandangan
orang-orang kafir.

Allah Taa'la kuatkan hati,akal,sirr dan roh itu dengan Iman.Kemudian
dikuatkan lagi dengan La ila ha illallah.

Manusia itu mestilah ada 3 perkara sebagai jalan untuk kenal Allah iaitu :

ISLAM -Feqah
IMAN - Tauhid / Usuluddin
IHSAN - Tasauf

Iman kita ini sering turun naik, sebab itu kita perlukan satu amalan
yang mantap yang dapat mengekang hawa nafsu , amalan yang dapat
membersih dan mendidik hati seterusnya dapat kenal akan Allah
Taa'la secara Dzauki.

Apakah perbezaannya antara Tahu ALLAH Itu ada , Kenal ALLAH itu
dan Rasa ALLAH itu ada...

Allah Taa'la berfirman dalam Surah Az-Zariat ayat 56 :
" Aku tidak jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk berubudiah
kepadaku " Apabila jin dan manusia itu makrifatullah,maka jadilah
hambaNya; ubudiah pada Allah ".

Tetapi jikalau tidak ada kefahaman dan ilmu tentang Allah,
bagaimanakah agaknya kita mahu kenal akan Allah itu ?

5 comments:

Kak Ina said...

salam ya ustaz... sambunglah lagi...apa beza tahu Allah ada..Kenal Allah dan rasa Allah tu ada...

Acit said...

Wsalam, InsyaAllah adalah sambungan tu dalam posting-posting yang akan datang.

Assiddiq said...

Wsalam.. apa yg saya belajar seperti makanan.. kita yakin makanan tu mengenyangkan.. tp x rasa mana la kenyang kan? Kena la rasa dulu.. Yakin ALLAH itu ada tp x rasa keagungan dan kekuasaanNya.. Subhannalah

'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )

umi said...

ya ust..apa yang kita perlu buat utk didik hati kita supaya takut allah?

Acit said...

Zikrullah secara terusan dan istiqamah akan mendidik hati mempunyai sifat-sifat yang mulia malah bersih untuk dipercikkan nur Allah agar kenal dan rasa Allahi tu wujud.