Wednesday

Kereta jampi @ Jampi kereta


Al-kisah pada Ahad 28 Jun yang lalu, Acit ke Bangi kemudian pergi
ke Klang terus ke Bukit Kapar.Oleh kerana tak pernah melalui Jalan
Sg Buloh-Kuala Selangor walaupun biasa dengan Jalan Ke Sg Buloh tu,
lalu try lah Acit melalui jalan tersebut.Alhamdulillah , dapat juga
Acit kenal kawasan lokasi UiTM yang baru di Puncak Alam.

Setelah melepasi kawasan Kepong, Acit berhentilah singgah di Kedai Kereta
Terpakai ( used car ) yang agak besar di Kawasan Selayang sebelum meneruskan perjalan balik ke Pantai Timur.Used Car ini sudah biasa Acit datang dua tiga kali..shopping mata..tak pernah belipun..Jam menunjukkan lebih kurang pukul 6.30 petang,keadaan cuaca sudah agak mendung.Pelanggan pun sudah tidak ramai,
adalah dua tiga orang.

Setelah shopping mata lebih kurang, Acit masuk ke kereta untuk meneruskan
perjalanan.Uuik!!Tetiba mata terpandang perlakuan seorang pekerja Bangladesh
berkain pelekat sedang berjalan terbongkok-bongkok.Ia menarik minat..lalu terus memerhati sehinggalah apabila sampai dekat, barulah jelas apa sebenarnya yang dilakukan.Lelaki ini sedang memegang bekas bara api yang sedang berasap-asap lalu menghalakan asap itu ke arah plat deretan kereta yang dipamerkan di situ.
Terlintas difikiran Acit..asap kemenyan!

Lelaki itu sebenarnya sedang membawa kemenyan yang dijampi untuk diperasapkan
kepada kereta-kereta yang dijual di situ.Ia bertujuan supaya pembeli akan nampak kereta-kereta yang dijual di situ semuanya cantik-cantik belaka.

Acit keluar semula dari kereta dan mengikuti lelaki itu.Bukan setakat plat hadapan kereta tetapi plat dibahagian belakang diperasapkan juga.Jadi secara tidak kita sedari,mungkin kereta yang kita gunakan itu ( kalau kereta terpakai; mungkin juga berlaku kepada kereta baru ) sudah siap dijampi on the road.Kemungkinan ini jugalah yang membawa kepada petaka misteri dijalan raya.Wallahu a'lam.

3 comments:

Assiddiq said...

Banyok mane doh jin telan asap tuh..

Acit said...

Jin memang suka asap lebih-lebih lagi punca asap yang dicipta dari unsur-unsur kejadiannya.

Assiddiq said...

Tu la..kita xsedor..~