Friday

Ta'alim


Dosa kecil seperti mengumpulkan kayu api, bila dah banyak, kalau dibakar maka besarlah apinya.

Dengar Majlis Ilmu tetapi tidak mendapat kefahaman , kenapa ?

1.Allah beri nikmat tetapi tidak bersyukur
2.Buat dosa tetapi tidak istiqfar
3.Dapat ilmu tetapi tidak amal
4.Bersahabat dengan orang baik tetapi tidak ikut buat baik
5.Kuburkan orang mati tetapi tidak ambil iktibar.

Dua ( 2 ) perkara yang boleh mengeluarkan pengaruh nafsu dalam hati:


a. Kenal KeAgongan Allah – rasa takut / gerun
b. Kenal Kesempurnaan Allah – sayang / kasih / rindu


Menyesal masuk syurga

Menyesal masuk syurga hanya dengan ketaatan tetapi tidak dapat jumpa Allah kerana tiada adab.

Menyesal masuk syurga kerana tidak jadi Ashabul Muqarrobun
tetapi hanya jadi Ashabul Maimanah


Tanda orang takut kepada ALLAH

1.Lisan –Hindar dusta , fitnah,ghaibah,bual kosong,banyak cakap
2.Hati – Membuang permusuhan,kedengkian pada sahabat.Ubat penyakit hati adalah ilmu dan amal.
3.Pandangan – Tidak suka pada pandangan yang haram dan pandangan dengan hajat ( niat yang tidak betul )
4.Perut - Tidak diisi dengan barang yang syubhah dan haram
5.Kedua tangan –Tidak gunakan pada yang haram tetapi guna untok taat kepada Allah.
6.Kaki – tidak melangkah pada maksiat
7.Terlihat pada ketaatan untuk mendapat redha Allah,tidak untuk riak dan munafiq.


WARID

Warid ialah hidayah yang Allah sampaikan dalam hati seseorang.

Perkara yang menghalang warid pada seorang murid / salik
1.Dosa : Sifat jahat dalam hati
2.Kelalaian : Kurang berzikir ataupun berzikir tetapi hati lalai iaitu ghaflah,berzikir tetapi berfikir-fikir.Tidak lalai maksudnya,ingat Allah,ingat ujudnya Allah.


Orang yang hatinya Mutmainnah, Allah akan kurniakan :

1.Persilakan untuk kembali kenal kepada Allah
2.Dalam keadaan redha pada hukum Allah dan diredhai Allah
3.Masuk golongan hamba ( orang yang kenal Allah )
4.Masuk syurga Allah


Dua ( 2 ) usaha menghampirkan diri pada Allah


i. Mulazamatudz-dzikir, iaitu terus menerus berada dalam zikir atau pun sentiasa ingat Allah walaupun dimana-mana.
ii. Mukhalafa iaitu terus menerus menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat melupakan Allah.


Bila Mengaku Allah itu Tuhan kita, maka wajib ada 3 perkara.


1. Wujud Allah itu NYATA, rasa Allah itu terus ujud.Sentiasa berzikir; lama-kelamaan wujud Allah itu wujud dalam hidup kita walaupun dalam tidur.

2. Bila ujud Allah itu nyata ,maka keAgongan Allah itu sebagai Tuhan kita itu juga nyata.Bila nyata, maknanya ( sudah berlaku ) .
3. Kita merasakan Kesempurnaan Allah itu sebagai Tuhan kita juga nyata, kita tidak bergantung harap pada yang lain.
Baru ada rasa takut , baru boleh taat dan barulah boleh ikhlas.


Syahadah


Syahadah itu mesti ada musal-salnya.Kita menerima salasilah musal-sal itu dari Guru kita hingga sampai Rasulullah s.a.w

Syahadah itu adalah menyucikan diri dan membersihkan hati dari kekafiran, menerangkan yang gelap kepada kebenaran.

TAQWA-IHSAN-KEREDHAAN


Amalan bertariqat adalah bertujuan meningkatkan usaha untuk
bertaqwa kepada Allah.

Ia seperti “lombong emas” yang boleh membuatkan kita kaya raya;bila dapat uswah hasanah.

Dengan amalnya dapat jadi orang mukmin yang sampai ke peringkat
Ihsan, mukmin seperti para sahabat.

Usaha untuk menjauhkan apa yang dilarang Allah juga bertambah.

Menjadi orang yang sebaik percaya kepada Allah


Uswah hasanah dari Rasulullah sebenarnya yang dapat dapat hanya orang yang khusus saja,bila ada 3 syarat ini:

Mahukan Allah
Mahukan hari akhirat
Mahu berzikir banyak-banyak

Bermakna orang yang tidak ada 3 syarat ini tidak dapat uswah hasanah ini walaupun hidup di zaman Nabi

Uswah Hasanah maknanya ikutan yang baik/teladan yang baik dari Rasulullahi s.a.w

4 comments:

Kak Ina said...

saudara acit....boleh tak terangkan sedikit pasal apa yg ditulis saudara tentang :Menyesal masuk syurga

Menyesal masuk syurga hanya dengan ketaatan tetapi tidak dapat jumpa Allah kerana tiada adab.

Menyesal masuk syurga kerana tidak jadi Ashabul Muqarrobun
tetapi hanya jadi Ashabul Maimanah"

saya tak faham apa itu ashabul muqarrobun dan ashabul maimanah...mudah2an lebih kefahaman saya. terimakasih

Acit said...

Terima kasih Ukhti Ina,jawapan kepada perkara berkenaan bolehlah dirujuk kepada Topik MEMBINA GENERASI ULUL ALBAB, di situ ada diterangkan dengan lebih lanjut.Wallahu a'lam.

Kak Ina said...

Alhamdulillah ust. Dapat juga saya faham maksud Ashabul Muqarrabun dan Ashabul Maimanah itu.

Terimakasih ust.

Acit said...

Alhamdulillah,Allah lah yang menyempurnakan pemahaman itu, saya ini tiada daya upaya.