Sunday

Ilmu TAHKIK

Allah itu ada, di mana ? Di atas ? Tempat Allah di atas langit ?
Maha Suci Allah yang tidak bertempat.Maksudnya Allah itu bukan diatas langit tetapi di tempat yang tinggi dan sempurna yang tidak boleh dicpai oleh manusia.

Jam dahulu lebih baik
Jam dahulu ialah matahari dan bulan; ia tidak rosak,satu saatpun ia tak lari.Ia tak perlu dibawa tetapi ia mengikut kita.

Allah Maha Kuasa, kenapa tidak jadikan sebuah mahligai yang cantik kepada Nabi Muhamad ?
Allah tidak berkehendak seperti makhluk.

Kiasan syaitan dan malaikat lahir bersama manusia
Maksudnya kebaikan dan kejahatan akan dibuat oleh manusia yang sama.

Allah Ta’ala itu ada kekurangan atau tidak ?
Ada, Dia tidak ada tamak,tidak ada kedekut, tidak ada haloba seperti kita.

Tin yang diisikan dengan batu kemudian digoncang; ia akan keluarkan bunyi, bunyi itu dari mana?
Dari tin, dari telinga atau dari Tuhan ?
Bunyi itu hanyalah kejadian.Kejadian itu adalah kalimah.

2 comments:

Anonymous said...

salam ustaz..
boleh terangkan pd saya maksud pada bunyi/bende ada kalimah?

Acit said...

Waalaikumussalam wbt.Mohon maaf kerana sudah lama tidak aktifkan blog ini.Insyaallah persoalan tuan saya jawabkan dalam posting.